MESEJ RINGKAS

Nama:

Email:

Mesej:


                       

 

<< February 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



 
Tuesday, February 28, 2006
Senario

Senario, TV3, Rabu 9.30 Malam.

Menonton Senario semenjak kebelakangan ini hambar. Macam menonton cerita bodoh. Pada aku kelemahannya ialah pada skripnya. Mungkin untuk Senario ini skrip yang digunakan sekadar tangkap muat. Hasilnya sampah.

Apabila skrip lemah, maka peyampaian oleh pelakon pun terjejas. Pelawak-pelawak Senario bukan calang-calang, disebabkan skrip yang mereka ikut, mereka hancur. Itu yang kadang-kadang pelakon lawak tak jadi, penonton pula terpinga-pinga. Sampai satu peringkat, aku bercakap dalam hati "lawak ke ke ni?". Siri TV yang sepatutnya buat kita ketawa, berakhir dengan rasa loya.

Pada pendapat aku, siri ini boleh diperbaiki lagi dengan membuat skrip yang 'dabomb'. Jangan panjang berjela, nanti 'kick'-nya tak terasa. Kalau skripnya ayat panjang-panjang, sampai pelakonnya pun termengah-mengah, tak guna. Skrip yang panjang untuk drama bangsawan, sesuailah. Berlawak biar ekonomik, macam bahasa komik.

Kalau skrip siri Senario ini benar-benar bagus, aku rasa, pelakon biasa pun boleh jadi raja lawak. P. Ramlee yang aku kenal, handal dalam filem air mata. Tapi lawak zaman beliau, jadi sebutan sampai sekarang. Budak-budak pun hafal. Sebab skrip bagus.

Aku harap Senario dapatlah mengambil langkah segera mengatasi kelemahan ini. Itu pun kalau tak nak disebut sepanjang zaman, sebagai lawak bodoh.


Posted at 04:26 pm by dugongsenyum
Comments (30)  

 
Saturday, February 25, 2006
Tudung.
(Entri ini telah diedit semula pada 27 Feb 2006, terima kasih kepada yang komen dan menegur entri saya.)

Di sana sini ada orang memuji Kak Habsah sebab BERANI melawan boss dia. Boss dia suruh buka tudung, dia ingkar dia bantah. Sampai masuk TV dan surat khabar. Sampai ke kementerian.

Dia tersangat insaf selepas balik haji Mekah.

Wanita malaysia memang BERANI.

Tapi pada pendapat aku wanita di sekitar aku memang berani pun. Mereka berani melawan suruhan agama juga. Agama suruh mereka memakai tudung. Tetapi mereka ingkar. Ada yang bantah. BERANI tak bertempat.

Bilalah mereka nak insaf?

Wanita di TV, wanita di surat khabar (dan wanita di kementerian).

Bila kalian nak pakai tudung?

Cik Adik, Saudari, Kak, Mak Cik, Datin Sri...

Sampai bila nak dedah aurat? Sampai bila?

P/s : Tok Rimau SMS aku katanya, kita bokoi Hotel tersebut. Gengjurnal takkan buat gath di situ tahun ini!


Posted at 10:38 am by dugongsenyum
Comments (12)  

Kena tag
ND ligan aku.

There names you go by
Basri, Bas, Ri, Atok

The screen name you've had
Basrinmd, Dugong

Three things you like about yourself
- sayang barang antik
- mandi
- hensem

Three things you don't like about yourself
- degil tak insaf
- pemarah
- tulisan cakar ayam

Three parts of your heritage
- bulu kening tebal macam Shin Chan (boleh gerak2 sebelah macam Ziana Zain)
- Dialek Ibunda
- Permatang Siantar, Indonesia

Three things that scare you (or mostly creeps you out)
- ulat gendon
- gelap
- merangkak dalam pembentung (culvert)

Three of your everyday essential
- Online
- Daydreaming
- Sarapan teramat pagi

Three things you're wearing right now
- T'Shirt berkolar merah hati
- Seluar panjang biru
- Kasut kulit itam tanpa stoking

Three of your favorite bands (or artist at the moment)
Aku masih suka yang otai seperti ;
- Bumi Putra Rockers
- Nirvana
- Search

Three of your favorite songs
Pun aku suka yang otai ;
Harum Subur Di Hati - Bumi Putra Rockers
Kiroro - Mirae
One Love - Bob Marley

Three new things you'd like to try in the next 12 months
- Hyundai Accent
- Kad kredit
- berniaga jualan langsung

Three things you want in a relationship (love included in the package)
- dalam hati ada rindu
- setia
- bersama selamanya

Two truths and a lie
- tengkuk aku terseliuh pagi tadi (bila pusing kepala kena pusing dengan badan2 sekali)
- tahi kucing di muka pintu
- garu dagu dengan siku

