MESEJ RINGKAS

Nama:

Email:

Mesej:


                       

 

<< May 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



 
Thursday, May 05, 2005
Sibuk.
K - KOMITMEN

Minggu-minggu ini dengan jadual yang padat ;

K - Kerja
K - Keluarga
K - Kawan-kawan
K - Kelab

K.O. - Aku

Setiap orang pun begitu, betul tak?

Posted at 07:29 pm by dugongsenyum
Comment (1)  

 
Saturday, April 30, 2005
Rawatan Gigi
Kali terakhir aku buat rawatan gigi mungkin 6- 7 tahun yang lepas. Kerana menampal gigi berlubang.

Hari Jumaat semalam, aku pergi memenuhi temujanji bulan lepas. Klinik kerajaan, nurse jelita. Rawatan "Scaling" sangat nyilu. Terpejam-pejam mata aku. Sakit boleh tahan. Nurse jelita punya pasal control hensem aku di atas kerusi boleh 'adjust' itu.

Lama-lama aku rasa nak ludahkan air dari mulut aku. Aku pun minta kebenaran, duduk dah ludahkan ke tempat yang disediakan. Canggih kerusi ini, boleh laras, ada lampu dan ada tempat ludah sekali.



Aku ingat aku ludahkan air liur dan darah, tapi yang aku nampak macam kicap! Ini cuci gigi atau cuci longkang ?

Kemudian kami sambung kerja pembersihan hingga selesai.

Masa ingin balik dan ambil time slip, aku tanya pasal ortodontik, nurse tu cakap umur macam aku klinik kerajaan sudah tidak terima, swasta bolehlah. Tapi tengok harga ribu-ribu tak bolehlah :P

Ok. Kesihatan gigi aku tiada masalah. Tampalan lama masih ok. Kuning-kuning sikit, retak-retak sikit, tidak memudaratkan.

"Encik boleh datang 6 bulan sekali untuk pemeriksaan.." saran nurse terbabit.

Kalau tak sakit gigi, mungkin 6 tahun lagi baru aku datang.

Jalan-jalan cari nurse jelita ;
Klinik Pergigian Besar Mersing

Gigi-gigi yang bertampal ;
Gigi macam puaka.

Posted at 09:48 am by dugongsenyum
Comments (7)  

Kadang-kadang sangap dan blur.
Pagi tadi lalu plaza tol macam biasa. Yang tidak biasanya ialah aku bayar RM1.20 selamba.

"Eh.. eh.. dua ringgitlah!." kata awek tol gate itu.

Dengan senyum sumbang aku hulur lagi sekeping RM1 dan aku capai dua puluh sen.

Kalau aku dari Kota Damansara ke tol ini tentulah RM1.20, tapi aku dari Sungai Buloh mestilah RM2. Aku lupa.

Pernah dulu aku sampai plaza tol, aku hulur duit kertas awek dalam cubicle tu hulur tiket.

Sebab aku masuk Lorong Tunai makanya aku hulur wang tunai :P Sedangkan aku perlu bayar di tol keluar nanti. Rasa macam bersilat pulak, masing-masing menghunus senjata. Cuma bezanya kami masing-masing menghunus wang.

P/s : Selamat Hari Pekerja kepada semua pembaca. Selamat Pengantin Baru kepada Pak Beruang dan isteri. Selamat happy birthday kepada Attok.

Posted at 08:34 am by dugongsenyum
Make a comment  

 
Wednesday, April 27, 2005
Kepala otak ko yang besh belah mana?
Are You Right or Left Brained ?
http://www.blogthings.com/rightorleftbrainedquiz/

You Are 55% Left Brained, 45% Right Brained

The left side of your brain controls verbal ability, attention to detail, and reasoning.
Left brained people are good at communication and persuading others.
If you're left brained, you are likely good at math and logic.
Your left brain prefers dogs, reading, and quiet.

The right side of your brain is all about creativity and flexibility.
Daring and intuitive, right brained people see the world in their unique way.
If you're right brained, you likely have a talent for creative writing and art.
Your right brain prefers day dreaming, philosophy, and sports.


Aku macam tak percaya. Sebab masa dulu aku jarang lulus math, SPM pun cukup makan.

Agaknya sebab aku dah kerja bidang electrical ni 10 tahun, walau pun best student sastera tapi jadi Asst. Engineer. 10 tahun lagi di mana aku?

Posted at 04:15 pm by dugongsenyum
Comments (4)  

 
Tuesday, April 26, 2005
Tentang kasut.


Aku suka kasut yang tak bertali.

Senang tak banyak songel.

Aku kalau beli kasut biasa yang murah-murah. Tapi itulah baru pakai beberapa bulan dah koyak. Kadang-kadang kalau pijak lecak air masuk dari tapak yang tembuk. Pasal murah takde kualiti agaknya.

Zaman sekolah rendah dulu aku pernah pakai kasut getah. Senang tak payah kapur, tak payah berus pun. Siram saja sudah bersih. Sampai satu masa kasut getah jadi ketat, aku pakai juga selagi tidak koyak. Akibat kasut ketat dan sempit kaki aku sakit. Aku pakai juga. Lama-lama kaki sakit 'bunion' aku tanggung sampai tua.

