MALAM KELMARIN
Ada kerja pejabat yang dibawa balik ke rumah. Aku tidak suka cara ini, tapi terpaksa. Kalau aku overtime, nanti awek dan anak aku balik dengan apa? Bas susah, teksi jarang ada. Terpaksalah overtime di rumah sendiri.
PAGI SEMALAM
Aku masuk lewat ke pejabat. Dalam pukul 9.45. Sedangkan ada tender yang perlu disiapkan dan tarikh akhirnya hari ini, 12 tengahari. Kalut dibuatnya, aku, manager dan jurutera bertungkus-lumus menyiapkan dalam masa kritikal tersebut. Mengapa mereka menunggu aku? Mengapa tidak mulakan saja pagi-pagi tadi? Jawapannya kerana mereka kata 'tidak berapa tahu'. Aku tidak boleh berkata apa, bila seorang bergraduat master dan seorang lagi jurutera, tunduk kepada pengalaman 9 tahun seorang kerani macam aku.
Selepas bertarung, tender siap seadanya, aku diarah menghantarkan ke pejabat pelanggan di Nilai. Dari Subang Jaya ini ke Nilai aku rasa cuma 30 - 45 minit. Aku setuju. Sebentar kemudian aku menolak. Cukai jalan kereta sudah tamat tempoh, sejak semalam. Jadinya manager aku minta izin meminjam kereta manager akaun. Tapi beliau lokek, banyak alasan. Bukan kereta dia pun, kereta company. Akhirnya jurutera yang sebaya adik aku itu memandu keretanya, dan aku disebelahnya membelek peta ke Nilai. Takpe, nanti you boleh claim mileage dan tol.
TENGAHARI SEMALAM
Chuan biasa dengan lebuhraya dan simpang-simpang jalan, hinggalah di Nilai 3. Dia minta aku rujuk peta berkaitan untuk bantuan. Peta itu mengingatkan aku kepada peta kenduri kahwin Pak Beruang, tengok dalam peta landmark sepelaung dari lokasi, tapi sebenarnya teramatlah jauh. Lain kali kalau lukis peta sebegitu, sila note 'N.T.S' - not to scale :P Sejam lebih baru kami menjejakkan kaki di lokasi terbabit.
Sampai di pejabat yang dicari, kami pinjam punch hole dan selofon tape daripada pak guard. Sentuhan terakhir dokumen tender itu di tempat letak kereta pejabat pelanggan (bakal pelangganlah, sebab belum menang tender). Alat tulis aku tertinggal di atas meja tadi, pak guard ni baguslah.. macam-macam ada.
Oleh kerana penyambut tetamu keluar makan tengahari, aku telefon hunting line. Suara sombong pun menjawab di hujung talian (ceh ceh ceh.. teror aku boleh cam suara sombong). Agaknya malas untuk layan tetamu di kala santap tengahari, perempuan itu mengarahkan aku berurusan dengan pak guardnya sahaja. Lantas aku capai saja stamp syarikat terbabit untuk surat acknowledge receive. Tandatangan minta dari pak guard, dokumen aku serah kepadanya juga.
Selesai hantar tender kami mula mencari tempat makan. Tiada tempat yang berkenan di hati kami berdua, mungkin kerana kami cerewet makan atau mungkin kerana dompet cerewet gaji belum masuk :P Berselera sahaja aku lihat anak Cina seorang ini makan di kedai Kelantanis yang aku cadangkan. Lokasi hanya lima minit dari pejabat kami, cerewet sangat akhirnya makan di Subang Jaya juga.
Belum sempat nasi turun ke bawah, panggilan telefon dari pejabat, mustahak. Bergegas kami pulang. Ada lukisan pula perlu disiapkan untuk pelanggan Korea. Kalau nak tahu, bangsa ini amatlah kritikal dengan masa, semua nak cepat, boss aku pun sampai pening kepala. Manager serahkan lukisan tangan kepada kami berdua dan dilukis semula dengan CAD.
Dalam keaadaan orang sudah bersiap untuk pulang ke rumah aku dan Chuan masih bertungkus-lumus menyiapkan lukisan. Ada dalam 30 keping, perlu di photostat 4 salinan lagi. Mesej daripada Boss, hantarkan lukisan-lukisan terbabit ke rumahnya di Tropicana Petaling Jaya. Makanya manager aku pun menolong membuat salinan dan menyusun lukisan-lukisan terbabit, berat sama dipikul.