Four Jobs I Had In My Life
- Pemandu peribadi isteri
- Penukar lampin bertauliah
- Pemakan gaji syarikat swasta
- Penjual ubat mati pucuk syarikat MLM

Four Movies I Could Watch Over and Over
- Ali Baba Bujang Lapok
- Swordfish
- Nang Nak
- Aa Gale Lagja

Four TV Shows I love To Watch
- National Geographic
- Majalah 3
- Detective Conan
- Shin Chan

Four Places I've Lived (In no particular order)
- Kampung Seri Gambut, Tanjung Karang (masa kecik sampai remaja)
- Pusat Bandar Sungai Buloh (kerja)
- Kota Damansara (naik pangkat)
- Mutiara Subang (beranak-pinak)

Four Places I've Been On Vacation To
Aku tak pernah pergi vacation, kalau dah kaya aku nak pergi;
- Tasik Danau Toba
- Menara Eifil Paris
- Mesir
- Tokyo, Jepun

Four Places I'd Rather Be In
- balik kampung, rumah di tengah sawah
- dalam rumah sendiri
- Kundasang, Sabah
- London

Four of My Favorite Foods
- Cendawan goreng
- Megi goreng double
- Sarak jantung pisang / terung
- Pais ikan sepat / puyu

Four Websites I Visit Daily
- Webmail (personal/company)
- Weblogs
- Forum
- news paper online

This Tag goes to
- Mat Jan
- Elmaniq
- Harimau
- Kingbinjai
- Superdiman
- Nesloice


Posted at 10:19 am by dugongsenyum
Make a comment  

 
Thursday, February 23, 2006
Kambing biri-biri

Biri-biri tangkas lompat atas kambing perang malas. Biri-biri tangkas lompat atas kambing perang malas.Biri-biri tangkas lompat atas kambing perang malas. Biri-biri tangkas lompat atas kambing perang malas. Biri-biri tangkas lompat atas kambing perang malas. Biri-biri tangkas lompat atas kambing perang malas. Biri-biri tangkas lompat atas kambing perang malas. Biri-biri tangkas lompat atas kambing perang malas. Biri-biri tangkas lompat atas kambing perang malas. Biri-biri tangkas lompat atas kambing perang malas. Biri-biri tangkas lompat atas kambing perang malas. Biri-biri tangkas lompat atas kambing perang malas. Biri-biri tangkas lompat atas kambing perang malas. Biri-biri tangkas lompat atas kambing perang malas. Biri-biri tangkas lompat atas kambing perang malas. Biri-biri tangkas lompat atas kambing perang malas. Biri-biri tangkas lompat atas kambing perang malas. Biri-biri tangkas lompat atas kambing perang malas. Biri-biri tangkas lompat atas kambing perang malas. Biri-biri tangkas lompat atas kambing perang malas. Biri-biri tangkas lompat atas kambing perang malas. Biri-biri tangkas lompat atas kambing perang malas. Biri-biri tangkas lompat atas kambing perang malas. Biri-biri tangkas lompat atas kambing perang malas. Biri-biri tangkas lompat atas kambing perang malas. Biri-biri tangkas lompat atas kambing perang malas. Biri-biri tangkas lompat atas kambing perang malas.


Posted at 04:04 pm by dugongsenyum
Comments (3)  

 
Wednesday, February 22, 2006
Yang biasa.
Sudah lumrah kalau kita kerap minum atau makan di sesuatu kedai, kita pesan menu yang biasa.

Bila masuk kedai terus kita panggil boss kedai, jari telunjuk naik atas, "Bang macam biasa ye!" atau "Kak macam biasa ye!"

Maka abang dan kakak tersebut pun bergegaslah membuatkan menu biasa kita. Kalau biasa minum teh tarik, teh tariklah dibuatnya. Kalau biasa pesan nasi goreng kampung, itulah yang dibuatnya.

Aku biasa sarapan bihun goreng gerai Kak Pah. Usung pinggan pergi gerai sebelah, duduk di depan TV gerai Abang Jali, pesan Nescafe.

Sejak 1996. Tapi kadang-kadang masuk juga kedai atau gerai-gerai lain. Tukar selera.

Gerai Kak Pah jual makanan sahaja. Gerai Abang Jali jual minuman sahaja.

Pagi tadi aku cedok mihun ke pinggan,sisipkan telur mata.

"Berapa harga ni kak?"

Kak Pah, jangan kan pandang, jeling pun tidak.

"Harga macam biasalah..." katanya, sambil meramas tauge atau apa.

Dua ringgitlah tu maknanya.