Zaman sekolah rendah pakai jenama 'Marco' atau 'Bata' macam budak sekarang dapat Adidas. Sekolah menengah aku suka Power. Tapi paling paling paling suka Pallas tapak rata bentuk cantik. Biasa tukar-tukar jenama, asal boleh pakai asal murah. Bata lelong pun aku pernah pakai, mantap.

Bila sudah kerja aku pernah beli kasut direct-sale, sesudah diracun kawan dengan belanja makan. Takdelah semahal Timberland, tapi ratus-ratus juga. Bergaya balik kampung padankan dengan Jeans dan t-shirt.

Kena marah dengan arwah bapak,

"Beli kasut sampai beratus, untuk pijak-pijak."

Latarbelakang bapak orang miskin. Pernah masa mudanya tanak nasi dalam tin susu. Itu sebab setiap sen diambil kira.

Aku pun selagi tiada buaya di kaki, aku tak tukar kasut. Maksudnya sampaikan tapak kasut terkopak macam buaya menganga baru aku tukar kasut.

Minggu lepas awek aku meracun jiwa bawa ke kilang kasut sepelaung dari kawasan rumah. Ada sale, kasut-kasut separuh harga. Aku ni kedekut hahahaha.. buat apa beli selagi yang ada boleh pakai. Kadang-kadang kena bebel dengan awek sebab simpan lagi kasut yang sudah putus tali atau yang sudah lusuh. Alasan aku simpan lagi sebab tapak masih ok. Awek aku pujuk buang yang lama-lama, beli baru.

Akhirnya aku termakan pujukan juga.

"Jadi ahli dapat lagi potongan 10%". kata awek kilang terbabit. Lantas aku hulur not sepuluh dan isi borang jadi ahli!

Bodohlah kalau beli kasut RM165, sedangkan boleh dapat RM61 sahaja. Jenama yang sama, bentuk yang sama pendek kata kasut yang sama.

Itulah aku, sejak kena 'sound' dengan arwah bapak 5 tahun nan lalu, kasut aku tak pernah beharga lebih RM70.

Kecuali kasut kawin.

"Ini kasut koboilah Bas, atas pelamin ko pakai pistol aaa pakai kasut ni." Komen kawan aku masa tu. Abis aku dah berkenan, cantik di mata aku, aku beli. Koboi pun koboilah, yang penting jangan kawin koboi sudah.

'Kasut koboi' tu kini dah jadi buaya. Nak buang atau tak nak? Apa da.. pasal kasut pun fikiran kusut.


Jalan-jalan cari kasut ;
http://www.zappos.com/n/br/d/722000833.html

Posted at 11:48 am by dugongsenyum
Comments (6)  

 
Monday, April 25, 2005
Pusat Payudara.

Posted at 05:53 pm by dugongsenyum
Comment (1)  

 
Saturday, April 23, 2005
Lagi-lagi Basah 2.0

Cakap-cakap Basah 2.0 di forum Gengjurnal ;
http://www.jurnal.biz/forum/viewtopic.php?p=56253

Produk Basah 2.0 untuk dijual ;
http://www.jurnal.biz/forum/viewtopic.php?t=3787

Gambar oleh Chempakasari pula;
http://chempakasari.fotopages.com/?entry=413016

Posted at 09:27 am by dugongsenyum
Make a comment  

 
Friday, April 22, 2005
Gambar-gambar yang kita suka.


Kayak jiwa kental yang aero-dynamic.



Yeay! uji pandu kayak. Size doesn't matter.

Terima kasih kepada yang memberikan aku harapan, teristimewa Tok Rimau dan Wkdin. Terima kasih kerana percaya kepada saya untuk lead Basah 2.0 Siapalah aku berbanding kalian, kalian merak di rimba, aku hanya gagak kayangan.

Terima kasih kepada Kak G dan Pak Let yang memberi dorongan dan kata semangat, memang seswai pasangan ideal ini bukak tanah buat kem bina semangat. Sebagai membalas jasa baik kalian, saya akan promosi gila-gila kem ini dalam media arus perdana. Semoga berjaya !

Terima kasih semua fasilitator yang menganggap kami macam kakak dan abang. Koranglah adik kami terbaik di KLD. Adik tau, bukan adek-adek :P

Terima kasih kepada SEMUA PESERTA BASAH 2.0 terbukti sudah anda semua JIWA KENTAL, tidak kira di air atau di darat. Bukan sekadar GAGAH ATAS KEYBOARD DAN PERKASA DEPAN SKRIN KOMPUTER. KITA BERANI JUMPA!

Terima kasih kepada yang 'di belakang tabir', tidak dapat bersama-sama berbasahan namun semangat kalian tetap bersama kami. Terima kasih kepada yang memberi sokongan MATERIAL, MORAL DAN APA SAHAJA, demi menjayakan Basah 2.0

Laporan Projek Basah 2.0 aku dah siap, harap-harap masuk majalah. Gambar kawan-kawan yang kita suka pun dah siap, harap-harap masuk majalah juga.

Enjoy!

