Pernahkah tangki tersebut dicuci? Ya! tangki tersebut perlu dicuci, sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Manalah tahu ada cicak mati, tikus mati, kelodak dan karat-karat terdapat di dalam tangki terbabit. Kemudian air dari tangki itu kita buat mandi, minum, masak nasi, wuduk. Kalau ada kotoran, sahkah wuduk kita? Sempurnakah mandi junub ?
Tepuk dada tanya selera. Jika berminat sila hubungi TANGKI JAYA.
TANGKI JAYA ENTERPRISE
Cleaning services, mencuci tangki air rumah, servis aircon, cuci kipas angin, cuci tingkap, mengecat rumah. Cuci longkang, mengemas rumah, vacuum rumah/karpet dan membuang sawang. Kerja-kerja welding seperti rod tingkap patah, buaian patah
Aku rasa zaman sekolah dahululah paling ramai kawan. Paling banyak aktiviti yang dapat dilakukan bersama kawan-kawan. Tak cukup aktiviti ko-kurikulum sekolah, kita buat pula aktiviti sendiri, berkubang masa cuti sekolah. Kalau hari raya mesti meriah kawan-kawan datang ke rumah dan sebaliknya.
Kemudian masa terus berlalu.. Masuk universiti jumpa kawan-kawan baru. Dengan aktiviti-aktiviti yang baru juga. Kawan-kawan semasa zaman persekolahan satu- persatu menghilang dengan dunia masing-masing.
Masuk pula ke alam pekerjaan, dapat lagi kawan-kawan baru. Ada yang boleh kongsi susah senang, pinjam duit buat beli megi. Malam-malam sampai pagi. Kongsi minat main gitar Kapok. Ada yang part-time MLM.Namum bila krisis ekonomi melanda, kawan-kawan resign satu-persatu kemudian lost contact pula.
Di mana kawan-kawan? Masihkah perawan?
Aku. Aku bilang aku. Nasib baik ada internet. Bukan untuk porno sahaja. Dosa. Buat pengikat silaturrahim. Dan penyambung yang sudah putus. Dan untuk cari jodoh. Kalau ada.
Aku. Aku bilang aku. Bertuah. Berkenalan dengan Gengjurnal. Geng Lantit. Geng Mak Itam. Dan Senarainya akan lebih panjang. Boleh juga aku beropya-poya. Hujung minggu. Layan teh tarik, sembang-sembang di awal bulan.
Kawan. Dan kawan-kawan. Yang hilang dalam ada. Atau yang ada tapi hilang dalam jiwa. Atau dijemput DIA. Aku. Aku bilang aku. Tidak pernah lupa kawan. Dalam suka dan duka. Kawan di mana kau berada. Kenang daku dalam doamu. Hutang lima puluh sen aku halalkan.
Kawan. Kalau kita bersua. Aku sudah tidak seperti dulu. Perutku boroi. Kawan. Kalau kita bersua. Adakah kau seperti yang kukenali dulu ? Atau hilang rupa dalam ada. Ada tapi hilang dalam rupa ?
MALAM TADI
Boss telefon. Mustahak. Pagi-pagi minta aku datang ke rumahnya. Bincang pasal tender. Boss ada meeting di KL, lambat sikit masuk pejabat. Dia agihkan kerja. Dia mesyuarat, aku siapkan dokumen untuk mesyuarat yang satu lagi pada sebelah petang.
Seronok jadi boss, pagi petang siang malam.. meeting saja.
PAGI
Selepas hantar anak ke rumah mamanya dan menghantar ustazah ke sekolah agamanya. Pergi makan sarapan lontong..
Rumah boss dalam Golf Resort, rumah-rumah dalam kawasan ni perghh.. macam-macam. Cantik-cantik banglonya macam istana, yang macam shopping complex pun ada. Diorang ni kerja apa? Dalam porch mereka ada kereta cantik pelik-pelik..
Aku segak-segak pakaian pejabat, boss pakai seluar katok saja. Tapi takpe, bincang barang RM juta-juta tak kira tempat. Dekat dapur pun jadik..
TENGAHARI
Ukur jalan dengan pegawai TNB. Umat Malaysia ada 24 juta, aku jugak yang kena buat kerja ni. Takpe.. janji halal. Serius.. aku ukur jalan tengah-tengahari panas gilak tadi. Kerja punya pasal, buat saja.
Elok-elok lepas makan tengahari aku telefon Tuan Editor Karangkraf, sebab tadi ada miss call nombor pejabat beliau. Yeay! ada berita baik. Aku pun ada gambar-gambar nak diserahkan kepada
beliau. Artikel yang aku hantar panjang sangat sampai 21 muka, dia minta aku
edit jadikan 3-4 muka surat saja. Nanti ada yang muntah darah baca. Atau muntah
teguk.. muntah teguk..
