Entry: Laporan Gathering Geng Jurnal 2005/06 Wednesday, January 04, 2006



Teka-teki : Banyak-banyak gathering, gathering apa paling besh?


Yang aku dapat.



1) trofi Projek Terbaik (Kategori Luar Forum)
2) trofi Catatan Terbaik (Kategori Menyentuh Emosi)
3) beg kecil berisi doorgift iaitu keychain dan bukunota kalendar
4) kotak belang oren-kuning-putih adalah hadiah untuk Projek Terbaik - tajaan Revecxp http://berjenel.blogspot.com
5) lampu IKEA pula hadiah untuk Catatan Terbaik -tajaan Nett http://kayusakti.fotopages.com
6) antologi dwibahasa (Melayu/Russia) Buluh Seruling - Pemberian Dr. Victor Pogadaev, tetamu VIP dari Universiti Malaya
7) JIWA KACAU, buku bertuah terkandung sebuah persahabatan, air mata, titik peluh, pengorbanan dan harapan Gengjurnal.

Tiada dalam gambar : Doorgift kanak-kanak yang telah dilangsaikan oleh mak kanak-kanak. Serta wang tunai dan tiket penerbangan hahahaha.


Gathering Gengjurnal kali ini disambut secara sederhana tapi meriah. Di bawah bumbung Dewan Serbaguna Precint 8 Putrajaya, kami ahli Gengjurnal menjalankan agenda, menunjuk belang. Persediaan seawal 12 tengahari, majlis di jadualkan bermula 3 petang berlangsung mengikut rancangan. Kalau gath dulu ada Tsunami, kali ini ada hujan lebat sampai malam. Nasib baik buat di dewan, kalaulah acara di tanah lapang alamat berlarilah kami mengelak hujan bak biri-biri yang baru rebonding bulunya yang putih.

TERIMA KASIH
Kepada semua penaja, semua penderma, semua AJK terlibat (dan yang tak terlibat), semua tetamu, semua Ahli Gengjurnal dan kepada semua yang menjayakan dan menghangatkan Gathering kali ini.

LOKASI
Putrajaya - Siapa tak kenal Putrajaya?

DJ dan MC
Attok sebagai DJ, manakala Mat Jan dan Bean sebagai MC. Tahun ini menyaksikan Geju amat maskulin, tiga-tiga lelaki, pompuan tak main :p Attok memastikan suasana tidak sunyi, Mat Jan dan Bean sentiasa membuat audiens tak kering gusi. Kau jangan komplen alat siaraya bunyi bergema atau sound system tak sedap. Salahkan Mat Jan dan Bean sebab suara mereka yang tak sedap :p

DEWAN
Nampak banyak tempat kosong. Bukan sebab ramai yang tak datang, tapi sebab kami tempah dewan seluas alam. Kau ada ruang boleh main badminton dan bola tampar di belakang, atau kau boleh buat lumba haram, sambil kami gath dan makan-makan. Pentas kami manipulasikan secukup-cukupnya, tak cukup tarik langsir merah, lampu warna-warni kami main pula.

TETAMU dan KEHADIRAN
Tetamu VIP ialah wakil eSastera Prof. Irwan, untuk rekod beliau kabel urusan percetakan Jiwa Kacau. Wakil Universiti Malaya ialah Dr. Victor, dijemput untuk mempersembahkan sajak bahasa Russia sebagai penambah perisa. Wakil media ialah ahli Geju sendiri iaitu Saudara Nazmi. Wakil akhbar Ikon serta wakil PENA yang tak dapat datang, janji Nazmi akan tersiar gath kita dalam media cetak arus perdana.

Kehadiran semuanya lebih kurang 96 orang termasuk dewasa dan kanak-kanak. Ada GEKAH, GEBU, GENGMAKITAM. Ada bawa kamera kompak tak kurang kamera itam. Ramai ahli foto yang pro, tapi tak taulah kalau tangkap gambar main hentam.

PERSEMBAHAN
Tayangan multimedia best gila. Air tangan Pak Bear, Tok R, OP, Ayares dan Naga. Gelak keluar air mata. Ada bertema mencuit hati buat orang ketawa, ada juga sentuhan hati buat terkenang kisah lama. Sampai ada tetamu kita berminat untuk usahasama membuat video klip bahasa Russia, peluang tu... peluang... Persembahan nyanyian unplugged oleh ND dan AP amat dahsyat, kalah konsert tahun baru yang black metal buat. Kak Ungku pulak nyanyi, tu pasal hujan makin lebat hahahahaha (aku bergurau kerana suara Kak Ungku memang hebat.) Buat kali pertama kami tayangkan tiger show, err... yang Tok Rimau buat.

MAKAN MINUM
Makan lauk ala kadar sahaja. Harap-harap kalian suka. Tak bisa kami lunaskan nafsu semua kerana selera kita ada yang berbeza. Lagi pun kalau nak hidang nasik lemak lauk telur rasa tak kena pula. Hajat nak hidang western food tak cukup belanja, tak pasal-pasal ada yang tercemar di belakang kereta, tergadai body membayarnya.

DOORGIFT
Keychain, kalendar-bukunota-pen, jajan, mainan dan lain-lain. Lepas ni Geju boleh buka bisnes cenderamata. Nametag pun bermanfaat simpan buat kenangan atau jadikan penanda buku. Permainan tu untuk budak-budak, bapak budak yang lebih-lebih muka tak malu.

ANUGERAH
Tahniah kepada yang menang. Terima kasih kepada yang menaja hadiahnya. Tahun depan kita sediakan sijil pula, nama Geju, Mak Itam dia punya kepala kah kah kah
Rata-rata para pemenang mendermakan wang dan tiket penerbangan, cukup bawa balik piala kemenangan.

MAAF
Maafkan kalau ada kesilapan secara berkumpulan mau pun peribadi. Sampai di sini saja kemampuan kami.

Nota 1: Attok, Mat Jan dan Bean adalah AJK gathering. AJK yang lain ialah Wkdin selaku penaung, Basri selaku ketua, Nida bendahari, Yadziz-dewan, Salina-doorgift, Langsat-katering, Superdiman-katering, ND-dewan/pentas, Daun-doorgift, Sayangmama-pengangkutan, Zhoulsz-pengangkutan, Nesloice-pengangkutan, Op-zine gath, Rosh, Hana Naim dan para sukarelawan/wati bernama 'hamba Allah'.

Nota 2: Dapatkan Zine Gath (buku aturcara) untuk maklumat lanjut.

Jawapan teka-teki : Gathering yang kau tak datang. Buahahahahahahahaha

   5 comments

bean
January 6, 2006   02:10 PM PST
 
nanti aku gi cucuk2 kt anak tekak, kasi suara laie merdu
ehhe
tahniah beb!
tq bagi kepercayaan kt newbie
;)
ND
January 6, 2006   11:51 AM PST
 
Tahniah projek manager!..besh besh
dk
January 5, 2006   02:26 PM PST
 
byknye dpt hadiah hehehe.. tahniah2..... teruskan usaha ihiks
ms_b3rry
January 4, 2006   02:11 PM PST
 
kt mana nk tgh gmbr?
Op
January 4, 2006   01:48 PM PST
 
tahniah project manager hehe! semuanya lancar dan best!

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments