MESEJ RINGKAS

Nama:

Email:

Mesej:


                       

 

<< February 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



 
Friday, February 10, 2006
Tagih
Membaca blog Mat Jan sebagai memenuhi salah satu syarat hidup aku di dunia ni :P

Aku dapati dia letak ruangan 'favouritisme' membariskan blog yang PALING dia suka. Jadi aku tanya dia,

BASRI : Mat Jan, kalau nak tersenarai dalam 'favouritisme', apa dianya kateria? :D

MJ : cantik (fizikal & personaliti), lebih muda daripada saya, bijaksana (bukan diukur dari sijil, tapi dari keupayaan memberi witty/insightful argument), dan memahami minat saya. orang utara bukan syarat wajib, tapi satu bonus. eh, silap, itu kriteria lain. lalala :-"

err, kriteria blog favourite: entri-entri yg menghiburkan dan lekat dlm kepala saya. dan sehari tak baca saya boleh resah-gelisah.

Aku rasa tak dapat capai kateria yang diberi.



Posted at 11:06 am by dugongsenyum
Comment (1)  

 
Thursday, February 09, 2006
ANUGERAH
Kerja yang dibuat oleh Dugongsenyum dalam arena blog telah mendapat perhatian dan diiktiraf dengan anugerah. Setakat ini kerja blog yang dia dapat anugerah ialah;

1) Anugerah Catatan Terbaik di Dalam Blog
CATATAN MENYENTUH EMOSI
"Selamat Hari Guru" oleh Basri
http://dugongsenyum.blogdrive.com/archive/98.html
Tajaan Nett, http://kayusakti.fotopages.com/

2) Anugerah Projek Terbaik
PROJEK TERBAIK (LUAR WEB)
Basri - Projek "Jiwa Kacau"
http://jiwakacau.blogdrive.com
Tajaan Revocxp, http://berjenel.blogspot.com/


Posted at 02:53 pm by dugongsenyum
 

KONTEK
Jika kamu ada apa-apa pendapat, komen, pertanyaan atau ingin menghubungi Dugongsenyum, sila email Pegawai Perhubungan (PR) dia melalui email basrinmdAThotmail.com atau basriATmakitam2u.com.

Kamu juga boleh tulis di ruang komen di bawah ini.

Terima kasih.


Posted at 02:50 pm by dugongsenyum
Comment (1)  

GENG

Dugongsenyum menyertai komuniti internet, cyber aktif seperti ;

Geng Jurnal
Geng Mak Itam
Geng Lantit
Kroni
Krew Jiwa Kacau

Anda juga dijemput untuk ambil bahagian, silalah layari laman web tersebut.


Posted at 02:47 pm by dugongsenyum
 

PROJEK

Atas kapasiti sebagai blogger, Dugongsenyum telah turut serta di dalam beberapa projek melibatkan blogger. Dia menyertai Gabungan Penulis Jurnal Malaysia iaitu Geng Jurnal. Dalam projek-projek tertentu dia bertindak sebagai ketua seperti ;

Majlis Pengiktirafan Blogger - Gathering Gengjurnal 2005, sebagai ketua projek;
http://www.jurnal.biz/forum/viewtopic.php?t=4248
http://www.jurnal.biz/forum/viewtopic.php?t=4274
http://www.jurnal.biz/arkibart.html

Buku Antologi Entri Blog - Projek Buku Jiwa Kacau, sebagai ketua projek & penyelenggara ;
http://www.jurnal.biz/forum/viewtopic.php?t=3879
http://jiwakacau.blogdrive.com

Memupuk Jiwa Kental Bloggers Malaysia - Projek Basah 2.0, Melaka, sebagai ketua projek ;
http://www.jurnal.biz/forum/viewtopic.php?t=4251

Blogger bikin bisnes baju - Projek Baju Geng Mak Itam, sebagai ketua projek ;
http://www.jurnal.biz/forum/viewtopic.php?t=3182
http://www.jurnal.biz/forum/viewtopic.php?t=3321

Kelab Chatting Blogger - Penubuhan Kelab Chatting Geng Mak Itam, sebagai ketua projek;
http://www.jurnal.biz/forum/viewtopic.php?t=3182
http://gengmakitam.org

Kelab kedai kopi - Geng Lantit, sebagai ahli;
http://genglantit.blogdrive.com

DAN banyak lagi.

Pada masa akan datang hobi tulis blog boleh menjadi pekerjaan cari makan dengan projek-projek bikin duit dengan kawan-kawan.


Posted at 02:44 pm by dugongsenyum
 

BUKU
Tulisan Dugongsenyum kali pertama diterbitkan dalam buku Jiwa Kacau. Penyelenggara Basri Nor Mohd. Kata Pengantar oleh Saharil Hasrin Sanin.

Dugongsenyum berasa bangga kerana menjadi sebahagian daripada buku Jiwa Kacau ini.