Tuan Editor tekun meneliti gambar dalam CD aku. Satu-satu dibeleknya dan di copy paste ke PCnya pula. Dia cakap untuk Gengjurnal, ada 6 mukasurat diperuntukkan. "Kalau ada gambar yang cantik dan sesuai saya tambah lagi dua muka." Senyum sampai ke tengkuk aku
mendengarnya. Adakah gambar "kita-kita jer" akan jadi front page?
Tunggu..
PETANG
Buka email. Update blog.
Aku dapati diri aku semakin sibuk dari sehari ke sehari. Ada orang sibuk mencari kerja, aku pula tidak menang tangan dengan kerja-kerja yang memenuhi ruang meja dan ruang minda. Satu ku pinda dari-Mu, berikanlah aku kekuatan.
"Orang yang lemah mencari kerja, orang jiwa kental mencipta kerja." - Farouk.
From : Azli Bin Halim <azli.halim@karangkraf.com>
Sent : Wednesday, May 18, 2005 3:30 AM
To : "si basri basri" <basrinmd@hotmail.com>
Subject : RE: URGENT!!!! - Majalah Libur
Basri,
Artikel yang awak hantar hari tu kita nak keluarkan dalam majalah LIBUR keluaran Julai 2005. Tapi panjang sangat la
teksnye. Boleh tak awak tolong edit sikit story yg tak berapa penting tu (Plz rujuk majalah LIBUR - ikut konsep majalah
LIBUR) dan email balik kepada saya secepat mungkin.
Kalau boleh buat teks antara 3 -4 page sahaja tidak termasuk gambar.
Sekian, terima kasih
Azlie Halim
Editor
--------------------------------------------------------------------------------
From: si basri basri [mailto:basrinmd@hotmail.com]
Sent: Tuesday, April 26, 2005 8:39 AM
To: Azli Bin Halim
Subject: RE: URGENT!!!! - Majalah Libur
Assalamualaikum,
Merujuk kepada pertemuan kita semalam. Terima kasih atas layanan baik.
Semua gambar yang saya serahkan by-hand semalam oleh saudara Abdul Rahim Sulaiman
(Ayares).
Terima kasih.
>From: "Azli Bin Halim" <azli.halim@karangkraf.com>
>To: "si basri basri" <basrinmd@hotmail.com>
>Subject: RE: URGENT!!!! - Majalah Libur
>Date: Fri, 22 Apr 2005 11:00:07 +0800
>
>waalaikumsalam...
>terima kasih kerana menyokong majalah LIBUR. Kami memang mengalu-alukan
>sumbangan artikel daripada pembaca. Saya akan mempertimbangkan artikel
>saudara untuk disiarkan di dalam majalah LIBUR keluaran akan datang.
>Teruskan bersama kami di LIBUR.
>
>Azlie Halim
>Editor
>Tel : 03-51013869
>Mobile : 012-3600148
>
>________________________________
>
>From: si basri basri [mailto:basrinmd@hotmail.com]
>Sent: Friday, April 22, 2005 9:34 AM
>To: Azli Bin Halim
>Cc: basri@makitam2u.com; basrinmd@yahoo.com
>Subject: URGENT!!!! - Majalah Libur
>
>
>Assalamualaikum Tuan Azli Halim,
>
>Saya salah seorang pembaca Majalah Libur. Majalah Libur memang
>Besssshhh!! Diperkenalkan oleh Kak Sri Diah.
>
>Kebetulan minggu lepas saya ada join aktiviti lasak di sebuah kem yang
>alam sekitarnya amat indah.
>
>Bersama-sama ini saya lampirkan laporan dan gambar untuk
>dipertimabangkan disiarkan dalam Majalah Libur.
>
>Gambar-gambar : http://photodope.com/AyAres151/
>
>Sekian, terima kasih.
>
>BASRI NOR MOHD.
Hari Guru amat bermakna kepada diri aku kerana dua perkara. Pertama, kerana aku pernah menyambutnya pada suatu masa dahulu. Yang kedua kerana pada tarikh keramat inilah bapak aku menghembuskan nafas terakhirnya di sisi aku, pada tahun 2000.