MALAM TADI
Dari Subang Jaya aku singgah di Kota Damansara untuk mengambil awek dan Aqilah di rumah abang ipar. Kasihan mereka berdua menunggu aku sejak 2.5 jam yang lalu. Seterusnya ke rumah Boss di dalam kelab golf. Aku serahkan dokumen kepada anak gadisnya, kemudian aku telefon boss untuk pemberitahuan.
Dalam perjalanan balik kami sekereta memerhatikan rumah-rumah dalam kawasan berkenaan yang seumpama mahligai, istana dan ada yang macam taman hiburan bentuknya. Kaya betul.
Sampai di suatu selekoh, ada banyak kenderaan bersesak. Aneh, tidak pernah jalan ini sesak sebab ini kawasan perumahan, bukan jalan raya yang sibuk.
Kereta aku di tahan Polis. Ada ramai polis dalam sekatan jalan terbabit. Salah seorang mengarahkan kereta aku berhenti. Senjata aku terasa tersentak ke dalam perut, kecut. Takut setakut takutnya. Hilang jiwa kental, datang jiwa kacau.
Aku takut sebab cukai jalan sudah mati. Awek aku mula merengek ketakutan. Aku baca doa minta keselamatan daripada Allah, yang cikgu aku ajarkan aku amalkan. Aku baca banyak-banyak. Aku tawakkal. Aku kawal emosi, dan cuba berlagak normal. Aku jiwa kental.
Polis terbabit menyuluh ke arah dalam kereta aku, macam mencari sesuatu. Kemudian menyuluh cukai jalan aku yang melekat di cermin depan. Habislah!!!
Polis pandang aku, aku pandang polis, polis pandang stiker cukai jalan..
Agaknya sebab berkat Aqilah si bayi comel dalam kereta, kami di arahkan jalan. Alhamdulillah, kereta aku tidak ditahan polis. Aku nampak ada banyak motorsikal dan kereta tersadai di tepi jalan ditahan polis.
Aku amat bersyukur, tapi esok aku akan bawa motorsikal gamaknya. Gaji nanti barulah gantikan cukai jalan. Aku selamat malam ini agaknya kerana rahmat Allah, aku bukan pergi berpoya-poya di kelab malam atau disko. Tapi aku dalam kepenatan, balik dari membanting tulang mencari rezeki. Begitu juga awek aku.
Hari Isnin yang lepas aku ke Melaka memenuhi undangan kenduri kawin Pak Bear dan Dr. Najah. Aku mengikut konvoi Gengjurnal dari R&R Nilai, kemudian Seremban dan seterusnya Ayer Keroh. Ada sepuluh kereta dalam konvoi terbabit. Ada ketikanya kereta aku bermasalah, kawan-kawan aku berhenti bertanya keadaan, terima kasih atas keprihatinan.
Sungguh meriah dan gilang-gemilang kenduri kahwin Pak Bear dan Najah. Semoga berkekalan jodoh hingga ke akhir masa. Terima kasih atas layanan mesra dan makan minum yang lazat. Sempat bergambar kenangan dengan pengantin. Sempat juga kami mengambil barang pesanan daripada Ayares, iaitu CD Projek Basah 2.0 Mantap betul CD terbabit, berbaloi aku membelinya.
Dapat berita mengejut, hari sebelumnya anak Tok Rimau kemalangan dipukul angin kencang, ketika di bawah kemah kenduri. Syukur semua selamat, semoga cepat sembuh.
Selepas makan kenduri aku racun kawan-kawan pergi ke Kem Lambaian Danau, berbasahan dan berdugong-duging. Ramai yang memberi alasan tiada baju basahan. Aku tuba mereka membeli pakaian basahan di Jasin, dan berkonvoilah kami ke kedai pakaian di Jasin :P
Aku sudah buat temujanji dengan Pak Let pada hari sebelumnya untuk menumpang tasik. Kami datang disambut Kak G kerana Pak Let ada urusan.
Sungguh seronok dapat mandi dalam tasik ramai-ramai. Ada yang sempat bermesra dengan lintah-lintah. Aku pun dapat 4 ekor. Ramai yang ke tengah tasik pakai pelambung atau jaket keselamatan, pergi ke bendera merah. Aku pun sama. Bila aku tanya, sorang-sorang tak reti berenang, Ni takde lain nak menyusahkan akulah ni. Terpaksalah aku jadi insan terakhir naik dari tasik, semata-mata untuk memastikan semua selamat naik ke darat (ayat cover, padahal aku memang tak hengat nak naik)
Sungguh indah pemandangan tasik dan alam ciptaan tuhan. Sungguh indah pemandangan gadis-gadis ciptaan tuhan, buat cuci mata :P
Lin tidak sihat, jadinya aku bawa mak dengan adik. Merasa mereka aktiviti Gengjurnal, dan merasa melantit bersama-sama. Pengalaman melantit di Tangkak, pesan makanan sejam baru sampai :P
Aku janji dengan Lin balik rumah petang, tapi aku sampai rumah 1 pagi. Jam di lebuhraya sebab ada kereta kemalangan, jadi belacan.
Keluar rumah 9.30 pagi, balik ke rumah 1.00 pagi. Isteri manalah tidak marah :P
Pengalaman sehari perjalanan, sarapan di Nilai, Negeri Sembilan, lunch di Selandar, Melaka dan dinner di Tangkak, Johor. Aku bodek mak aku cukup-cukup, "hari ni aku bawa mak jalan-jalan cari makan ke tiga negeri!"
Mulanya mak aku kurang senang melihat ada dikalangan kita yang 'bercampur lelaki perempuan', jangan ambil hati ya kawan-kawan, mak aku orang tua 67 tahun.
Tetapi akhirnya mak aku cukup gembira, dan sampaikan ada yang dia berkenan nak buat menantu :P Nanti dulu mak, jangan terburu-buru mereka tu educated, bekerja gaji best, mak bapak elok-elok, berbanding kita. Puncanya apabila mak aku melihat kita ramah di tempat kenduri, pergi shopping beramai-ramai dan semasa kita berdugong-duging. Ada pula yang rajin layan mak aku bersembang, malah ada yang tolong bancuhkan air untuknya. TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK sebab layan mak aku dengan baik. Doakan aku kaya, nanti aku pinang korang satu persatu kah kah kah..
Mak aku cakap, kita semua ni sudah mesra macam adik beradik. Jadi mak aku 'boleh terima' aktiviti kita.
Begitulah, kenangan pergi Melaka untuk makan kenduri dan berduging di KLD amat indah. Sukar untuk dituliskan di sini. Rasa sendiri baru tahu. Rasa sendiri baru tahu air tasik KLD masam atau manis, betul tak Diman?
Kali terakhir aku buat rawatan gigi mungkin 6- 7 tahun yang lepas. Kerana menampal gigi berlubang.
Hari Jumaat semalam, aku pergi memenuhi temujanji bulan lepas. Klinik kerajaan, nurse jelita. Rawatan "Scaling" sangat nyilu. Terpejam-pejam mata aku. Sakit boleh tahan. Nurse jelita punya pasal control hensem aku di atas kerusi boleh 'adjust' itu.
Lama-lama aku rasa nak ludahkan air dari mulut aku. Aku pun minta kebenaran, duduk dah ludahkan ke tempat yang disediakan. Canggih kerusi ini, boleh laras, ada lampu dan ada tempat ludah sekali.
Aku ingat aku ludahkan air liur dan darah, tapi yang aku nampak macam kicap! Ini cuci gigi atau cuci longkang ?
Kemudian kami sambung kerja pembersihan hingga selesai.
Masa ingin balik dan ambil time slip, aku tanya pasal ortodontik, nurse tu cakap umur macam aku klinik kerajaan sudah tidak terima, swasta bolehlah. Tapi tengok harga ribu-ribu tak bolehlah :P
Ok. Kesihatan gigi aku tiada masalah. Tampalan lama masih ok. Kuning-kuning sikit, retak-retak sikit, tidak memudaratkan.
"Encik boleh datang 6 bulan sekali untuk pemeriksaan.." saran nurse terbabit.
Kalau tak sakit gigi, mungkin 6 tahun lagi baru aku datang.
Pagi tadi lalu plaza tol macam biasa. Yang tidak biasanya ialah aku bayar RM1.20 selamba.
"Eh.. eh.. dua ringgitlah!." kata awek tol gate itu.
Dengan senyum sumbang aku hulur lagi sekeping RM1 dan aku capai dua puluh sen.
Kalau aku dari Kota Damansara ke tol ini tentulah RM1.20, tapi aku dari Sungai Buloh mestilah RM2. Aku lupa.
