MESEJ RINGKAS

Nama:

Email:

Mesej:


                       

 

<< February 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



 
Wednesday, February 22, 2006
Yang biasa.
Sudah lumrah kalau kita kerap minum atau makan di sesuatu kedai, kita pesan menu yang biasa.

Bila masuk kedai terus kita panggil boss kedai, jari telunjuk naik atas, "Bang macam biasa ye!" atau "Kak macam biasa ye!"

Maka abang dan kakak tersebut pun bergegaslah membuatkan menu biasa kita. Kalau biasa minum teh tarik, teh tariklah dibuatnya. Kalau biasa pesan nasi goreng kampung, itulah yang dibuatnya.

Aku biasa sarapan bihun goreng gerai Kak Pah. Usung pinggan pergi gerai sebelah, duduk di depan TV gerai Abang Jali, pesan Nescafe.

Sejak 1996. Tapi kadang-kadang masuk juga kedai atau gerai-gerai lain. Tukar selera.

Gerai Kak Pah jual makanan sahaja. Gerai Abang Jali jual minuman sahaja.

Pagi tadi aku cedok mihun ke pinggan,sisipkan telur mata.

"Berapa harga ni kak?"

Kak Pah, jangan kan pandang, jeling pun tidak.

"Harga macam biasalah..." katanya, sambil meramas tauge atau apa.

Dua ringgitlah tu maknanya.

Ke meja gerai Abang Jali. Dia nampak aku dari celah-celah tin milo besar. Dari susunan kotak kopi cengkudu. Dari balik kaca kabinet gelas.

Belum sempat aku bersuara. "Minum macam biasa ye?"

"A-ah." Jawab aku.

Itulah rutin hidup aku. Takde yang menarik pun. Biasa biasa saja.


Posted at 12:35 pm by dugongsenyum
Comments (6)  

 
Friday, February 17, 2006
Yang penting.
Kemudian. Keikhlasan itu tidak penting.

Yang penting wang.

Yang penting kau mesti bayar wang dengan ikhlas.

Kemudian. Wang itu tidak penting.

Yang penting kerja.

Yang penting kau mesti.. er.. er..

Now you got my as*hole.




Posted at 08:18 am by dugongsenyum
Comments (9)  

 
Thursday, February 16, 2006
Awek tertib yang patut dicarut.
Kiosk henset dalam pasaraya. Aku hulurkan henset aku kepada amoi si jurujual itu.

"Saya mau kabel untuk henset jenis ini, ada jual?"

Ada. Tak banyak cerita. Duit RM30 bertukar tangan.

Bermulalah bencana. Celaka.

Mula-mula kalau nak sambung henset ke PC mesti ada kabel. Lepas ada kabel mesti ada fail pemacu dia. Kabel ada, fail pemacu tak ada. Aku cari di internet. Jumpa. Aku pasang ke komputer. Gagal. Sistem operasi mesti Win2000 atau setara. Aku masuk forum berkaitan penggunan henset Noki* ini.

Cuba. Gagal. Cuba. Gagal. Cuba. Gagal. Gagal. Cuba. Gagal. Cuba cuba. Dan gagal gagal.

Kabel itu diparitkan. Tidak. Dilongkangkan. Itulah kabel DKU-2.

Pergi kedai lain tanya. Awek Melayu separa cun.

Dengan tertib, "Kabel untuk henset jenis ini belum masuk pasar Malaya bang."

Pergi kedai lain tanya. Taiko rambut perang.

Ada. ADA!

Satu pakej dalam kotak kecil. Dalam ada kabel DKU-5 bersarung plastik, CD-ROM untuk memasang fail pemacu dan TFSM*.

"Kabel untuk henset jenis ini belum masuk pasar bang."  Cis! penipu punya awek.

Duit RM50 bertukar tuan. Dah tawar dah.. tapi tak berjaya.

Teruja. Pandu motorsikal laju-laju. Balik rumah. Cuba.

Baca Bismillah. Picit. Cucuk. Masuk. Keluar. Masuk. Keluar. Masuk. Keluar. Masuk.

Berjaya. BERJAYA!

Henset dan PC bersatu. Gambar yang henset snap pindahkan ke cakera keras komputer. Segala SMS, kontek, rakaman, segala jadah. Henset aku kini boleh diintegrasikan dengan komputer.

Nota lutut : TFSM - The F*cking Sh*t Manual.


Posted at 08:28 am by dugongsenyum
Comments (15)  

 
Wednesday, February 15, 2006
PC dan handphone bersatu.
Aku sudah pasang program Nokia PC Suite ke komputer aku. Dengan adanya program ini maka aku boleh sambungkan henset Nokia 3220 aku ke komputer. Sambungan dibuat menggunakan kabel DKU-5 yang didatangkan sekali dengan CD-ROM pemasangan.