Ada dua perkara yang membuatkan aku amat terkilan di dalam dunia ini. Sebenarnya tiga. Pertama aku tidak dapat mencapai cita-cita aku sebagai guru, cita-cita orang tua aku juga sebenarnya. Yang kedua, aku tidak berkesempatan membawa bapak aku menaiki kereta yang aku pandu sendiri. Di kalangan kawan-kawan, akulah yang rasanya paling lewat memiliki lesen memandu. Kalau tidak salah aku mendapat lesen B2 dan D pada usia 21 tahun, sedangkan kawan-kawan aku rata-rata sudah berlesen semasa di tingkatan empat lagi. Arwah bapak banyak memberi sokongan moral kepada aku. Emak lain, emak suka merendah-rendahkan impian aku. Mak cakap buat apa ambil lesen kereta motor sedangkan aku belum ada kenderaan terbabit, "kau tengok langit tu tinggi ke rendah". Semua benda tak boleh. Tapi sekarang kalau aku tidak bawa emak jalan-jalan barang sebulan-dua, emak akan suruh adik sms atau telefon aku, emak kesunyian, tolong bawa ke mana saja..
Masuk trek semula, cerita pasal guru.
Aku pasti setiap orang ada pengalaman mereka sendiri dengan guru (atau guru-guru) pada masa zaman persekolahan dahulu. Aku mengingati guru-guru kerana nama unik mereka seperti Cikgu Sultan dan Cikgu Raja, nasib baik tiada nama Dayang dan Gundik hahahaha. Kerana kegarangan mereka seperti Cikgu Jamal, aku pernah menikmati penampar Jepunnya dan juga libasan jangkalukisnya. Cikgu perempuan yang aku lupa nama, jemur aku hampir 2 jam. Cikgu Tahiron yang menakutkan, kerananya aku sanggup tidak tidur untuk menghafal sifir, hasilnya aku hanya hafal sifir 5, 10 dan lapan sahaja. Dan cikgu paling best Cikgu Suhaimi sebab beliau garang bertempat dan setiap masa buat lawak. Cikgu tidak jahat, yang jahat aku. Padan muka degil sangat. Kalau dulu belajar rajin-rajin boleh pergi oversea, sekarang mungkin aku dah jadi jurutera.
Dahulu ada pelajar tingkatan 2 bernama Farouk (bukan nama sebenar). Suatu hari sekolahnya menganjurkan Majlis Isra' Mikraj. Kelasnya dibuka dan bersambung dengan kelas lain menjadi dewan. Meja dan kerusi di susun. Meja-meja jadi pentas. Kerusi di susun rapat-rapat dan ada tiga laluan iaitu di tengah kiri dan kanan. Untuk pelajar keluar masuk dewan. Majlis bermula. Ramai pelajar masuk ke dewan. Farouk cuba mencelah di laluan kiri. Memasukkan badan secara sisi di laluan yang agak sempit. Tiba-tiba bajunya tersangkut pada tingkap dan koyak sedikit.
Kusyuk mendengar ceramah. Farouk terasa bajunya di tarik di belakang. Dia toleh nampak Saiful sengeh-sengeh. Saiful koyak rabak dan besarkan koyakan pada baju Farouk. Farouk tidak berbuat apa-apa dan tidak memukul Saiful, kerana jika Saiful tidak pukul dia pun sudah cukup baik. Saiful orangnya samseng, dia pernah pukul anak Cina. Lepas itu anak Cina balas dendam dan pecahkan dahinya. Dahi Saiful ada parut tiga jahitan. Itulah Saiful dia buat apa dia rasa nak buat. Pagi itu Saiful rasa nak koyakkan baju Farouk, jadi dia pun koyakkanlah. Farouk pula budak penakut.
Hari-hari berikutnya Farouk pakai baju bertampal ke sekolah. Kawan-kawan dan lawan-lawan mulut laser menegur bajunya. Dia buat tidak kisah. Suatu masa di surau Ustaz Samsudin tegur baju Farouk yang bertampal sebesar gambar 8R. Emak Farouk yang tampal. Malu memang malu, tapi orang miskin tidak ada masa untuk malu. Ustaz Samsudin tanya Farouk itu ini. Farouk jawab, bapanya kerja ambil upah mengopek kelapa, sebiji 3 sen, pendapatan tidak menentu. Farouk cakap adiknya ada tiga, semua dalam sekolah rendah, emak tidak bekerja. Kakak kerja cikgu, dah kawin ikut suami ke Petaling Jaya.
Esoknya semasa sessi sekolah berlangsung Ustaz Samsudin dan Cikgu Zailani mengajak Farouk keluar naik kereta Cikgu Zailani. Rupa-rupanya pergi shopping di Kedai Kian Ghuan, beli baju baru. Farouk rasa terkejut bila masuk kedai. Sudah lama tidak beli baju baru. Baju sekolah Farouk ialah yang dikutip dari plastik sampah yang orang buang. Orang yang nak buang baju tu bukan orang lain. Emak tebalkan muka mintak untuk 'buat kain buruk. Tidak koyak cuma agak kusam. Sebab itu mudah koyak bila tersangkut tingkap. Farouk dapat sepasang baju baru. Terima kasih ustaz, terima kasih cikgu!
