|
Gambar sekadar hiasan, TNB tak betulkan mesin mereka, tarikh salah, masa pun salah. Pada 7 Disember 2005. Pukul 1.30 tengahari aku sampai ke TNB Kepong. Nak bayar deposit meter. Tapi kena tunggu pulak sebab lunch hour habis pukul 2 petang. Bersidai aku di kaki lima menunggu pegawai berkenaan masuk. Tepat pukul 2 pegawai berkenaan masuk aku pun berjumpa dia dan mintak bil. Selepas ambil bil aku kena ke kaunter satu lagi untuk membayar. Kena ambik angka giliran. Aku dapat nombor 444. Selepas puluhan orang, tiba giliran aku pula. Kemudian pergi ke pegawai pertama tadi semula memberi satu salinan bil untuk membuat temujanji pemasangan meter. +++ Ada dalam 16 orang geju datang meeting dan melantit di foodcourt precint 8 Putrajaya. Selepas habis sessi meeting dan melantit aku mengerjakan kereta aku yang pancit tayarnya. Tinggal pulak 1 skrew yang ketat dan degil tak boleh bukak. ND cuba gagal, Superdiman cuba tewas. EP mencuba jurus, kalah juga. Aku dah mandi peluh. Pasang semula semua skrew, pam tayar dan aku menuju stesen minyak. Dapat telefon dari mak suruh singgah masa balik nanti ada hal. Mak telefon dari public phone sebab tak sedap hati kalau-kalau aku ada masalah. Naluri. Di stesen minyak aku cuba pam tayar tapi tak naik-naik. Hos pam itu bocor rupanya. Aku pun cari kad insuran dan minta tolong mereka. Mekanik tu cakap jek aku tak sesuai. Dia guna jek dia. Lama jugak mengerjakan skrew yang paling ketat tu. Tapi akhirnya dia boleh bukak juga. Upah mengerjakan skrew paling ketat ialah RM55!!! ++++ Di Federal Highway aku perasan radio makin perlahan, lama-lama padam. Jam kereta malap lampunya. Hujan. Sikit sikit lebat. Viper perlahan. Apasal pulak ni? Sampai di Kota Damansara lampu kereta semalap-malapnya. Aku berhenti depan rumah kakak dan pergi jumpa mak. Rupa-rupanya mak bungkuskan nasi dan lauk. Aku tak lalu nak makan, lagi pun dah pukul 2 pagi. Takde selera. Di luar kereta tiba-tiba keluar asap berkepul-kepul. Aku panggil abang ipar cakap kereta aku terbakar. Bukak sana, tengok sini. Usik sana usik sini. Tolak tolak tolak. Bukak bukak. Sahlah kipas tak berpusing makanya temperature naik mencanak. Kereta tinggal di rumah kakak. Aku pinjam motor adik balik ke rumah. Esok aku kerja naik motor. Harap-harap esok tak hujan. Senarai barang rosak/ganti; Buka nut paling ketat - RM55 (harga larut malam) Thermo Switch - RM48 Wiring - RM50 Set Kunci - RM150 Tukar Tayar 2nd hand - RM40 |
| batman January 28, 2009 01:54 PM PST sabar je la, dh nama nye kereta | ||
| halim October 19, 2006 11:02 AM PDT TNB ngan SYabas memang lembab, aku dah kena dah masa nak masukkan meter air dgn letrik. rotate lah shift utk staff lunch, mcm bank dan company swasta buat. ini pukul 1 tepat tutup semua kaunter. aku yg dtg kul 12.30. kena tunggu sampai kul 2 ptg . jadi org bangang bodoh. | ||
| Tok R lagi. December 14, 2005 12:11 PM PST Kalau aku jadi engkau. "Hoittt! 5 tahun saya tunggu kat bangku ni. Baru sekarang awak panggil nombor saya. Hoi!" Kalau aku jadi engkau. | ||
| kak nina December 14, 2005 08:51 AM PST tukar kereta baru aje la basri.. kalau kereta terpakai macam tu laa... | ||
| Tok R December 14, 2005 08:44 AM PST 444 suwey. Kereta kau kena mandi bunga. Atau mungkin juga, sampai masa untuk berhutang lagi. | ||
| Bunda Shafiya/ December 10, 2005 10:07 PM PST Bagaimana kereta? Dah baiki? | ||
| atiranara December 8, 2005 09:54 AM PST Ada hari bernasib baik, ada hari bernasib malang. Ntah2 disebabkan no. giliran 444. tapi jangan percayalaa... tu pendapat feng shui jer... Setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya... Muhasabah diri dari setiap kejadian. | ||
| lin December 8, 2005 09:54 AM PST ISHH..isshh.. dugaan tu.. dah jtauh ditimpa tangga lak kan.. | ||
| Leave a Comment: |