|
warnanya kusam debu-debu terbang bersama-sama kenangan silam setiap titisan petrol yang dibakar dalam enjin adalah keringat kudrat dipulas tulang empat kerat yang dihempas kereta lama kerap rosaknya mati tiba-tiba di tengah jalan hampanya hati tidak sempat ke destinasi jadi berkecai kecewa harapan aku derita kereta lama kereta aku banyak ragamnya kerap ke bengkel tidak jua kebah tidak menang memakai, membeli tidak alah setahun dua aku menderita banyak wang terbang kerana dia kereta lama kian pudar warnanya karat besi seusia memori apa gagahnya barang yang lapuk jasanya tidak dihargai hujan, panas, reput, lekang kereta lama walau banyak ragamnya rosak parah ada saja musibah seumpama nadi perjalanan menyusur mencapai impian sedikit rezeki Tuhan buruk tidak bermakna hina buruk bukan pada rupa baru 'kan jadi lama nasib akan sama wahai hati yang tabah bersabarlah semoga datang hari yang baru kereta lama ganti baru. DS Mutiara Subang 27 Dis 2005, 2.22 am |
| Name December 27, 2005 03:43 PM PST makan semeja dengan SN lantas meresap ide utk bersajak. Begitu kuat pantulan magnetis SN. Lepas ni apabila basri berbicara maka kata-katanya akan keluar seketul demi seketul. Tidak lagi macam keretapi ekspress. | ||
| Leave a Comment: |