Ke meja gerai Abang Jali. Dia nampak aku dari celah-celah tin milo besar. Dari susunan kotak kopi cengkudu. Dari balik kaca kabinet gelas.

Belum sempat aku bersuara. "Minum macam biasa ye?"

"A-ah." Jawab aku.

Itulah rutin hidup aku. Takde yang menarik pun. Biasa biasa saja.


Posted at 12:35 pm by dugongsenyum
Comments (6)  

 
Friday, February 17, 2006
Yang penting.
Kemudian. Keikhlasan itu tidak penting.

Yang penting wang.

Yang penting kau mesti bayar wang dengan ikhlas.

Kemudian. Wang itu tidak penting.

Yang penting kerja.

Yang penting kau mesti.. er.. er..

Now you got my as*hole.




Posted at 08:18 am by dugongsenyum
Comments (9)  

 
Thursday, February 16, 2006
Awek tertib yang patut dicarut.
Kiosk henset dalam pasaraya. Aku hulurkan henset aku kepada amoi si jurujual itu.

"Saya mau kabel untuk henset jenis ini, ada jual?"

Ada. Tak banyak cerita. Duit RM30 bertukar tangan.

Bermulalah bencana. Celaka.

Mula-mula kalau nak sambung henset ke PC mesti ada kabel. Lepas ada kabel mesti ada fail pemacu dia. Kabel ada, fail pemacu tak ada. Aku cari di internet. Jumpa. Aku pasang ke komputer. Gagal. Sistem operasi mesti Win2000 atau setara. Aku masuk forum berkaitan penggunan henset Noki* ini.

Cuba. Gagal. Cuba. Gagal. Cuba. Gagal. Gagal. Cuba. Gagal. Cuba cuba. Dan gagal gagal.

Kabel itu diparitkan. Tidak. Dilongkangkan. Itulah kabel DKU-2.

Pergi kedai lain tanya. Awek Melayu separa cun.

Dengan tertib, "Kabel untuk henset jenis ini belum masuk pasar Malaya bang."

Pergi kedai lain tanya. Taiko rambut perang.

Ada. ADA!

Satu pakej dalam kotak kecil. Dalam ada kabel DKU-5 bersarung plastik, CD-ROM untuk memasang fail pemacu dan TFSM*.

"Kabel untuk henset jenis ini belum masuk pasar bang."  Cis! penipu punya awek.

Duit RM50 bertukar tuan. Dah tawar dah.. tapi tak berjaya.

Teruja. Pandu motorsikal laju-laju. Balik rumah. Cuba.

Baca Bismillah. Picit. Cucuk. Masuk. Keluar. Masuk. Keluar. Masuk. Keluar. Masuk.

Berjaya. BERJAYA!

Henset dan PC bersatu. Gambar yang henset snap pindahkan ke cakera keras komputer. Segala SMS, kontek, rakaman, segala jadah. Henset aku kini boleh diintegrasikan dengan komputer.

Nota lutut : TFSM - The F*cking Sh*t Manual.


Posted at 08:28 am by dugongsenyum
Comments (15)  

 
Wednesday, February 15, 2006
PC dan handphone bersatu.
Aku sudah pasang program Nokia PC Suite ke komputer aku. Dengan adanya program ini maka aku boleh sambungkan henset Nokia 3220 aku ke komputer. Sambungan dibuat menggunakan kabel DKU-5 yang didatangkan sekali dengan CD-ROM pemasangan.

Gambar 1 : Antaramuka program Nokia PC Suite dengan ikon-ikon yang memudahkan pengguna.

Aku sambungkan henset ke PC. Aku lancarkan program tersebut Kemudian aku gunakan 'Send text message'. Kemudian aku cuba hantar mesej melalui SMS kepada beberapa kawan-kawan malam tadi. 

Mesej berbunyi;

"jom sertai projek buku jiwa kacau http://jiwakacau.blogdrive.com tolong sebarkan mesej kepada semua geju dan blogger. terima kasih. mesej oleh http://basri.mygj.net melalui sistem komputer"

Ada yang balas mesej aku ini dengan nada sinis, lebih kurang;

"Yeler tue melalui sist komp. Hahaha"

Namun aku cuba jelaskan kepada beliau teknik yang aku gunakan untuk menghantar mesej. Barulah dia faham (dan kagum, aku rasa :P )

Lebih sedap menaip di keyboard komputer, berbanding menaip (memicit) butang henset. Lebih-lebih lagi henset aku ni cute orangnya. Tak secocok langsung jari aku yang gedabak dengan butang henset yang kecil itu.

Gambar 2 : Rasa macam hantar email.

Aku akan gunakan program ini untuk menghantar mesej yang agak panjang, kepada sekumpulan orang pada sesuatu masa. SMS pendek-pendek guna cara biasalah.

