Entry: Yang dulu kita kenang. Saturday, April 22, 2006



Image and video
hosting by TinyPic

Aku kenal kekunci pertama pada mesin taip.

Masuk ke kelas menaip dan trengkas, minggu pertama kau kena belajar tekan a, s, d, f.  Kunci a untuk jari kelingking kiri, s untuk jari manis kiri, d jari hantu dan f jari telunjuk. Kau akan diberi nota latihan untuk 'menghidupkan' kesemua 10 jari kau itu, kemudian. Ingat, mesin taip manual tiada kekunci 'Backspace', kau kena guna pemadam khas kalau kau dah buat silap.

Bila kau tekan kekunci, benda kecil dalam tu akan 'mematuk' kertas kau. Macam ayam patuk padi. Orang yang menaip lambat tu kita gelar menaip ' patuk ayam', sebiji-sebiji entah bila nak siap.

Bila kau tekan kekunci ada binatang besar anak kucing (baca: kadang-kadang aku dapat yang besar mak kucing) tersorong ke luar, sampai had dia akan bunyi loceng. Kau kena tolak dia masuk semula untuk memulakan baris atau perenggan baru.

Ketak ketak ketak ketak... ketingggg! Ketak ketak ketak ketak... ketingggg! Ketak ketak ketak ketak... ketingggg!

Kau tak faham takpe, kau tak perlu faham.

Selepas beberapa bulan jari-jemari kau akan 'menari-nari' di atas papan kekunci.

Peliknya aku, ketika rakan-rakan lain sibuk dengan kelas komputer Wordstar, Lotus 123, dBase dan lain-lain. Riak dan takabbur mereka mengusung disket 5.25" ke kelas. Mereka dapat sijil komputer dari kelab komputer sekolah.
Aku dapat Sijil Menaip Dan Trengkas dari Institut Trengkas. Sijil Kecekapan, yeay! apalah kerani tanpa sijil menaip.

Namun, bila kelapa sawit ada harga (baca: masa sekolah dulu aku orang susah kerja kampung) aku ambil kelas komputer juga. Belajar dari D.O.S. Belajar dari komputer 'tengkorak' takde otak takde isi takde cakera keras di dalam. Macam tengkorak, kosong takde barang. Sistem operasi komputer dijana dari cakera liut 5.25" yang cikgu kau beri, nak jalankan program pun sama. Jangan sebut internet masa tu, sebab nanti orang ingat kau mencarut.

Berulang ke kelas setiap minggu, naik bas loncat. Kau bayangkan kau berada dalam bas yang berkumandang lagu Tamil atau Hindi setiap masa, kau mengangguk-anggukkan kepala melayan irama lagu-lagu tersebut sebagai tanda protes.

Akhirnya aku lulus peperiksaan sijil komputer program Wordstar, Lotus 123, dBase III... sijil dari South Kent College, United Kingdom. Aku bangga dengan sijil itu. Sangat bangga. Aku pula rasa riak dan takabbur dengan kawan-kawan yang sudah ada sijil komputer dari kelab komputer sekolah. Sijil mereka sijil local, aku punya sijil antarabangsa. Aku simpan sijil dalam fail, segala disket habis belajar aku masukkan dalam kotak.

Aku jumpa kawan-kawan, aku rasa nak bercerita kejayaan aku tu, belajar komputer di Kapar, Klang tapi dapat sijil dari UK.

Di kedai kopi. Kawan-kawan yang aku jumpa, mereka bercerita pasal Windows, pasal rangkaian dan pasal Windows 95 yang bakal terbit tidak lama lagi. Aku tak pandai itu. Aku rasa rendah diri dan hina.

Aku. Diam dan mendengar sahajalah, teringat disket-disket dalam kotak kat rumah. Disket tak guna, macam aku.

   9 comments

Fitflop Outlet
December 12, 2012   09:23 AM PST
 
Fitflop Outlet
Linda
July 10, 2012   10:52 AM PDT
 
Sy dulu pun belajar Lotus 123,Wordstar,Dbase dpt lah sijil. Belajar gak menaip tp x abis. Tp dpt gak kerja kerani 5 thn. Kini bila beranak 2, jadi surirumah nak sangat belajar menaip dan trengkas semula. Tapi di mana ya sbb sy tinggal di Sg.Buloh,Selangor. Di Kapar kat mana tu?/
xlpharmacy
August 16, 2011   09:43 PM PDT
 
Saya digunakan untuk memikirkan ia perlu benar-benar mudah untuk menulis di salah satu, tetapi sebenarnya ia berakhir agak sukar. Hahaha, Saya tidak pernah terfikir ia adalah yang keras, sebagai sesuatu perkara yang sebenarnya, ia mengingatkan saya tentang hari saya belajar bagaimana untuk bermain gitar.
Viagra Online
June 28, 2011   03:57 AM PDT
 
Di kedai kopi. Kawan-kawan yang aku jumpa, mereka bercerita pasal Windows, pasal rangkaian dan pasal Windows 95 yang bakal terbit tidak lama lagi. Aku tak pandai itu. Aku rasa rendah diri dan hina.
Bisikan
November 13, 2009   02:40 PM PST
 
Itulah kehidupan... best baca cerita awak ni.... memang betul.. walau kita pandai komputer pun tapi kalau menaip merangkak rasanya tak sesuai nak keje yang perlu banyak menaip... orang yang keluar U pun tak semua boleh laju menaip ni....

walau apapun... tahniah... awak terer menaip....
luarotak
July 13, 2007   03:55 PM PDT
 
macam syahdu je bunyinya. tapi cara penulisan kau memang smart. aku boleh tergelak sebagai tanda setuju dengan lagu tamil kau tu.

luarotak.blogspot.com
neza
May 17, 2007   03:45 PM PDT
 
yela firstime belaja menaip kat ctu tapi smpai skrang kira terellah menaip tapi sijil je tgantung sebbnya yuran yang tgantung.. kiranya sijil 2 diiktiraf ke x??
angah
June 26, 2006   04:14 PM PDT
 
kau belajar di kapar? di Institut kapar ke?
crimsonskye
April 22, 2006   12:01 PM PDT
 
Teringat masa mula2 guna komputer dulu, skrin biru dengan font kuning. disket besar, lembik2. Time ni belajar menaip saja, guna wordstar. Kemudian upgrade windown 3.1 dapat jugaklah main Chips Challenge. Sampai ketagih jadinya.

Saya sempat guna mesin taip ni. tapi sekarang tengok dalam movie ja la.

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments