Entry: Duit seposen karipap seketul Tuesday, April 18, 2006



Awek aku mengeluh harga barang makin naik.

Dia cakap air sarbat di kantin sangat mahal. Kalau budak-budak sekolah tu beli dua puluh sen, dapat setengah gelas, kalau tiga puluh sen barulah nampak macam penuh.

Aku cakap, masa sekolah rendah dulu, duit belanja bapak bagi seposen saja. Dapatlah karipap seketul. (Biasanya aku guna untuk sarapan, makan tengahari mak bekalkan nasi bungkus daun pisang dengan upih pinang ikat dengan tali rapia. Bekal air sebotol gantung kat leher.)

Awek aku cerita, sepuluh tahun dulu karipap besar, makan seketul dah kenyang. Sekarang karipap kecik, harga mahal.

Aku balas, sepuluh tahun dulu bukan karipap yang besar, tapi kita yang masih kecik. Kita masih kecik, pegang karipap seketul dah penuh tapak tangan.

Dulu nilai duit besar, barang (masih) murah.

Aku renung anak-anak aku yang sedang tidur depan TV. Comel dua-dua. Bila mereka masuk sekolah (atau tadika) lima atau enam tahun lagi, mungkin tangan kecik mereka akan genggam duit besar. Duit besar tapi nilai kecik. Alahai.

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments