Hari ini tapi minggu lepas. Dihulurkannya aku sebungkus roti. Aku ambillah.
"Saya belanja kamu, tadi Kak Suseela sudah ambil juga."
Pada aku ada tiga potong roti. Aku agak pasti roti ini asalnya
sebuku besar, dipotong-potong setebal 1 inci, menjadi beberapa keping.
Aku dapat 3 keping.
Roti lembut. Sedap berinti daging. Jadinya selamat duit poket aku makan tengahari. Memang puas memang kenyang.
Petang itu, petang itulah, semasa aku mengemas meja sebelum nak balik.
Plastik karung roti tu aku nak campak ke dalam tong. Tiba-tiba
ternampak ada kertas putih dalamnya. Sekeping resit. Aku pun baca;
"Bread Story Sdn Bhd, Avenue K bla... blaa..
Ham & Cheese Loaf bla.. bla... bla.. Please Come Again."
Oh tidaklah...!!!
Tidak perlu melanjutkan pelajaran ke luar negara untuk termakan roti berinti...
Menulis ni macam bercakap juga. Apa ke namanya tu? Laras bahasa? Aku pun dah lupa lama sangat dah tinggalkan tingkatan enam.
Kalau kita bercakap dengan mak bapak kita guna laras bahasa yang
berbeza dengan yang kita gunakan untuk kawan-kawan. Kawan-kawan pun ada
banyak kategori jugak, ada yang kawan kenal, ada kawan yang tak kenal.
Ada kawan rapat, ada kawan tak rapat. Yang kita panggil friend, buddy
atau dude.
Kadang-kadang kita tulis guna bahasa yang biasa
kita guna untuk kawan-kawan yang kita suka. Tidak ada apa-apa di situ.
Tapi ada pembaca yang datang ke blog kita, dia baca, dia terasa. Dia
ingat kita marah-marah. Marah ke dia.
Mula-mula marah lepas
tu gaduh. Blog bukan dicipta untuk kita bergaduh, tapi dicipta untuk
lebih daripada itu. Untuk berperang ha ha ha.
Jadinya
kalau kau baca blog sesiapa (baik yang kau sangat kenal, kenal, kenal
sikit-sikit) maka menjadi tanggungjawab kau untuk mengawal diri kau
itu. Fikir sebelum bagi komen. Siapa makan cili dia terasa pedas beb!
Salah faham di internet yang bermula daripada blog kita susah nak
salahkan sesiapa. Bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi, kata orang
dulu-dulu.
Aku tulis, kau datang, kau baca, kau blah. Simple saja idup ini.
"Kita kena berhenti dari apa yang kita sedang buat sekarang, supaya kepala otak kita clear untuk memikirkan hala tuju kita kemudian. Kadang-kadang kita bergerak terlalu laju, kita tak sedar kita dah miss exit yang kita nak lalu.
Masalah tentang internet ini, semua orang mahu menulis sesuatu. Dan internet ini tak da penghujung. Jadi (siapa cakap ni?) in an infinite world, anything can happen. If an infinite number of monkey, type on an infinite number of typewriters, given an infinite time, they will reproduce Hamlet. The probability of anything happening, given an infinite time duration, is 1. And so forth.
Tidak seperti kertas, pengedaran karya melalui web adalah (hampir) percuma. Kita tak ada limit muka surat, serta tanggungjawap untuk menulis sesuatu yang paling baik. Sebab itu ramai yang menulis menceceh-ceceh dua belas muka surat pasal keamanan dunia padahal di penerbitan kertas, cuma boleh menulis satu kolum dua A4."
Penyerang utama pasukan lawan meluru ke depan, aku pun memintas.
Wing aku kata, "biarkan... biarkan..!!!"
Bila bola sampai dari langit. Aku yang rakus ingin merebut itu, melompat...
"Hoi mangkuk!!! " Jerit penjaga gol, dia benteng terakhir, aku benteng kedua akhir yang tadi naik kini turun balik.
Kerana aku terkedepan, perangkap offside kami tak menjadi.
Mujur juga si penyerang tersasar tendangan, tapi penjaga gol itu masih maki aku juga.
Aku dan kawan-kawan yang tidak berbaju main bola sampai petang. Kena
hujan, kena maki, kena bentes, kena counter attack, kena turun, kena
naik, letih...
Letih dan penat. Tapi esoknya, lusanya kami datang juga main.
Masuk ke kelas menaip dan trengkas, minggu pertama kau kena belajar
tekan a, s, d, f. Kunci a untuk jari kelingking kiri, s untuk
jari manis kiri, d jari hantu dan f jari telunjuk. Kau akan diberi nota
latihan untuk 'menghidupkan' kesemua 10 jari kau itu, kemudian. Ingat,
mesin taip manual tiada kekunci 'Backspace', kau kena guna pemadam khas
kalau kau dah buat silap.
Bila kau tekan kekunci, benda kecil dalam tu akan 'mematuk' kertas kau.
Macam ayam patuk padi. Orang yang menaip lambat tu kita gelar menaip '
patuk ayam', sebiji-sebiji entah bila nak siap.
Bila kau tekan kekunci ada binatang besar anak kucing (baca:
kadang-kadang aku dapat yang besar mak kucing) tersorong ke luar,
sampai had dia akan bunyi loceng. Kau kena tolak dia masuk semula untuk
memulakan baris atau perenggan baru.
Selepas beberapa bulan jari-jemari kau akan 'menari-nari' di atas papan kekunci.
Peliknya aku, ketika rakan-rakan lain sibuk dengan kelas komputer
Wordstar, Lotus 123, dBase dan lain-lain. Riak dan takabbur mereka
mengusung disket 5.25" ke kelas. Mereka dapat sijil komputer dari kelab
komputer sekolah.