Tok Rimau sepet dua ;
http://pg.photos.yahoo.com/ph/harimauj/album?.dir=/a423

Delima a.k.a. Kelawar Betina Yang Kental;
http://delima.textamerica.com/

Pak Beruang celah jari gatal;
http://afxzal.fotopages.com/?entry=412312

Irwandy's kaki kena paku ;
http://photodope.com/irwandy/index.php?list=2

Ayares - Day 1 at KLD;
http://ayares151.fotopages.com/?entry=413516

Ayares - Day 2 at KLD;
http://ayares151.fotopages.com/?entry=413519

Ayares - Day 3 at KLD;
http://ayares151.fotopages.com/?entry=413523

Ayares - Wargame ;
http://ayares151.fotopages.com/?entry=414163

Ayares - Sketsa ;
http://ayares151.fotopages.com/?entry=414426

Ayares - Kayak Safari ;
http://ayares151.fotopages.com/?entry=414467

Ayares - Melantit ;
http://ayares151.fotopages.com/?entry=414600

Kita sedang menunggu hasil dari kamera Attok yang diselamatkan dengan kaedah CPR, napas dari mulut ke mulut itu :P


Posted at 07:00 pm by dugongsenyum
Comment (1)  

 
Wednesday, April 20, 2005
Jiwa Kental, Badan Buntal, Hati Gatal :P
Projek Basah 2.0, Kem Lambaian Danau, Tebat, Chincin, Melaka.
15 hingga 17 April 2005 ( Jumaat - Ahad )
Jiwa Kental badan buntal.

Komando Beret Hijau Geju ;

Bil. Nama Blog
1 Basri http://basrie.tk
2 Ayares151 http://ayares151.blogspot.com
3 Chempakasari http://chempakasari.blogspot.com
4 De5lin http://delima.blogdrive.com
5 Wkdin http://wkdin.blogdrive.com
6 Tok Rimau http://tokrimau.tk
7 Tipah Bunari belum ada
8 Kak Tin belum ada
9 Sarah belum ada
10 Sabrina belum ada
11 Mushroom Cute http://mimosapudica.blogspot.com
12 Nesloice http://nesloice.blogspot.com
13 Superdiman http://oksigen.blogdrive.com
14 Attok http://attok.cjb.net
15 Hasyimah belum ada
16 Nurhayati belum ada
17 Azmir (Mamak) belum ada
18 Pulut Itam belum ada
19 Ahmad belum ada
20 Salina http://norsalina.blogspot.com
21 Munirah belum ada
22 Langsatz http://langsatz.blogspot.com
23 Mr. Bean http://beanbeh.blogspot.com
24 Kak Yah belum ada
25 Ajun belum ada
26 Kak Ros http://rosram.diaryland.com
27 ND www.irwandy.com
28 Nida http://madulebah.blogspot.com
29 Pak Bear http://afxzal.blogspot.com

Menarik diri setelah membayar
Syarfina www.syarfina.com
Datang hari malam SabtuE1 dan Are-Peace http://e-1.blogspot.com
Ahad
Spyz sekeluarga http://spyz.blogspot.com

Nota : Attok berjaya membawa rakan rakan baru menyertai aktiviti geju seperti Hasyimah, Nurhayati, Azmir, Pulut dan Ahmad. Kalau Geju syarikat MLM, Attok kiranya ramai downline. Terima kasih Attok.

Kak Yah Berusia 41 tahun, peserta paling otai, aku kagum dengan beliau. Langsung tidak mengelat sebarang aktiviti. Dalam Gengjurnal usia bukan sempadan, kudrat bukan ukuran. Sabrina 4 tahun, bakal pelapis duging akan datang.
Wira-wirawati KLD ;

Tuan Punya Tanah ;
1 Pak Let
2 Kak G

Fasilitator ;
1 Fendi ( Kem Komandan )
2 Azli
3 Yani
4 Toyak
5 Syam
6 Asri
7 Pakdi
8 Cica
9 Bob
10 Boboy (Fizi)

Geng Dapur ;
1 Haji Ibrahim (Uncle Robert)
2 Gegel
3 Kemang
4 Hadi
5 Lawin

DAN LAIN-LAIN

Makanan lauk sedap-sedap, pandai geng dapur memasak. Ini baru jiwa kental badan buntal. Petang hari pertama hujan, kami dijamu pengat pisang dan teh 0 panas, walla.

TENTATIF

HARI PERTAMA, (Jumaat, 15 April 2005)

Tengahari - Pendaftaran & solat Jumaat
Petang - Obstacle Run
Malam Aktiviti ;
1 - Ice Breaking
2 - Game seperti Raja Botol, Mana lagi seringgit?, Untung rugi? & Main tali

Tengah Malam ;
1 - Jiwa Kental Nite Walk Lone Ranger

HARI KEDUA, (Sabtu, 16 April 2005)

Pagi ;
1 - Senaman
2 - Jogging
3 - Water Confidence


Petang ;
1 - Wargame
2 - Dugong duging

Malam ;
Sketsa dengan tema : Jiwa kacau & jiwa kental

HARI KETIGA, (Ahad, 17 April 2005)

Pagi ;
1 - Kayak Safari
2 - Kayak Rescue (basic)

Tengahari - Majlis perpisahan dan penyampaian sijil

Petang - Melantit di Restoran Haja, Jasin

Balik.


LAPORAN AKTIVITI DARI KACA MATA SEORANG BASRI

Boss aku cuba untuk membatalkan cuti yang telah aku pohon dan diluluskan sekian lama. Suka suka dia nak buat apa, dia boss. Aku tidak mengalah, aku siapkan juga tender bernilai dua juta itu. Aku cakap pada boss, by hook or by crook aku mesti siapkan. Kok Chuan kawan sepejabat juga O.T. Kami keluar dari pejabat pukul 10.30 malam. Tapi pintu pagar bermangga pula.

Makan malam aku hampir 12 malam. Aku menelefon Diman untuk mengetahui perkembangan meeting AJK Basah 2.0, jawapan yang diberi memberi makna berjalan lancar. Sampai di rumah penat tidur.

Awal pagi hantar Aqilah ke rumah pengasuhnya. Hantar ustazah ke sekolah agamanya. Kemudian bawa diri balik ke rumah semula. cari beg dan punggah pakaian dan keperluan untuk pergi kem. Pergi ke Seri Damansara mengambil Attok, kemudian ke Jalan Petaling mengambil Hasyimah dan Yati. Pergi ke Kampung Attap pula bertemu kawan Attok bernama Cik Spy. Penuh boot kereta aku dengan majalah tajaan syarikatnya. Majalah Millenia Muslim. *iklan* TERIMA KASIH PENAJA *iklan*

Sarapan kami di hentian (Nilai ?). Rakus aku membaham sepinggan mee campur bihun goreng, sampai ditegur oleh awek berkenaan. Lapar hilang tenaga menempuh traffic jam di Kota Damansara, ada tanah runtuh di LDP.

Wangi kereta aku sepanjang perjalanan. Wangi sebab bau majalah baru.

Cerita di kem,



HARI PERTAMA, (Jumaat, 15 April 2005)

Kem penuh dengan peserta kursus. Majoriti Cina, mungkin pelajar kolej, 200 orang.

Kak G menjemput kami ke pejabatnya yang mengadap tasik itu. Selepas makan dan melepak-lepak, aku bersama Attok, Nesloice dan Bean sembahyang Jumaat di masjid Kg Chinchin.

Aku dan beberapa geju yang sampai awal tadi melepak sambil menonton TV, ada yang main catur di pelantar, ada yang bersembang. Aku cuba qada tidur di sofa panjang, tapi tewas kepada aktiviti bersembang. Akhirnya aku tidur di buaian gantung bawah pokok nenasi, dekat tepi tasik juga.

Lama juga pelajar-pelajar Cina itu selesai majlis perpisahan dan keluar dari kem.

Petang hujan.

Gengjurnal datang seorang demi seorang, mengesahkan pendaftaran. Semasa pendaftaran setiap peserta diberi door-gift gengjurnal berupa nametag, pen, buku catatan, tuala good morning dan tiga naskah majalah Milenia Muslim.

Nametag kita adalah ciptaan E1 aka Antropose1 ( http://e-1.blogspot.com ) , dicetak dan dilaminat oleh Ayares.

Kami guna khemah yang ditinggalkan oleh peserta-peserta sebelumya. Senang, tak payah susah-susah pasang khemah. Gengjurnal dapat tiga kabin, satu untuk wanita senang salin pakaian, satu untuk Tok Rimau sekeluarga dan satu lagi kalau tak salah untuk keluarga Wkdin. Tapi Wkdin datang Sabtu, bujang pulak tu, jadinya Ayares dan Pak Bear berkongsi dengan Wkdin.

Aku biarkan saja beg di dalam kereta, aku bercadang tidur di dewan sahaja. Kalau hujan tak payah berkejar menutup khemah.

Kerana perubahan cuaca, panas hujan. Pak Let memaklumkan aktiviti petang itu adalah merempuh halangan.

Merempuh Halangan.

Semua peserta dalam satu barisan berbasahan dalam gerimis. Mula-mula menggelongsor curam berlumpur, kemudian meredah air lumpur paras lutut sepanjang pinggir tasik melalui bawah pelantar kediaman urusetia.

Bergayut pula macam monyet di palang besi. Ramai yang tertewas sama ada kerana tangan licin atau besi licin. Aku sendiri terlepas palang yang terakhir, akibatnya tertumus dan pangkal lengan menghempap tiang besi. Sakit tahankan saja.

Teruskan dengan meniti batang licin. Ini menguji keseimbangan badan. Dan keseimbangan perut. Ada yang cat walk, tak kurang yang bia-walk (biawak).

Yang lelaki cukup suka bila dapat panjat halangan tangga.

Diteruskan pula dengan merangkak dalam lumpur di bawah kawat dawai.

Paling menarik dapat main papa gelongsor. Menggelongsor ke dalam lopak di bawah curam. Bila kami menggelongsor terus dengan kepala-kepala tenggelam dalam lumpur. Ramai yang terminum lumpur, minum melalui hidung.

Kemudian dari lopak air itu kami perlu naik semula menggunakan tali yang disediakan. Tali berkenaan sudah ada beberapa simpulan, jika kena gaya dan teknik yang diajarkan oleh urusetia, amat mudah untuk memanjatnya.

Masuk ke hutan kecil pula, kerana pokok-pokok yang rendang dan cuaca mendung, keadaan agak gelap. Acara akhir merangkak melepasi tayar-tayar yang disusun. Aku sangka perut tak muat masuk. Rupa-rupanya boleh.

Habis acara kami diarahkan berkumpul di datara. Pak Let memberikan sepatah dua kata.

"Biar badan buntal, asalkan jiwa kental." Kata Pak Let.