Berkenaan buku ini.
Menurut Saharil, "Buku yang kamu sedang pegang ini, koleksi Jiwa Kacau, walaupun mungkin bukanlah himpunan terbaik dan definitif, adalah antologi yang mempamerkan wajah blog Malaysia (pengantar bahasa melayu) sekarang ini. Setahu saya belum ada satu pun blog bahasa kebangsaan yang dibukukan sebelum ini. Di tangan kamu adalah sehiris sejarah. Pertama seumpamanya. Capai dan belilah. Simpanlah. Hartakan."

Ingin beli buku ini ?
(penggunaan 'AT' menggantikan '@' pada alamat email untuk mengelakkan spam, harap maklum)

1) Melalui kedai buku
Kamu boleh beli melalui kedai buku Siverfish dan Ujana Ilmu.

Silverfish Books Sdn Bhd (483433-k),
67-1 Jalan Telawi 3, Bangsar Baru,
59100 Kuala Lumpur
Tel: +603-228 448 37
Fax: +603-228 448 39
(Open from 10.00am - 8.00pm Mon - Sat)
Website : http://www.silverfishbooks.com/
Email mereka : info AT silverfishbooks.com

Ujana Ilmu Enterprise
(001444316-M)
350,
KG JIBOI BARU,, AMPANGAN,
70400 SEREMBAN
Negeri Sembilan
(Tel) 06-7675722
(Fax) 06-7675722
Laman web : http://ujanailmu.com.my
Email mereka : mshukri7 AT streamyx.com

2) Beli melalui penulis-penulis dalam Jiwa Kacau
AYOBKELUBI, akulerdon AT yahoo.com
TOK RIMAU, harimauj AT yahoo.com
MAT JAN, jongkangz AT yahoo.com
BUKUNOTA, bukunotakaki AT yahoo.com
SI NAGA ORIGAMI, sinaganaga1547 AT yahoo.com
ELMAANIQ, elmaaniq AT yahoo.com
KELAMBU, lan_zo AT yahoo.com
SLUMBERMANN (Eizil), eizil AT yahoo.com
IZALATIF, (wakilnya - Spyz, pyzul AT yahoo.com)
BLUEHIKARI, vicenata2000 AT yahoo.com
SAMURAI GHOST, suzairul.izans AT jaring.my
AYARES151, imayus AT yahoo.com
AMYZ, da_amyz AT yahoo.com
ZURIE, zurie_nor AT yahoo.com
ROSRAM, mah649 AT yahoo.com
PUTERI ELAIRA ELIZA, elaira4ever AT yahoo.com
ATOIBOLAN, atoi_bolan2000 AT yahoo.com
NIXKGEEKIER, nixk AT hotmail.com
ATTOKZ, attokz AT gmail.com
JIGOMORRISON, anarkismelayu AT yahoo.com
ABDULLAH JONES, jonesabdullah AT yahoo.co.uk
OPX04, opx04 AT yahoo.com

Dokumentasi.
Sila lawat forum ini;
http://www.jurnal.biz/forum/viewtopic.php?t=3879

Pratonton.
Antara yang menarik. Sedutan ringkas ;

1. "Kalau suka buat dosa, lebih baik buat dosa."
TOK RIMAU - http://www.danchan.com/weblog/harimauj/

2. Kalau nak hidup SENANG, kita kena ada DUIT.
MAT JAN - http://jj.kroni.biz

3. "Patutlah mahal, kita bayar untuk projektor dan skrin sekali!" kataku kepada penukang gambar sambil menikmati nasi goreng kampung yang terlebih lada sulahnya.
BUKUNOTA - http://bukunota.blogspot.com

4. Aku dah lama tak melukis sebenarnya.
SI NAGA ORIGAMI - http://sinaganaga.blogspot.com

5. "Dah niat orang yang sedekah tu takat pisang je, kau makan le pisang tu."
ELMAANIQ - http://delimasakti.blogspot.com

6. Bagi lelaki meraih cinta perempuan bagaikan meneka atau bertaruh syiling yang dilambung.
KELAMBU - http://kelambu.blogspot.com

7. Ibuku tersenyum riang, hampir-hampir menitiskan air mata.
SLUMBERMANN - http://www.eizil.com

8. Ada banyak cara bagaimana orang buang ibu bapa sendiri.
IZA - http://izalatif.blogspot.com

9. . Fikiran terganggu seperti orang gila yang tidak kenal diri sendiri.
BLUEHIKARI - http://www.bluehikari.com

10. Bayangkan kalau itik dan ayam yang hendak bermadu kasih.
AYOBKELUBI - http://ayobkelubi.tripod.com

11. Ada dua perkara yang membuatkan aku amat terkilan di dalam dunia ini.
DUGONGSENYUM - http://dugongsenyum.blogdrive.com

