Entry: Celaka. Wednesday, January 18, 2006



Dalam hati aku mengeluh tadi. Makan tengahari nasi ayam.

" Hari-hari nasi ayam, kelmarin nasi ayam, semalam nasi ayam, hari ini nasi ayam, esok pun mungkin nasi ayam. Sebenarnya bosan tak tahu nak makan apa, pilihlah nasi ayam. Di sini kedai makan bersepah, ada kedai Mamak, Melayu, Cina, India, gerai kecil-kecil pun ada. Makanan pula beranika." Hati.

Kadang-kadang tekak rasa jelak. Macam-macam dah dicuba, macam-macam dah dirasa.

Kemudian, semasa melalui jalan kampung tersebut, tiba-tiba aku rasa celaka.

Celakanya kita (sesetengah kita) di bumi Malaya. Celaka tak tahu bersyukur. Dah dapat makan nasi ayam pun masih nak mengeluh.

Kamu celaka tak hari ini?

   10 comments

kurekure
January 23, 2006   10:56 PM PST
 
visa nak balek mesia buat hal.mmg celake pon
Bukunota
January 23, 2006   01:52 PM PST
 
kau memang.

memang kaki ayam.
samurai
January 23, 2006   09:21 AM PST
 
aku suka nasik ayam. aku suka ayam. nyumm..nyumm..
cikchymlm
January 22, 2006   11:33 PM PST
 
Bila dok negara yang kurang orang islam, nak beli ayam halal pun susah. Apatah lagi nak makan nasik ayam kat gerai. Bersyukurlah di Malaysia nak makan apa hanya perlu keluar duit, pergi gerai and order. Kiri kanan gerai halal. Oh nikmatnya!
Dhani
January 22, 2006   10:05 AM PST
 
bang. ni saya ni, dhani. ;). bang, saya nak tanyalah. pasal nak publish buku. kat kedai printing mana saya perlu pergi ye yang sya boleh dapat print dgn harga yang murah? dan abg citer je lah apa2 yang berkenaan dgn proses untuk menghasilkan sebuah buku ni ek. ari tu Jiwa Kacau berapa total kos yang dikeluarkan hingga jadi buku tu ek? ok lah bang. jumpa lagi.
zizie ali
January 21, 2006   09:42 PM PST
 
kau rasa diri celaka kerana tidak bersyukur. untuk menghilangkan rasa bersalah tu aku syorkan kau berpuasa dua tiga hari. masa berbuka makan kurma dengan nasi ayam sahaja. jangan cuba-cuba nak cari nasi beriani atau nasi kandar.
Op
January 21, 2006   07:31 AM PST
 
aku menu selalu bertukar. makan, tak makan, makan, tak makan.
tuan tanah
January 20, 2006   09:01 AM PST
 
basri... ok lah tu dapat jugak makan nasi ayam yg dibeli...
saya? kalau teringin terpaksa masak sendiri...

kat sini, rasa sangat patheticnya kalau masuk kedai/fast food restaurant hanya boleh pesan vegetarian option saja.
dah la mc d kat sini makanannya nampak sedap jer! huhuhu...
otaikecik
January 19, 2006   03:30 PM PST
 
salam..pung sama...hari2 makan nasi berlaukkn ayam..nk makan daging tak leh, dh kena warning dgn doc.. "u should to stop eat meat or ur nose cannot breath anymore..." uwaaa uwaaa..ayam pun ayam la..
amar_kun
January 19, 2006   04:26 AM PST
 
salam..

waduh2.. aku kt sini tiap2 hari makan nasik sama ayam. mao juga cuba makan nasik ayam, tp jahil tak reti nak buat. nak suruh mak pos nasik ayam dari malaysia, takut basi, huhu..

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments