MESEJ RINGKAS

Nama:

Email:

Mesej:


                       

 

<< December 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



 
Monday, April 10, 2006
Menonton Cerekarama bertajuk 'Khalifah'.
Aku suka menonton cerita kali ini, plot yang aman amat simple. Plot simple tapi isi ceritanya tidak.

Untuk menjadi hero tidak semestinya kena jagi Superman atau Batman atau Keluangman. Kerani pun boleh jadi hero, pegawai boleh, bos pun boleh. Orang biasa boleh jadi hero.

Satu ayat power yang aku tak boleh lupakan, lebih kurang begini "Kamu orang biasa, bangun pagi, mandi, pergi kerja, punch card, kerja, balik rumah, tonton tv, tidur... esok bangun datang kerja lagi. Cukuplah tu tak payah fikir apa." Inilah kebiasaan orang sekarang.

Kita manusia memang dilahirkan ke dunia sebagai khalifah. Tapi dalam proses kita membesar, tua dan mati - kita telah di re-design. Kita di-redisgn menjadi mesin. Bergerak di atas track. Ada beza bergerak di atas track dengan membina track sendiri kearah cita-cita sendiri.

Bergerak di atas track yang ditetapkan ialah macam orang bekerja makan gaji. Kerja... kerja... kerja... kemudian ambil gaji dan ambil O.T. Kerja kuat tapi kau tak dapat banyak sebab sudah ditetapkan begitu. Kau tak boleh dapat banyak. Selalunya O.T. dikira berdasarkan gaji pokok, kali 1.5, 2.0 atau 3.0, bergantung keadaan.

Salah satu moral (ada banyak moral dalam cerita ini) daripada cerita 'Khalifah' ialah, kita kerja bukan buta-buta untuk dapat gaji sahaja. 

Posted at 10:46 am by dugongsenyum
Comments (7)  

 
Friday, April 07, 2006
Bos Kita Bukan Ayah



Belum lagi aku tulis surat resign. Angin kencang dah goyangkan bos. Dipanggilnya aku ke bilik dan berbincang. Satu kali. Dua Kali. Tiga kali. Empat kali.

Dinaikkannya gaji sikit lagi. Dibelikannya henpon baru Nokia 6020. Dia mintak jangan pergi. Dia suruh naikkan lagi prestasi, nanti dia boleh bagi lebih.

Belum lagi sempat aku tulis surat resign. Bos dah bagi gula-gula. Aku call orang di sana, cakap berdolak-dalik pula. Biarlah sementara ini aku makan dulu gula-gula ni.

Pagi tadi bos panggil, dia suruh aku arrange satu taklimat ringkas untuk staf baru. Apa-apa kerja aku yang patut bos suruh bagi pada staf tu, officemate baru.

Gaji baru, henpon baru dan pembantu baru.

Mungkin minggu depan baru aku senang. Untuk beri taklimat, sambil lunch dengan staf baru. Seorang amoi yang cun gilak ah ding dong ah...

Gaji baru, henpon baru dan amoi baru. Gula-gula bos untuk aku.

Bos kita bukan ayah. Bos tak boleh bagi sepenuhnya apa yang kita minta. Tapi bos bagi sekadar yang kita perlukan.



Posted at 05:43 pm by dugongsenyum
Comments (5)  

 
Monday, April 03, 2006
Blook

1 April 2006 yang lalu aku menyebuk di gerai no. 33. Majlis pelancaran dan penjualan first hand blook Ayah Kita Bos oleh Naga & Tok R, Jongkang Jongket oleh Mat Jan, Zine Sabotaj oleh Op, Jigo & Amir, Zine Gangguan Teksual oleh Tok Rimau.

Aku menjual Jiwa Kacau secara menyelit-nyelit dan menyampuk cakap orang, dapatlah jualkan 2000 muka surat Jiwa Kacau :P

Walau pun aku bukan krew perniagaan, aku datang juga dan sertai sampai petang. Sahaja aku ingin merasai kepanasan blook-blook baru tersebut.

Dari kanan: Op, Mat Jan, Naga, Lin, Zunar, Rimau, Dugong dan er.. er.. siapa ye? lupa nama hehehe... sori.

Satu blogger, satu blook.

Jumpa lagi beberapa bulan dari sekarang, kerana blook Jiwa Kacau 2 pula akan muncul. Jiwa Kacau 2 datang dengan entri-entri penulis Geju yang pernah dapat award, insyaAllah. Tungguuu....

Forum laporan : http://www.jurnal.biz/forum/viewtopic.php?t=4448

 


Posted at 07:20 pm by dugongsenyum
Comments (5)  

Lebah
Aku bermimpi dihurung lebah. Ribuan lebah di badan. Semacam aku memakai jaket dan seluar hitam yang tebal.

Tapi tak seekor pun menyengat aku.

Sampai aku tersedar dari tidur.



Posted at 03:07 pm by dugongsenyum
Comment (1)  

 
Wednesday, March 29, 2006
Hero
Sebenarnya. Aku ingin menjadi hero.

Kau dan mereka pun mungkin juga ingin menjadi hero. Aku bilang mungkin.

Aku jadi hero kalau berjaya mendaftarkan ia. Kau jadi hero kalau berjaya menghalang aku mendaftarkan ia.

Masing-masing nak jadi hero nampaknya.

Dia pula? Kalau dia berjaya kekal di atas pagar, dia pun sebenarnya hero. Bukan senang nak kekal di atas pagar.

Aku ingin menjadi hero. Tapi kalau boleh tanpa melukakan sesiapa.

Aku gerak dulu. Bye.


Posted at 04:22 pm by dugongsenyum
Comments (3)  

 
Tuesday, March 28, 2006
Balik
Pagi Jumaat yang lepas. Aku baru nak memulakan hari di pejabat.

Dapat panggilkan telefon daripada awek aku.

"Bang... adik SMS, bapak jatuh... tangan, kaki kiri kebas."

Aku terkenang kisah nan lalu. Macam tu lah punca bapak aku pergi dulu. Semasa nak hidupkan enjin motorsikal tiba-tiba jatuh dan motor mehimpitnya. Badan tiba-tiba mati sebelah.

Strok!

"Bapak pesan jangan beritahu sesiapa, jangan susah-susah", suara awek aku berselang-seli sebak tangisan.

Aku lekas telefon semua abang ipar. Biarlah dia orang uruskan bapak sendiri. Aku ni menantu, aku akan menyusul kemudian.

Hari minggu itu kami bagaikan menyambut hari raya. Semua berkumpul makan tengahari sama-sama. Menyambut bapak mertua keluar wad. Bapak dah ok sikit. Doktor cakap darah tinggi. Ada kencing manis sikit sama masalah jantung sikit.



Posted at 07:25 am by dugongsenyum
Comments (9)  

 
Monday, March 27, 2006
Sihat
Makan malam bersama Ilyas pada suatu masa. Ilyas kawan ketika sekolah menengah sekitar tahun 1994 - 1995. Lama tak jumpa. Dulu kami berpinggang anak persekolahan, sekitar 20 inci lebih. Ilyas kini sudah 95kg. Baru dapat pingat PJK katannya,  (Perut Jauh Ke depan). Aku sendiri dah 85kg. Pinggang? Ntahlah... mana satu pinggang, mana satu perut pun tak tau.

Sambil makan-makan, kami bersembang. Perbualan di bawah tak dapat aku padamdari rakaman kenangan.

Ilyas : Bas, kau gemok betul.

Aku : Nak gemok ni petua dia senang saja.

Ilyas : Macam mana?

Aku dengan ikhlas dan jujur serta lurus menurunkan petua ;

Aku : Bila sarapan... jangan tinggalkan telur.

Ilyas : Seumur hidup aku, tak pernah pulak aku tinggalkan telur aku. Pergi sarapan aku bawak, pergi mana-mana pun aku bawak  ahahahaha...


Posted at 09:01 am by dugongsenyum
Comments (2)  

 
Tuesday, March 14, 2006
Temuduga
Ditemuduga. Minta jawatan yang tak pasti. Kena maki.

Bawa ijazah tapi tak kena bidang. Kena maki.

Minta gaji teragak-agak. Kena maki.

Ditawarkan gaji dua ribu campur pula elaun RM8,000.00 +++ sebulan.

Tengah pening fikir. Tak boleh tunggu dua bulan. Tak boleh tunggu dua minggu.

Kalau setuju, surat tawaran akan dikeluarkan.

Minggu depan kerja di Sudan, Afrika Utara.

Pening.


Posted at 12:07 pm by dugongsenyum
Comments (19)  

 
Sunday, March 12, 2006
Pergi klinik gigi
Pergi klinik gigi Rohaya memenuhi temujanji yang tertunda-tunda sampai hari ini.

Aku sebenarnya dah berfikir lapan juta ke sembilan juta kali sebelum ke klinik gigi ni. Selain takut nak mampos, kos rawatannya pun sangat mahal. Empat ribu lebih beb. Hari tu pergi klinik kerajaan, mereka cakap dah lepas usia. Klinik swasta cakap mereka boleh terima asalkan kamu sudah tumbuh gigi kekal. Usia empat puluhan pun boleh lagi buat ortodontik. Asalkan kau bayar.

Manisnya gadis kaunter pendaftaran. Bulu mata lentik. Bulu kening sedang-sedang. Hidung sedang-sedang. Jari-jemari sedang-sedang. Tulisan pun cantik.

Masuk bilik rawatan. Doktor pakar. Khas untuk kes macam aku. Tempahan ortodontik. Ada kerusi khas. Duduk. Duduk. Baring. Baring. Nganga. Aaaa....

Awek comel di kaunter tadi jadi pembantu di sebelah. Berdiri. Body dia sedang-sedang. Tolong ambilkan cermin. Tisu. Tuala kecil. Sediakan secawan air kumur.

Doktor pakar yang comel belek-belek gigi dan tarik-tarik bibir aku, "Mmm... gigi encik ni berterabur ye."

Keras perut aku menahan gelak. Tak tau kenapa. Nak gelak.