Gambar 1 : Antaramuka program Nokia PC Suite dengan ikon-ikon yang memudahkan pengguna.

Aku sambungkan henset ke PC. Aku lancarkan program tersebut Kemudian aku gunakan 'Send text message'. Kemudian aku cuba hantar mesej melalui SMS kepada beberapa kawan-kawan malam tadi. 

Mesej berbunyi;

"jom sertai projek buku jiwa kacau http://jiwakacau.blogdrive.com tolong sebarkan mesej kepada semua geju dan blogger. terima kasih. mesej oleh http://basri.mygj.net melalui sistem komputer"

Ada yang balas mesej aku ini dengan nada sinis, lebih kurang;

"Yeler tue melalui sist komp. Hahaha"

Namun aku cuba jelaskan kepada beliau teknik yang aku gunakan untuk menghantar mesej. Barulah dia faham (dan kagum, aku rasa :P )

Lebih sedap menaip di keyboard komputer, berbanding menaip (memicit) butang henset. Lebih-lebih lagi henset aku ni cute orangnya. Tak secocok langsung jari aku yang gedabak dengan butang henset yang kecil itu.

Gambar 2 : Rasa macam hantar email.

Aku akan gunakan program ini untuk menghantar mesej yang agak panjang, kepada sekumpulan orang pada sesuatu masa. SMS pendek-pendek guna cara biasalah.

P/s : Akan datang, cerita aku ditipu oleh seorang awek Melayu semasa hendak membeli kabel DKU-5. Hidup-hidup aku kena tipu, hampeh punya awek tu.


Posted at 02:13 pm by dugongsenyum
Comments (3)  

 
Tuesday, February 14, 2006
Pakaian berjenama sahaja.
Minggu lepas aku telah membeli jaket di sebuah kedai dalam pasaraya. Harga tertera RM60 jadinya aku tawar-menawar dengan peramuniaga yang seksi itu. Sebelum itu sudah banyak tempat aku usya, tapi tak jumpa yang bekenan. Tapi jaket yang ini aku berkenan sangat.

Setelah dia berbincang dengan boss-nya, seorang nyonya aku rasa. Berjaya aku bawa pulang sehelai jaket dengan harga RM40.

Aku puji diri aku sendiri depan awek aku, aku seorang perunding yang hebat. Dapat beli barang pada potongan yang sangat memuaskan hati. Awek aku sekadar tersenyum kemudian mencebikkan bibirnya.

Semalam. Aku ronda-ronda dalam pasaraya itu. Sekadar mencuci-cuci mata. Di sebuah kedai pakaian, yang selang beberapa buah kedai dari kedai yang aku beli jaket minggu lepas. Tergantung di situ jaket-jaket yang beraneka.

"Yang ini sebijik macam abang punya," kata awek aku. Dulu cari tak jumpa, kali ni berlambak-lambak orang jual dalam pasaraya ni.

Aku belek. Tanda harga berlarbelakang kuning tertera RM39. Itu belum ditawar lagi, kalau ditawar mungkin boleh dapat murah sedikit.

Geram sungguh aku. Entah berapalah kos sebenar jaket itu? Kemudian mereka mark-up sesuka hati. Kemudian diskaun sesuka hati juga.

"Jaket ni dua lapis bang, boleh pakai luar dalam," bergema-gema suara manis peramuniaga itu dalam kepala aku. Imbas kembali.

Segak aku dalam jaket jenama P*ma, buatan lokal.

Kepada yang tertanya-tanya, pasaraya yang aku pergi tu namanya The Store. Itulah perangai aku, bukan setakat di pasar malam, di pasaraya pun aku akan tawar-menawar harga. Kalau ada peluang.


Posted at 12:41 pm by dugongsenyum
Comments (2)  

Ayah kita boss.
Menonton TV malam tadi. Rancangan Bersamamu di TV3. Kisah yang amat menarik di mana seorang ayah tunggal menyara 7 orang anaknya dengan serba kekurangan. Lebih menarik 3 orang daripada anaknya adalah gadis sunti. Mereka juga atlit pelari jarak jauh. Melihat mereka berlari aku dah berfantasi yang bukan-bukan. Bakat mereka besar... dalam bidang sukan lari jarak jauh.

Rutin mereka bangun 4.30 pagi untuk latihan berlari. Jurulatih mereka ayah sendiri.

Paginya pergi ke sekolah, balik dari sekolah pergi dapur memasak, kemudian jaga adik, petang berlatih atau joging dan malam barulah mengulang kaji pelajaran.

Salah seorang daripada mereka menulis blog di dinding rumah. Terapi kesedihan, kepayahan hidup, suara hati.

Muncul YB. Tak lengkap rancangan Bersamamu kalau tanpa kehadiran YB. Bersamamu YB! ADUN tumpang sekaki masuk TV. (Moral : kita perlu sentiasa bersangka baik, aku cuma membuat andaian.)