Belum pun sempat Pak Let menghabiskan taklimat penutup, sebahagian kami sudah meluru ke tasik berdugung-duging. Maklumlah, tengahari terhalang oleh peserta kem, petang tadi hujan lebat, senja-senja baru dapat peluang keemasan dan keintanan ini.

Kaki kiri ND sakit, masuk tasik kaki kiri pula kena paku. Kasihan. Jeti pula melengkung mungkin patah gara-gara kebuntalan kami.


Malam Aktiviti
1 - Ice Breaking
2 - Game seperti Raja Botol, Mana lagi seringgit?, Untung rugi? & Main tali
3 - Jiwa Kental Nite Walk

Ice breaking dibuat oleh Pak Let. Semua orang dalam dewan membuat bulatan besar. Memperkenalkan diri masing-masing. A/S/L Please..

Kemudian main raja botol. Undang-undangnya setiap orang akan menyebut nombor mengikut urutan. Ikut putaran jam misalnya, orang pertama sebut "satu", orang sebelah sebut "dua", sebelahnya "tiga".. dan seterusnya.

Tapi syaratnya kalau sampai nombor bersifir tujuh kena ganti dengan "botol". Jadinnya bila kawan-kawan di sebelah ikut giliran menyebut nombor masing-masing "empat", "lima", "enam", "botol", "lapan"..

Aku mula-mula yang keluar dari bulatan. Selepas kawan di sebelah sebut "botol", dengan yakin aku sebut "dua puluh lapan". Aku lupa sifir tujuh.

Tipah Bunari lagi best, dia sampai tersasul menyebut "dua pu.. TOTOL!"

Apalagi, kami gelak bagai nak runtuh dewan. Aku gelak terlentang-lentang macam icon dalam YM.
Akhirnya bulatan semakin kecil dan tinggalah dua orang iaitu Azmir dan Mushroomcute. Muktamad takhta Raja Botol dirampas oleh Mushroomcute.

Aku puji Pak Let, walau pun permainan ini diulang berkali-kali namun tidak menjemukan.

Buat Kumpulan.

Selepas itu Pak Let bahagi kami kepada kumpulan-kumpulan. Kami dibahagi 3, setiap kumpulan ada 7 atau 8 orang.

Kena cipta nama kumpulan, lantik ketua, buat motto dan cipta cheers ala-ala hakka.

Kumpulan 1 (Kuning), Nama Kumpulan : Morrok, ketua Attok. Hakka mereka ganas macam orang nak main ragbi. Tapi ending lawak comel.

Kumpulan 2 (Merah), Nama Kumpulan : C'merah Padi, ketua Pak Bear. Cheers mereka ala-ala lagu rap, sedap lagunya.

Kumpulan 3 (Hijau), Nama kumpulan : DBA - dugong bersimpuh ayu, ketua aku. Cheers yang ntah apa-apa.

KUMPULAN D.B.A - Basri, Neslo, Pulut, Nida, Hasyimah, Kak Yah, Diman & De5lin

Setiap kumpulan diberikan sekotak barang. Mula-mula potong kain yang mengikut warna kumpulan iaitu merah, kuning dan hijau. Potong agar setiap ahli boleh buat ikat kepala. Kemudian tulis nama pada kain itu.

Permainan pula ialah Mana lagi seringgit?, Untung rugi? & Main tali. Uji kemahiran matematik dan kemahiran lojik. Ramai yang gagal, yang sampai sekarang masih blur pun ada.

Kemudian kami minum dan makan biskut.

Jiwa Kental Nite Walk.

Selepas pukul 12 malam, kami diberikan taklimat untuk Jiwa Kental Nite Walk.

Kami semua di kira seorang-demi seorang takut ada yang hilang dalam perjalanan.

Semua dalam satu barisan mengekori urusetia dengan cahaya yang minimum dari lampu suluh. Jalan tanah merah berlopak dan becak. Di kiri kanan ada hujung ranting kayu yang terjuntai. Ada jalan semak, ada jalan tanah lapang.

Menikmati keindahan bintang-bintang bertaburan di langit malam. Menghirup udara segar awal pagi. Unggas-unggas di pepohonan bagai mengalu-alukan kehadiran kami.

Sampai di satu kawasan antara dua tokong Cina, atas bukit ada kubur. Kami diarahkan berkumpul dan diberi satu taklimat lagi. Semua peserta dibilang lagi, pastikan cukup orangnya.

Jalan ramai-ramai tadi lebih kurang 1 kilometer. Sekarang kami akan berjalan pulang 1 km lagi ke kem seorang diri. Mula-mula peserta lelaki, kemudian perempuan. Dilepaskan seorang demi seorang dalam jarak masa tertentu, agar dipastikan setiap peserta akan berjalan sendirian.

Ini baru jiwa kental!

Pak Let menasihati kami agar berhati-hati di simpang terakhir kerana di situ keras. Ada yang sudah pernah kena ganggu perempuan misteri.

Aku peserta lelaki yang terakhir.

Pak Let pasang walkie talkie "Ini peserta lelaki last.. ini Basri, korang bagi dia yang kaw kaw punya."

"Roger roger.. diterima" lebih kurang macam itu jawapan dari walkie talkie. Urusetia kem sudah sedia menyamar jadi hantu di beberapa lokasi sepanjang perjalanan.

Lorong gelap jalannya jauh. Seram juga rasanya bila menempuh jalan yang tidak biasa kita lalui, lebih-lebih lagi pagi-pagi macam ini.