Gigi encik dah mati. Pernah trauma? Oh! saya pernah eksiden jatuh basikal. Cium jalan tar. Ada jangkitan, seumpama bisul. Ni ada kuman boleh merebak. Aku terbayang mulut predator yang hina itu. Iyark! Aku nekad, teruskan saja rawatan ni. Mahal pun mahallah. Sakit buat apa simpan-simpan. Sakit sikit mesti rawat. Jangan biar melarat.

Aku kena jalani tiga protokol. Satu scaling. Dua RCT. Tiga barulah ortodontik.

Scaling tu kiranya macam pencucian. Buang karat-karat. Untuk karat yang tebal dan keras, mereka akan guna pahat dan tukul.

RCT tu rawatan akar gigi. Gigi aku yang dah mati ni akan ditebuk. Sel-sel dan salur darah yang sudah tidak berfungsi akan disedut keluar, selepas itu ruang kosong akan diisikan dengan bahan-bahan binaan kah kah kah

Akhir sekali barulah boleh buat ortodontik. Empat batang gigi geraham akan dicabut untuk menjayakan projek ortodontik ini. Banyak barang nak taruk dalam mulut nanti. Macam bangunan ada pasang aram-aram.

Doktor dan pembantu sibuk belek gigi-gigi aku. Aku pula sibuk belek-belek mereka kah kah kah

Temujanji aku bulan depan. Bulan depan aku nak datang lagi. No pain, no gain.


Posted at 08:47 am by dugongsenyum
Comments (8)  

 
Friday, March 10, 2006
Ucapan Dasar Presiden Geng Jurnal yang baru
Terima kasih atas kepercayaan kalian untuk saya menjadi ketua di sini. Saya faham saya dipilih berdasarkan prestasi projek-projek yang saya kepalai sebelum ini. Nak kata saya pandai dan berpelajaran tinggi jauh sekali. (Tapi saya hensem, saya tahu.) Saya cuba membina reputasi di sini, sedikit demi sedikit dan sekarang diterima. Terima kasih sekali lagi.

Komuniti kita berakar di internet. Komuniti kita adalah komuniti ukhwah, landasannya kejujuran, matlamatnya persahabatan (mungkin kau ada matlamat lain, sini awek ramai tau Razz ). Menyusur sepanjang jalan kenangan, saya sendiri bermula dengan menghadiri gathering Geng Jurnal. Kemudian menyertai aktiviti bacaan Yassin anjuran Geju, di situ saya mula tertarik kerana komuniti ini, kerana lain dari yang lain. Komuniti siber bukan semata-mata ‘kelab otak kuning’ atau ‘kumpulan chatting mencarut’. Maka saya pun pulun habis-habisan memberi komitmen kepada Geng Jurnal. Mengisi masa lapang sehari-hari, dan aktiviti hujung minggu. Usaha saya berbaloi sebab berjaya juga jadi Presiden Ha ha ha... hari ini.

Aktiviti-aktiviti yang mengeratkan silaturrahim perlu diteruskan. Banyak aktiviti kesinambungan seperti piknik, main bowling, malanti*, Hari Weblog, projek basah dan lain-lain. Kamu juga boleh cipta projek baru. Yang ‘dabomb’, yang boleh menarik penyertaan ramai serta memuaskan. Bateri henpon pun kena cas bateri, ini kan pula persahabatan, jangan biarkan lemau begitu sahaja. Geng otai dan geng baru jangan malu-malu, aktiviti dan projek kita kebanyakkannya rileks dan dalam semangat setiakawan. Kamu mungkin tidak memerlukan Geng Jurnal. Tapi Geng Jurnal memerlukan kamu, ayuh meriahkan ia!

Sudah ada di kalangan kita yang menulis dengan serius. Entri blog berkualiti bukanlah lagi satu kata nama yang kosong. Tulisan kita adalah berkongsi rasa. Tulisan kita komunikasi hati ke hati. Namun, pada hari ini kita tidak boleh menulis dari hati, atau rasa semata-mata. Penulis blog hari ini, adalah penulis buku pada masa depan. Ini bukan angan-angan, tapi kenyataan. Sahabat kita dalam Geng Jurnal sudah ada menjadi penerbit dan penulis buku. Satu-persatu di kalangan kita akan naik ke permukaan. Tidak kisah siapa yang diwakilinya, sama ada diri sendiri atau pun suara hati dan perasaan kita, sokonglah mereka.

Kata bijak pandai, seorang pemimpin yang baik bukanlah yang paling banyak pengikutnya. Tetapi pemimpin yang baik ialah yang paling ramai melahirkan pemimpin yang baik selepasnya. Apa yang kita tulis hari ini adalah umpama benih pokok masa depan. Semai dan siramlah benih ini di atas subur persahabatan Geng Jurnal. Semoga benih yang elok itu menjadi pohon yang sangat rendang untuk kita sama-sama duduk berteduh di bawahnya suatu masa nanti.

Salam hormat. Terima kasih.

Perbahasan di forum Geng Jurnal ;
http://www.jurnal.biz/forum/viewtopic.php?t=4413




Posted at 07:43 am by dugongsenyum
Comments (13)  

Previous Page Next Page