Aku dapat Sijil Menaip Dan Trengkas dari Institut Trengkas. Sijil Kecekapan, yeay! apalah kerani tanpa sijil menaip.
Namun, bila kelapa sawit ada harga (baca: masa sekolah dulu aku orang
susah kerja kampung) aku ambil kelas komputer juga. Belajar dari D.O.S.
Belajar dari komputer 'tengkorak' takde otak takde isi takde cakera
keras di dalam. Macam tengkorak, kosong takde barang. Sistem operasi
komputer dijana dari cakera liut 5.25" yang cikgu kau beri, nak
jalankan program pun sama. Jangan sebut internet masa tu, sebab nanti
orang ingat kau mencarut.
Berulang ke kelas setiap minggu, naik bas loncat. Kau bayangkan kau
berada dalam bas yang berkumandang lagu Tamil atau Hindi setiap masa,
kau mengangguk-anggukkan kepala melayan irama lagu-lagu tersebut
sebagai tanda protes.
Akhirnya aku lulus peperiksaan sijil komputer program Wordstar, Lotus
123, dBase III... sijil dari South Kent College, United Kingdom. Aku
bangga dengan sijil itu. Sangat bangga. Aku pula rasa riak dan takabbur
dengan kawan-kawan yang sudah ada sijil komputer dari kelab komputer
sekolah. Sijil mereka sijil local, aku punya sijil antarabangsa. Aku
simpan sijil dalam fail, segala disket habis belajar aku masukkan dalam
kotak.
Aku jumpa kawan-kawan, aku rasa nak bercerita kejayaan aku tu, belajar komputer di Kapar, Klang tapi dapat sijil dari UK.
Di kedai kopi. Kawan-kawan yang aku jumpa, mereka bercerita pasal
Windows, pasal rangkaian dan pasal Windows 95 yang bakal terbit tidak
lama lagi. Aku tak pandai itu. Aku rasa rendah diri dan hina.
Aku. Diam dan mendengar sahajalah, teringat disket-disket dalam kotak kat rumah. Disket tak guna, macam aku.
Aku bersekolah sessi petang. Sekolah buat
aktiviti ko-ko pada sebelah pagi. Habis aktiviti ko-ko kawan-kawan ajak
lepak kat pekan. Masa itu kenderaan yang kami ada basikal, rumah
berbelas kilometer dari sekolah. Jadi, rasa tak berbaloi kalau lepas
ko-ko balik ke rumah, sebab nanti kena patah balik ke sekolah juga.
Kalau ada jadual ko-ko, kami bawa t-shirt spare.
Tapi hari tu aku tak bawa t-shirt spare. Dengan uniform sekolah aku ikut kawan jalan-jalan ke pekan.
"Ke mana kita?" Aku ajukan soalan kepada Ijam.
"Kelas komputer" Jawabnya.
Aku teruja dengan jawaban itu. Wow! Seronoknya tengok orang belajar komputer.
Dalam kelas komputer itu aku nampak orang-orang tekun mengadap komputer
masing-masing. Di suatu sudut aku nampak Chin Thiyak, Pakai seluar
pendek dengan t-shirt saja, tekun dia belajar. Aku dekati dia dan tegur
dia. Chin Thiyak ni ketua tingkatan di kelas aku.
"Oit dude, you mau cuba, saya belanja." Dia bangkit dari kerusi bagi aku duduk cuba.
Aku buat sekejap je, sebab tak berapa reti.
Tiba-tiba datang seorang kawan, dia kat sekolah dalam kelas lain. Aku 3 Dahlia dia 3 Ros. Dia pegang bahu aku.
Dia cakap air sarbat di kantin sangat mahal. Kalau budak-budak sekolah
tu beli dua puluh sen, dapat setengah gelas, kalau tiga puluh sen
barulah nampak macam penuh.
Aku cakap, masa sekolah rendah dulu, duit belanja bapak bagi seposen
saja. Dapatlah karipap seketul. (Biasanya aku guna untuk sarapan, makan
tengahari mak bekalkan nasi bungkus daun pisang dengan upih pinang ikat
dengan tali rapia. Bekal air sebotol gantung kat leher.)
Awek aku cerita, sepuluh tahun dulu karipap besar, makan seketul dah kenyang. Sekarang karipap kecik, harga mahal.
Aku balas, sepuluh tahun dulu bukan karipap yang besar, tapi kita yang
masih kecik. Kita masih kecik, pegang karipap seketul dah penuh tapak
tangan.
Dulu nilai duit besar, barang (masih) murah.
Aku renung anak-anak aku yang sedang tidur depan TV. Comel dua-dua.
Bila mereka masuk sekolah (atau tadika) lima atau enam tahun lagi,
mungkin tangan kecik mereka akan genggam duit besar. Duit besar tapi
nilai kecik. Alahai.
Dah beberapa hari. Masuk seminggu dua hati tak sedap.
Tadi nak makan tengahari di kedai. Sewaktu turun dari motorsikal kaki
aku tersandung bagasi belakang. Alamak! Penutup bagasi belakang
ternganga luas. Aku periksa dalamnya cuma tinggal jaket awek dan jaket
comel Aqilah.
Aku rasa pagi tadi aku dah kunci elok-elok bagasi tu.
Itulah malang takde rezeki harta dah hilang. Tak dapat aku bayangkan
orang-orang yang melihat harta aku berterbangan di jalan raya pagi tadi.
Barang yang hilang atau terbang ialah baju hujan kuning, sebuah pam tayar dan selipar jepun. Alahai...
Tapi, hati aku masih tak sedap lagi. Ada apa lagi ni?