Selepas suatu selekoh aku melalui pula suatu jalan yang lurus, ada selekoh lagi rasanya di depan sana.

Tiba-tiba aku tercium bau harum. Sungguh menyegarkan. Aku berasa seram sejuk. Bulu roma aku berdiri. Aku rasa nak berpatah balik, tapi malu pula. Ketua Projek jiwa kental badan buntal, tapi takut hantu.

Aku teruskan perjalanan dan tidak menoleh ke belakang lagi. Aku rasa urusetia yang usik aku. Ada berjumpa beberapa cahaya merah kecil sepanjang perjalanan. Cahaya walkie-talkie urusetia yang menyamar jadi hantu. Ada yang beri salam dalam gelap, ada yang menyergah, dan ada yang mendiamkan diri saja di dalam semak.

"Cobaaaaann.."
"Ini bukan cobaan, ini betul-betul.."

Sampai di kem masing-masing bercerita pengalaman masing-masing. Di wajah masing-masing cuba cover takut, tapi buat-buat tak takut.

Aku pasti, inilah cabaran jiwa kental yang sebenar. Dalam gelap malam, menempuh jalan sunyi berseorangan. Bukan semua orang berani.

Setelah semua selamat sampai, kami dikira lagi takut ada yang hilang atau sesat. Kalau hilang boleh dicari, kalau bertambah sorang nak pulangkan ke mana ?

Nota : Kak G ceritakan pengalaman yang sudah betapa lucu gelagat peserta yang ketakutan, ada yang menjerit, ada yang berlari akibat disergah hantu menyamar. Tapi ada juga peserta yang mental, lepas kena usik hantu buatan dia belasah 'hantu' tersebut sampai nak pengsan!

Pak Let dan Kak G cakap tak pernah urusetia atau sesiapa bawa minyak wangi masa aktiviti nite walk. Paling brutal pakai selimut putih baring di atas jalan, atau pakai topeng hantu.

Jadi bau wangi yang aku cium tu apa bendanya ?

"Itu rezeki kaulah Basri." Pak Let.


HARI KEDUA
(Sabtu, 16 April 2005)

Senaman pagi ala senamrobik. Lompat-lompat, regang-regang. Lama-lama pancit juga aku.

Jogging keliling kampung, melalui jalan nite walk malam tadi. Suasana redup dan nyaman. Sekali lagi pancit.

Selepas sarapan tukar baju untuk Water Confidence dan acara rakit.

Rakit Race.

Tiga kumpulan tadi masing-masing dibahagi dua, jadinya enam kumpulan. Satu rakit akan ada empat orang.

Satu rakit terdiri dari bahan-bahan 6 tiub, 6 buluh panjang, 4 buluh pendek dan diikat dengan tali rapia. Masa 1 jam. Lepas tu minum, lepas tu water confidence, lepas tu race!

Design rakit ikut suka, empat segi konvensional, bentuk tiga segi laju atau arrow. Sekarang kumpulan aku terhabagi dua. Aku, Diman, De5lin dan Nida. Kami buat rakit bentuk A.

Water confidence kami buat mengikut arahan, tidak lompat sesuka hati. Hormat kepada Kem Komandan. Dah basah semua baru bawa masukkan rakit ke tasik, kayuh rakit dipinggir tasik untuk dapatkan ritma dan rentak yang sesuai.

Perlumbaan sejauh 600 meter bermula dari jeti. Kena melalui bendera yang sudah di pacak di tengah tasik dan kembali ke jeti semula.

Semua peserta perlu turun dari rakit, semua berada dalam air. Setelah bersedia acara pun bermula. Kumpulan aku bermula agak lambat sebab kesukaran untuk naik ke rakit. Kaki terperosok ke lumpur. Kasut aku hilang.

Semangat teruji di tengah tasik. Pendayung diperbuat dari papan tebal itu sudah seberat 2 kilo. Bila tengok orang mengayuh memanglah mudah, cuba buat sendiri sengal satu badan.

"Strategi kami ialah menang sahaja". Tok Rimau (team merah).

"Kami tak kalah takpe asalkan menang". Aku (team hijau)

"Yaey yeay kami menang !" (team merah)

Kumpulan kami berjaya memotong sebuah rakit menjadikan kami tempat ke-5 daripada 6. Kumpulan merah menang.

"Jiwa kacau bawa berakit, hati risau mari melantit".

Tengahari makan dan berehat. Aku sendiri terbongkang di surau tidur hampir satu jam.

Wargame.

Petang kami siap-siap untuk Wargame.

Selepas minum petang kami diarah berkumpul ke dataran. Diberi taklimat, kemudian muka kami disapu lumpur untuk penyamaran masa perang nanti.

Dalam satu barisan kami bergerak ke kawasan macam paya lumpur. Baru kaki mencecah air, Kem Komandan Fendi mengarahkan kami balik semula ke kem. Arahan Pak Let sebab ada petir hari nak hujan.

Masing-masing dengan muka hampa berjalan longlai pulang ke kem. Kami lepak di dewan makan. Hujan pun turun.

Semua boring, ada yang sudah mencuci muka tidak suka lumpur mengering di muka.

Ada yang dapat idea suruh ND ambil gitar dalam kereta. Dengan muka berutal bersalut lumpur kering kami menyanyi beramai-ramai. ND tak tahu main gitar lagu rock kapak 80'an. Layanlah lagu jiwang-jiwang. Muka brutal macam komando, gila nyanyi lagu jiwang. Diman mata berpeluh.

Hujan pun berhenti.

Kami pergi semula ke medan pertempuran. Dengar taklimat dan undang-udang. Meniarap dalam air paras pertengahan betis. Tak boleh nampak dada, tak boleh baring.

Lantik seorang Jeneral yang kena buka baju. Pelurunya telur ayam, tak boleh baling direct ke muka lawan, mesti baling lambung .

Matlamatnya mencapai botol air yang digantung pada batang pokok di tengah paya. Cara yang valid ialah empat orang secara meniarap berlapis mendapatkan botol tersebut. Yang berjaya kumpulan itu menang.

Ada tiga kumpulan sekarang.

Baru mula permainan wisel berbunyi. Kumpulan aku kalah semua mati. Jeneral aku sudah kena serang hendap da!

Baru perasan kumpulan aku majoriti muka baru yang tak join Basah 1 dulu. Kumpulan Merah dan Kuning ada otai.

Pusingan pertama kumpulan kuning menang, jeneral kaki panjang lawan jeneral kaki pendek :P

Pusingan kedua kumpulan aku ada kelebihan telur yang tidak digunakan lagi. Ada harapan menang. Tapi aksi nekad kumpulan merah berbaloi, mereka menang.

Sampai satu tahap kumpulan aku sudah tiada saingan. Kumpulan aku Cuma perlu susun orang untuk meniarap berlapis dan mengambil botol tergantung.

Dalam kumpulan aku tinggal aku dan peserta perempuan sahaja. Aku teruja untuk menang kali ini. Aku segera mengarahkan semua geng aku naik atas badan aku. Aku erat memeluk pangkal pokok.

Peeeerrrrrrrrrriiiiiiiiit bunyi wisel. Aku dibatalkan permainan dan dibuang padang kerana "mengeluarkan kata lucah" menurut kem komandan Fendi.

Semua orang menggelakkan aku. Aku terkesima. Aku amat pasti aku tidak mencarut. Tapi keputusan adalah muktamad. Hasil usaha geng perempuan dalam kumpulan aku, kami menang juga pusingan tersebut.

Nota : Aku berterima kasih kepada saudara Fendi yang membatalkan penyertaan aku dalam wargame. Fendi bijaksana. Aku teruja nak menang sampai lupa hukum hakam dan moral. Kalaulah ditakdirkan semua geng perempuan berhimpit-himpit dengan aku, ada orang ambil gambar, tentu jadi fitnah dikemudian hari. Maruah lebih penting. Aku juga belajar suatu pelajaran yang amat berguna iaitu, jangan banyak cakap nanti 'tercakap' perkara yang sia-sia.

Lepas wargame kami berkumpul dan mendengar taklimat dari kem komandan. Apa lagi kalau tidak berposing dan bergambar.

"Inilah cara kami bermain wargame, jika ada yang terasa harap maafkan" Fendi.

Badan berpalit lumpur dan hanyir telur (ada jumpa telur expired dari sessi yang dulu-dulu, bau kaw-kaw cap kapal api)

Kami beramai-ramai berdugong-duging di dalam tasik senja membawa ke Maghrib.

BBQ

Pada sebelah malam ada BBQ. Tuan punya tanah belanja. Makan nasi goreng sedap mantap dengan ikan bakar. Ikan besar-besar macam baby. Puas hati. Ada juga ayam.

Malam ini adalah malam gengjurnal, Pak Let ada program dengan peserta dari kumpulan lain pula.

Tok Rimau memberikan idea dan taklimat, sketsa dengan tema : Jiwa kacau & jiwa kental. Ada tiga kumpulan, setiap satu kena buat satu sketsa.

Aku buntu, kumpulan aku buat satu bulatan kecil. Aku lakar-lakar atas buku catatan, dalam lima minit kami sudah dapat cerita!

Kami pun pergi ke kawasan lapang dan membuat latihan berkali-kali.

SKETSA

Kumpulan Morrok, tajuk (tiada dinyatakan) berkaitan lantit.

Berkisar tentang perjalanan meeting projek basah di kedai mamak. Ini sketsa sinikal mentertawakan diri sendiri. Wkdin jadi watak Tok Rimau, Attok berlakon jadi Basri, ND jadi E1 dan seterusnnya ada yang jadi Nana.

Kumpulan C'Merah Padi, tajuk (tiada dinyatakan)

Mereka buat Apparentise versi lawak. Dalam tv adalah Donald Trump, tapi ini versi Dolah Trumpet. Dolah Trumpet memanggil peserta ke bilik mesyuarat dan menilai perestasi mereka sambil di pantau oleh kedua-dua pembantunya. Akhirnya Dolah tak pecat peserta, tapi pecat pembantunya.

Kumpulan DBA, tajuk : BUKAN CINTA BIASA

Kisah Nida jiwa kacau, kawannya Has dan De5lin cuba membantu. Adik lelaki Nida iaitu Neslo suka keluar malam, pergi dating. Bapak Nida iaitu Pulut nak kawin lagi, tapi mak Nida iaitu Kak Yah menentang niat murni Pulut. Ada pula lelaki suami orang yang sudah beranak enam jatuh cinta dengan seseorang, watak dibawa oleh Diman. Dia jatuh cinta dengan siapa? Dapatkan CD basah di pasaran tidak lama lagi, untuk cerita lanjut.