Anak-anak yatim ini mendapat perhatian dan bantuan. Gadis-gadis sunti dapat bantuan kasut sukan (pada pendapat aku mereka juga memerlukan kutang sukan :P ).

Aku sebak baca blog budak tu. Aku kagum dengan semangat ayah budak-budak tu. Aku tabik budak-budak tu, memang jiwa kental!

Sebenarnya, menyaksikan budak-budak itu seperti menyaksikan diri aku sendiri lebih kurang belasan tahun nan lalu. Bezanya mereka perempuan, tapi aku dan adik-adik aku semuanya lelaki.

Persamaannya ialah  ayah kami boss. Walau pun miskin harta tapi kaya jiwa. Walau pun miskin ayah masil boleh 'control' anak-anaknya. Miskin bukan alasan untuk jadi bosia atau bohjan.

Ayah kita boss.

P/s : Aku hantar SMS kepada sahabat-sahabat aku berkongsi cerita dan komen rancangan Bersamamu. Satu jawapan SMS itu membuat aku terpukul, mesejnya "jangan SMS aku, SMS Bersamamu..."




Posted at 07:38 am by dugongsenyum
Comments (3)  

 
Monday, February 13, 2006
Blogger terhebat
Kalau nak menang tak semestinya kena bertanding. Ya itu betul, tapi kalau kau masyhurkan sebagai pememang sesuatu pertandingan kau akan tersangat lebih happy.

Kalau kau rasa kau blogger terhebat, ayuh! masuk Akademi Juring.

Juring tu apa? Sila ke http://www.jurnal.biz/juring/

Blogger Terhebat
(ikut tune "Pria Terhebat" SO7)


Hebat... blogger terhebat
Itu yang kuharap jadi padaku
Agar... agar diriku
Bisa memuaskan nafsu bacamu

Jangan... jangan siakan
Kemunculan blogku dalam browsermu
Kerna melalui blogku
Ku bisa menghiburmu
Juga berkongsi ilmu

Ajari aku 'tuk jadi blogger terhebat
Sudah terlalu lama
Bakatku tersembunyi
Menulis review kritis pun aku dah mampu
Menulis komentar sosial pun aku dah tahu

Di dalam Juring juri mencari...
Di dalam Juring aku menjadi...
Blogger terhebat!

Begitu banyak tugas tercipta untukku
Tetapi adakah ku bisa
Menyiapkannya untukmu?

Ya ya ya ya ya!

Layari juga juara Juring musim pertama http://herojuring.com


Posted at 12:21 pm by dugongsenyum
Make a comment  

 
Friday, February 10, 2006
Tagih
Membaca blog Mat Jan sebagai memenuhi salah satu syarat hidup aku di dunia ni :P

Aku dapati dia letak ruangan 'favouritisme' membariskan blog yang PALING dia suka. Jadi aku tanya dia,

BASRI : Mat Jan, kalau nak tersenarai dalam 'favouritisme', apa dianya kateria? :D

MJ : cantik (fizikal & personaliti), lebih muda daripada saya, bijaksana (bukan diukur dari sijil, tapi dari keupayaan memberi witty/insightful argument), dan memahami minat saya. orang utara bukan syarat wajib, tapi satu bonus. eh, silap, itu kriteria lain. lalala :-"

err, kriteria blog favourite: entri-entri yg menghiburkan dan lekat dlm kepala saya. dan sehari tak baca saya boleh resah-gelisah.

Aku rasa tak dapat capai kateria yang diberi.



Posted at 11:06 am by dugongsenyum
Comment (1)  

 
Thursday, February 09, 2006
ANUGERAH
Kerja yang dibuat oleh Dugongsenyum dalam arena blog telah mendapat perhatian dan diiktiraf dengan anugerah. Setakat ini kerja blog yang dia dapat anugerah ialah;

1) Anugerah Catatan Terbaik di Dalam Blog
CATATAN MENYENTUH EMOSI
"Selamat Hari Guru" oleh Basri
http://dugongsenyum.blogdrive.com/archive/98.html
Tajaan Nett, http://kayusakti.fotopages.com/

2) Anugerah Projek Terbaik
PROJEK TERBAIK (LUAR WEB)
Basri - Projek "Jiwa Kacau"
http://jiwakacau.blogdrive.com
Tajaan Revocxp, http://berjenel.blogspot.com/


Posted at 02:53 pm by dugongsenyum
 

KONTEK
Jika kamu ada apa-apa pendapat, komen, pertanyaan atau ingin menghubungi Dugongsenyum, sila email Pegawai Perhubungan (PR) dia melalui email basrinmdAThotmail.com atau basriATmakitam2u.com.

Kamu juga boleh tulis di ruang komen di bawah ini.

Terima kasih.


Posted at 02:50 pm by dugongsenyum
Comment (1)  

Next Page