P/s : Akan datang, cerita aku ditipu oleh seorang awek Melayu semasa hendak membeli kabel DKU-5. Hidup-hidup aku kena tipu, hampeh punya awek tu.


Posted at 02:13 pm by dugongsenyum
Comments (3)  

 
Tuesday, February 14, 2006
Pakaian berjenama sahaja.
Minggu lepas aku telah membeli jaket di sebuah kedai dalam pasaraya. Harga tertera RM60 jadinya aku tawar-menawar dengan peramuniaga yang seksi itu. Sebelum itu sudah banyak tempat aku usya, tapi tak jumpa yang bekenan. Tapi jaket yang ini aku berkenan sangat.

Setelah dia berbincang dengan boss-nya, seorang nyonya aku rasa. Berjaya aku bawa pulang sehelai jaket dengan harga RM40.

Aku puji diri aku sendiri depan awek aku, aku seorang perunding yang hebat. Dapat beli barang pada potongan yang sangat memuaskan hati. Awek aku sekadar tersenyum kemudian mencebikkan bibirnya.

Semalam. Aku ronda-ronda dalam pasaraya itu. Sekadar mencuci-cuci mata. Di sebuah kedai pakaian, yang selang beberapa buah kedai dari kedai yang aku beli jaket minggu lepas. Tergantung di situ jaket-jaket yang beraneka.

"Yang ini sebijik macam abang punya," kata awek aku. Dulu cari tak jumpa, kali ni berlambak-lambak orang jual dalam pasaraya ni.

Aku belek. Tanda harga berlarbelakang kuning tertera RM39. Itu belum ditawar lagi, kalau ditawar mungkin boleh dapat murah sedikit.

Geram sungguh aku. Entah berapalah kos sebenar jaket itu? Kemudian mereka mark-up sesuka hati. Kemudian diskaun sesuka hati juga.

"Jaket ni dua lapis bang, boleh pakai luar dalam," bergema-gema suara manis peramuniaga itu dalam kepala aku. Imbas kembali.

Segak aku dalam jaket jenama P*ma, buatan lokal.

Kepada yang tertanya-tanya, pasaraya yang aku pergi tu namanya The Store. Itulah perangai aku, bukan setakat di pasar malam, di pasaraya pun aku akan tawar-menawar harga. Kalau ada peluang.


Posted at 12:41 pm by dugongsenyum
Comments (2)  

Ayah kita boss.
Menonton TV malam tadi. Rancangan Bersamamu di TV3. Kisah yang amat menarik di mana seorang ayah tunggal menyara 7 orang anaknya dengan serba kekurangan. Lebih menarik 3 orang daripada anaknya adalah gadis sunti. Mereka juga atlit pelari jarak jauh. Melihat mereka berlari aku dah berfantasi yang bukan-bukan. Bakat mereka besar... dalam bidang sukan lari jarak jauh.

Rutin mereka bangun 4.30 pagi untuk latihan berlari. Jurulatih mereka ayah sendiri.

Paginya pergi ke sekolah, balik dari sekolah pergi dapur memasak, kemudian jaga adik, petang berlatih atau joging dan malam barulah mengulang kaji pelajaran.

Salah seorang daripada mereka menulis blog di dinding rumah. Terapi kesedihan, kepayahan hidup, suara hati.

Muncul YB. Tak lengkap rancangan Bersamamu kalau tanpa kehadiran YB. Bersamamu YB! ADUN tumpang sekaki masuk TV. (Moral : kita perlu sentiasa bersangka baik, aku cuma membuat andaian.)

Anak-anak yatim ini mendapat perhatian dan bantuan. Gadis-gadis sunti dapat bantuan kasut sukan (pada pendapat aku mereka juga memerlukan kutang sukan :P ).

Aku sebak baca blog budak tu. Aku kagum dengan semangat ayah budak-budak tu. Aku tabik budak-budak tu, memang jiwa kental!

Sebenarnya, menyaksikan budak-budak itu seperti menyaksikan diri aku sendiri lebih kurang belasan tahun nan lalu. Bezanya mereka perempuan, tapi aku dan adik-adik aku semuanya lelaki.

Persamaannya ialah  ayah kami boss. Walau pun miskin harta tapi kaya jiwa. Walau pun miskin ayah masil boleh 'control' anak-anaknya. Miskin bukan alasan untuk jadi bosia atau bohjan.

Ayah kita boss.

P/s : Aku hantar SMS kepada sahabat-sahabat aku berkongsi cerita dan komen rancangan Bersamamu. Satu jawapan SMS itu membuat aku terpukul, mesejnya "jangan SMS aku, SMS Bersamamu..."




Posted at 07:38 am by dugongsenyum
Comments (3)  

Next Page