|
![]() Dah beberapa hari. Masuk seminggu dua hati tak sedap. Tadi nak makan tengahari di kedai. Sewaktu turun dari motorsikal kaki aku tersandung bagasi belakang. Alamak! Penutup bagasi belakang ternganga luas. Aku periksa dalamnya cuma tinggal jaket awek dan jaket comel Aqilah. Aku rasa pagi tadi aku dah kunci elok-elok bagasi tu. Itulah malang takde rezeki harta dah hilang. Tak dapat aku bayangkan orang-orang yang melihat harta aku berterbangan di jalan raya pagi tadi. Barang yang hilang atau terbang ialah baju hujan kuning, sebuah pam tayar dan selipar jepun. Alahai... Tapi, hati aku masih tak sedap lagi. Ada apa lagi ni? |
| BASRI April 13, 2006 04:58 PM PDT Jowopinter, Benda dah terdedah... dia ingat wakaf kot hahahah Daun, Helmet pun aku nak tukar color pink aaa kalau macam tu hehehe Kak Tin, Yang penting Tok tak hilang, jaga Tok baik-baik sebab peminat dia dah bertambah kerana populariti Ayah Kita Bos. Takut ada yang poskan kutang bweheheheeh OP, 1 April duit aku kurang RM20, ah kira halallah. Pasal blogdrive ni ntahlah... harap2 dia ok sampai bila2, sebab aku takde backup entri2 blog aku ni. | ||
| Op April 13, 2006 04:45 PM PDT blogdrive ada auto-translate entri jadi sumpah seranah ke? hahaha. rasanya elok je entri kau basri. aku masa 1 april tu rasa macam ada hilang duit. tp aku tak tau banyak mana. redha je la. bukan rezeki ye tak. tak pun aku lupa yg aku dah belanja sebenarnya hehe. | ||
| BASRI April 13, 2006 03:47 PM PDT My dear friend Kim, Saya tulis entri ni sebab ada nilai moral di sebaliknya. Moral cerita saya ini ialah, kunci bagasi anda dengan betul. Hehehe | ||
| Kak Tin April 13, 2006 03:38 PM PDT Sekian lama dipermudahkan urusan, bila diuji dengan yang sedikit tempohari kami redha. Dalam pada musibah menimpa saya masih bersyukur kerana harta paling berharga saya tidak diambil sama - anak-anak. Kejadian ini membuat saya lebih berhati-hati dan bersyukur. Semoga anda rasa apa yang saya rasa, nikmat sabar. Tok gantikan semula jam dan h/phone yang hilang, saya dapat beli h/bag dan purse baru. Alhamdulillah...... | ||
| Kim_Labu April 13, 2006 12:11 PM PDT kau fikir bila kau merungut boleh dikira REDHO? PADA AKU REDHO IALAH BELAPANG DADA DENGAN KETENTUAN/DIAM! Kalau kau dah tulis bermakna kau merungut. Oleh kerna nak menghalalkan perbuatan ko orang tu apa-apa ada saja alasanya pun kira betul begituke? Understood! | ||
| daun April 13, 2006 11:55 AM PDT kim_labu: aku tak nampak satu perkataan sumpahan dan seranahan pon dalam entry nih. aku rasa tu sumer ada dalam paler otak ko aje.. ehehehe.. Basri: takziah, aku rasa kalau ko beli baju hujan kaler pink takder sapa nak curi.. :P | ||
| jowopinter April 13, 2006 11:51 AM PDT baju hujan, pam tayar ,selipar jepun pun ada yang berminat nak ambik ke?..... 'desperate' betul la mamat tu... | ||
| BASRI April 13, 2006 08:45 AM PDT Kim, Bila masa pula aku menyumpah seranah? Aku tak marah-marah... tapi sedih. Masa telefon kawan, aku cerita benda ni. Dia cakap musibah tu ada hikmahnya. Betul cakap dia, baju hujan lama aku hilang, aku beli baju hujan baru. Selagi baju hujan lama tu tak 'hilang', selama itu jugaklah aku pakai baju lama. Hari ni hari aku dan Tok Rimau, esok lusa siapa tahu? | ||
| kim_labu April 12, 2006 06:02 PM PDT Basri, Laaaaa......macam domino malang menimpa. Tengok Rimau pun hilang duit gak. Laaa......rupa-rupanya korang ni boleh tahan jugak ye menyumpah seranah bila ditimpa musibah, oleh yang demikian tak bolehlah mengata orang lain kalau mengelupur marah bila ada yang tak kena. SENDIRI MAU INGAT SENDIRILAH. JANGAN MARAH YEA.. | ||
| Leave a Comment: |