Pernah dulu aku sampai plaza tol, aku hulur duit kertas awek dalam cubicle tu hulur tiket.
Sebab aku masuk Lorong Tunai makanya aku hulur wang tunai :P Sedangkan aku perlu bayar di tol keluar nanti. Rasa macam bersilat pulak, masing-masing menghunus senjata. Cuma bezanya kami masing-masing menghunus wang.
P/s : Selamat Hari Pekerja kepada semua pembaca. Selamat Pengantin Baru kepada Pak Beruang dan isteri. Selamat happy birthday kepada Attok.
The left side of your brain controls verbal ability, attention to detail, and reasoning.
Left brained people are good at communication and persuading others.
If you're left brained, you are likely good at math and logic.
Your left brain prefers dogs, reading, and quiet.
The right side of your brain is all about creativity and flexibility.
Daring and intuitive, right brained people see the world in their unique way.
If you're right brained, you likely have a talent for creative writing and art.
Your right brain prefers day dreaming, philosophy, and sports.
Aku macam tak percaya. Sebab masa dulu aku jarang lulus math, SPM pun cukup makan.
Agaknya sebab aku dah kerja bidang electrical ni 10 tahun, walau pun best student sastera tapi jadi Asst. Engineer. 10 tahun lagi di mana aku?
Aku kalau beli kasut biasa yang murah-murah. Tapi itulah baru pakai beberapa bulan dah koyak. Kadang-kadang kalau pijak lecak air masuk dari tapak yang tembuk. Pasal murah takde kualiti agaknya.
Zaman sekolah rendah dulu aku pernah pakai kasut getah. Senang tak payah kapur, tak payah berus pun. Siram saja sudah bersih. Sampai satu masa kasut getah jadi ketat, aku pakai juga selagi tidak koyak. Akibat kasut ketat dan sempit kaki aku sakit. Aku pakai juga. Lama-lama kaki sakit 'bunion' aku tanggung sampai tua.
Zaman sekolah rendah pakai jenama 'Marco' atau 'Bata' macam budak sekarang dapat Adidas. Sekolah menengah aku suka Power. Tapi paling paling paling suka Pallas tapak rata bentuk cantik. Biasa tukar-tukar jenama, asal boleh pakai asal murah. Bata lelong pun aku pernah pakai, mantap.
Bila sudah kerja aku pernah beli kasut direct-sale, sesudah diracun kawan dengan belanja makan. Takdelah semahal Timberland, tapi ratus-ratus juga. Bergaya balik kampung padankan dengan Jeans dan t-shirt.
Kena marah dengan arwah bapak,
"Beli kasut sampai beratus, untuk pijak-pijak."
Latarbelakang bapak orang miskin. Pernah masa mudanya tanak nasi dalam tin susu. Itu sebab setiap sen diambil kira.
Aku pun selagi tiada buaya di kaki, aku tak tukar kasut. Maksudnya sampaikan tapak kasut terkopak macam buaya menganga baru aku tukar kasut.
Minggu lepas awek aku meracun jiwa bawa ke kilang kasut sepelaung dari kawasan rumah. Ada sale, kasut-kasut separuh harga. Aku ni kedekut hahahaha.. buat apa beli selagi yang ada boleh pakai. Kadang-kadang kena bebel dengan awek sebab simpan lagi kasut yang sudah putus tali atau yang sudah lusuh. Alasan aku simpan lagi sebab tapak masih ok. Awek aku pujuk buang yang lama-lama, beli baru.
Akhirnya aku termakan pujukan juga.
"Jadi ahli dapat lagi potongan 10%". kata awek kilang terbabit. Lantas aku hulur not sepuluh dan isi borang jadi ahli!
Bodohlah kalau beli kasut RM165, sedangkan boleh dapat RM61 sahaja. Jenama yang sama, bentuk yang sama pendek kata kasut yang sama.
Itulah aku, sejak kena 'sound' dengan arwah bapak 5 tahun nan lalu, kasut aku tak pernah beharga lebih RM70.
Kecuali kasut kawin.
"Ini kasut koboilah Bas, atas pelamin ko pakai pistol aaa pakai kasut ni." Komen kawan aku masa tu. Abis aku dah berkenan, cantik di mata aku, aku beli. Koboi pun koboilah, yang penting jangan kawin koboi sudah.
'Kasut koboi' tu kini dah jadi buaya. Nak buang atau tak nak? Apa da.. pasal kasut pun fikiran kusut.