Keputusan ;
Pelakon Lelaki Terbaik : Pulut (FILEM BUKAN CINTA BIASA)
Pelakon Wanita Terbaik : Kak yah (FILEM BUKAN CINTA BIASA)
Pelakon pembantu terbaik : Azmir (watak mamak filem lantit)
Sketsa Terbaik : BUKAN CINTA BIASA

Semasa minum malam, E1 datang minta tolong tolak keretanya. Tayar depan kiri masuk ke lubang, ramai-ramai sumbangkan tenaga tolong tolak. E1 datang dan balik malam itu juga, kerana ada urusan.

HARI KETIGA
(Ahad, 17 April 2005)

Pagi Kayak Safari dan Kayak Rescue (basic).

Ada yang takut kayak terbalik.

"Hanya orang yang teror dapat menterbalikkan kayak." Kat salah seorang fasi.

Kami berkayak melalui kawasan pinggiran tasik yang bersemak. Akibatnya kayak kami kerap tersangkut. Kemahiran berkayak teruji di sini kerana perlu mengelakkan terlanggar tunggul-tunggul kayu yang berceracakan.

Selepas itu kami ke tengah tasik, kawasan yang agak dalam untuk belajar teknik naik ke kayak jika jatuh ke dalam air. Semasa mereka memanjat kayak inilah ada yang kayaknya terbalik. Memang teror Gengjurnal boleh menterbalikkan kayak.

Kayak Attok terbalik. Kamera dia masuk air.

Attok kata dia bawa kunci kereta aku, memang pun aku yang minta dia pegangkan. Tak sangka pulak dia bawa sekali berkayak.

Bersemadilah kunci kereta aku di dasar tasik Tebat. Attok jiwa kacau takut aku marahkan dia. Aku pulak ligat memerah otak cari jalan cara nak balik nanti. Mungkin naik bas, mungkin panggil mekanik.

Ada saja yang mahu bikin jiwa aku kacau.

Selepas selesai sessi 'menyelamatkan orang terbalik kayak', kami pun balik ke jeti untuk membasuh kayak dengan sabun dan berus.

"Ni nak basuh luar dalam dengan vakum sekali?"

Selepas itu kami pergi berdugong duging dalam tasik. Main air berendam dalam tasik memang seronok. Main lompat-lompat lagi. Aku berjaya juga buat balik kuang, walaupun tak berapa menjadi. Kata Fendi si Kem Komandan lagi setengah jam sila naik.

"Selagi tak kejang perut takkan naik diorang ni." Aku

Kami naik setelah teringat untuk makan tengahari.

Nasib baik ada kawan Pak Let tolong membuka komponen-komponen kunci kereta aku. Jadinya sampai hari ini (Rabu 20 April 2005) aku masih menggunakan skrew driver untuk menghidupkan dan mematikan kereta. Jadi Mc Gyver.

Tengahari - Majlis perpisahan dan penyampaian sijil.

Ada ucapan terima kasih dan perpisahan. Macam win-win situation, setiap orang puas hati. Aku berucap dan cakap "Gengjurnal akan buat projek basah DUA tahun lagi".

Berubah riak tuan punya tanah, terus jiwa kacau kah kah kah..

Aku gurau jer.. kalau ada yang berani nak anjur silakan Basah 3.

Berat rasa hati untuk meninggalkan KLD.

Kalau boleh nak datang KLD kerap, tapi susah sebab jauh. Kalau macam tu kena kawin dengan orang Melaka jugaklah jawabnya :p

MELANTIT

Petang - Melantit ke Jasin.

Mengikut scooter Pak Bear yang orang Melaka. Restoran Haja (depan Pasaraya Family Store), Jasin, Melaka.

Aku belanja semua orang makan dan minum. Ramai tak makan agaknya masih kenyang nasik KLD. Aku dan beberapa orang lain layan rojak. Ni kira majlis post-mortem juga. Sembang-sembang sambil hilangkan lenguh-lenguh badan untuk meneruskan perjalanan balik. Biar dorang happy, lain kali aku buat projek berani ikut lagi.

Yang join melantit Wkdin, Pbear, Munirah, Nesloice, Hasyimah, Yati, Mar, Attok, Diman, Suzli, Bean, Ayares, Aziz, Pulut, De5lin, Nida, Kak Yah, Ajun dan Kak Ros.

Ada rezeki dan umur panjang kita jumpa lagi.

++++++++++++++

Masih ada lebam di pangkal lengan kanan. Siku bercalar. Sun burn di muka kian lenyap. Tapi memori di KLD takkan lenyap. Bau lumpur pada t-shirt Bon Jovi aku pun susah dan lenyap :P

Aku ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menjayakan projek Basah 2.0.

Attok SMS aku tadi ;
"Bas, kamera aku sudah b0leh guna semula"

Aku balas SMS Attok ;
"Tok, otak aku sudah b0leh guna semula kah kah kah.. "

Posted at 12:10 pm by dugongsenyum
Comments (10)  

 
Monday, April 18, 2005
Saya baik.
Hari ini isteri aku mengidam makan tosey.

Posted at 04:14 pm by dugongsenyum
Comments (6)  

Next Page