Adik-beradik Farouk tidaklah pandai sangat persekolahannya. Tapi guru-guru prihatin, boleh dikatakan semua adik-beradik Farouk pernah mendapat bantuan sekolah atau guru-guru. Dapat beg, alat tulis dan buku tulis. Farouk pernah dapat biasiswa. Ringan sikit tanggungan bapa. Emak dengan bapak suka kalau anak-anaknya jadi cikgu. Kerja cikgu ni kerja mulia. Cikgu adalah malaikat. Pendek kata guru-guru amat prihatin masalah pelajar yang miskin.
Lama-lama ekonomi bapak Farouk jadi baik. Tauke-tauke Cina kebun kelapa percaya dia, upah bapaknya tebas rumput, meracun, browning kelapa sawit, kait kelapa sawit, membaja dan lain-lain. Ada lebih kurang 60 ekar kebun di bawah jagaan bapak. Jadinya bapak boleh pusing bergilir-gilir ke setiap kebun, dalam sebulan tidak ada cutinya bagi bapaknya. Tidak kaya tapi cukup untuk menyekolahkan Farouk dan tiga adiknya sampai SPM, STPM dan diploma. Cuma untuk Ijazah Farouk pakai duit titik peluhnya sendiri, sebab dia bekerja sambil belajar.
Dari darjah 2 sampai tingkatan enam atas, Farouk setiap petang balik sekolah tolong bapaknya kerja kebun. Cari duit sekolah. Kawan-kawan seronok pergi padang main bola, Farouk berjuang dengan parang dan sabit kelapa sawit. Lama-lama Frouk jadi kaki bangku.
Tiba-tiba penulis tamatkan kisah Farouk sampai di sini saja. Noktah.
Nota 1 : Bapak Farouk kemalangan motorsikal kemudian di masukkan ke hospital, tidak lama kemudian dibenarkan pulang. Tetapi malangnya semasa anak-anak sibuk mengemaskan beg pakaiannya tiba-tiba beliau sesak nafas lalu meninggal.
Nota 2 : Ada dua perkara yang membuatkan aku amat terkilan di dalam dunia ini. Sebenarnya tiga. Ke-3 awek kesayangan mengirim surat putus setelah beliau bakal menjadi cikgu. Dulu dia yang berikan aku harapan, berkepit dalam perpustakaan bincang pasal STPM dan masa depan. Last-last dia STPM principal 5, aku bungkus. Dia kawin dengan orang lain. Sejak itu aku benci cikgu perempuan. Hipokrit, eksen dan ego.
Nota 3 : Nama sebenar Farouk ialah Basri Nor Mohd.
Nota 4 : Sekian terima kasih.
Semoga Farouk tidak lupa jasa ibubapanya, jasa guru-gurunya. Semoga dia tidak lupa diri.
Bilik air di pejabat ini dicuci sebulan dua kali. Kak Su kadang-kadang sendal pintu dengan batu-bata agar pintu kekal terbuka, udara keluar masuk mempercepatkan lantai kering.
Sudah jadi kelaziman pagi-pagi masuk pejabat, selepas on PC, buat kerja sikit, selepas itu aku pergi bilik air melepas hajat besar. Sedangkan pagi-pagi di rumah sebaik celik mata terus pergi melepas, ada baki barangkali. Atau yang disarapan tadi cepat sangat diprosese.
Sudah jadi rutin.
Tadi selepas urusan, air tiada. Lama juga menyambung menung terduduk di mangkuk.
+++
Sebaik keluar, Kak Su cakap "Pesan kepada diorang, air takde.. kalau nak guna toilet guna yang di luar tu."
1. Sebenarnya Tok nak Juringkan si Basrie sebab jawatan
tingginya dalam GJ mungkin membuat dia tidak fokus. Tapi wasit-wasit lain
semua mahu Basrie masuk Juring bagi mewarnai permainan. Ketua wasit akur
dengan pendapat wasit-wasit lain bahwa Basri orangnya lagi bifocal atau
multifocal. Dia boleh fokus pada banyak benda.
Yeay! Bukan saja boleh mewarnai, malah aku akan cuba 'menconteng-conteng' permainan :P
Alasan lain untuk tidak menjuring aku ialah, aku belum cukup 'otai' macam Bluehikari, tapi aku ada profile mungkin.
Dalam Juring, lawan-lawan lain tidak kurang hebatnya, tapi tentulah tidak sehebat aku.
Dalam bulan ini, bulan Mei - Jun malah hingga Disember, aku kena fokus kepada benda-benda berikut ;
KERJA (Menyara keluarga itu wajib) :-
Projek ;
1) MEGS Taekyung
2) Teratak Cipta
3) KDU
4) SAMSUNG SDI
5) Banglo Dato' Soh