12. Nak kata mereka buat tarian api, tak nampak pun sesiapa yang berjoget.
SAMURAI GHOST - http://ahsuez.blogdrive.com/

13. Biasanya orang yang buat bodoh ini adalah jenis yang membuat muka selamba.
AYARES151 - http://ayares151.blogspot.com/

14. Saya tak takut pada gemuk.
AMYZ - http://www.kroni.biz/amyz

15. Pandangan seorang manusia terbatas, manusia takder kuasa pembesaran, magnifying glass pun takder, lensa pun takder.
ZURIE - http://zurie.blogdrive.com/

16. Aku ingat kau akan mengurat pompuan itu semua, tapi rupanya kau sentiasa di sisi aku dan family.
ROSRAM - http://rosram.diaryland.com/

17. Aku tinggalkan bakul kain dan lari-lari anak ke rimbunan bunga pinang-pinang.
PUTERI ELAIRA ELIZA - http://elaira.fajaronline.com/

18. Kawan yang poyo.
ATOIBOLAN - http://atoibolan.blogdrive.com/

19. Aku mengambil keputusan drastik.Memberitahu hasrat hati kepada ibu.
NIXKGEEKIER - http://geekier.blogdrive.com/

20. Membaca kebangsatan bukanlah seperti mencari naskhah-naskhah atau jurnal yang tersimpan usang dan berdebu tersusun rapi di atas rak di khutubkhanah, yang tak pernah terusik untuk kesekian tahunnya.
ATTOKZ - http://attokz.cjb.net

21. Biarlah dia bawa coklat satu kontena untuk pujuk aku, aku tetap nak duduk di dapur.
JIGOMORRISON - http://tujuh86.blogspot.com

22. jeritnya didengar berjuta haiwan
ABDULLAH JONES - http://abdullahjones.blogspot.com/

23. Tok tak mintak harta kau. Tak mintak duit kau!
OP - http://fikirandalamkembara.blogdrive.com 

Review buku.
Sila lawat laman forum ini;
http://www.jurnal.biz/forum/viewtopic.php?t=4131

Perkembangan terbaru di Blog Projek Buku Jiwa Kacau ;
http://jiwakacau.blogdrive.com


Posted at 02:38 pm by dugongsenyum
 

SAYA
Dugongsenyum asalnya tulis blog untuk suka-suka. Tapi seiring dengan kemajuan teknologi dan kepesatan pembangunan negara Malaysia, dia jadikan tulis blog sebagai bisnes.

Dia dengan bantuan dan sokongan kawan-kawan-yang-dia-suka, telah tulis blog kemudian jadikan buku kemudian jual buku tersebut untuk beli makan.

Kamu boleh suka dia atau benci. Dia tak kisah, asalkan tuhan masih sukakan dia. Ya, dia seorang yang percayakan tuhan.

Hakcipta terpelihara, Dugongsenyum 2004-06. Segala bahan yang diterbitkan di blog ini adalah hakcipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam apa bentuk atau dengan alat apa jua pun, kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada tuan punya blog. Kebenaran adalah berdasarkan perundingan dan bayaran.

Terima kasih.

Posted at 02:37 pm by dugongsenyum
 

 
Tuesday, February 07, 2006
Kereta SAMI gear auto yang manual.
Tengahari tadi ada seorang tauke Cina belanja aku dan kawan-kawan makan. Dia adalah supplier kami.

Di meja bulat dalam restoran Cina itu, nampaknya aku sorang saja Melayu, kami bersembang sambil makan.

Sembang macam-macam hal isu semasa.

Tauke ni suka cerita pasal kereta mewah, aku melopong je angguk-angguk. Dia guna kereta Mercedes, yang kami tumpang ke restoran ini tadi. Puji-puji sikit kereta luar dan kutuk-kutuk kereta tempatan.

MRR2 dah tutup lagi, kata boss aku. Tauke tu agak terkejut sebab dia baru tahu.

Itu MRR2 cuma dua jenama kereta je yang boleh jalan atas dia, sebab kereta tu besh.

Dua kereta tu jenama SAWI dan satu lagi SAMI.

Ha ha ha.



Posted at 03:39 pm by dugongsenyum
Make a comment  

 
Monday, February 06, 2006
Ilmu Rumah Tangga
Awek aku cakap, murid dia bertanya "Ustazah... bersetubuh tu macam mana?"

Kalau abang adalah ustaz, apa abang jawab?

Masalahnya aku ni bukan ustaz, tapi... er er... takpelah..


Bacaan tambahan;
Bimbingan ibubapa oleh Tok Rimau
Tertib memegang mangkok nasi oleh Tok Naga
Cerekaramas olehTok Jan

Posted at 07:45 am by dugongsenyum
Comments (2)  

 
Thursday, January 26, 2006
Cuti
28-Jan-06 Saturday Take compulsory leave
29-Jan-06 Sunday Chinese New Year (CNY)
30-Jan-06 Monday Chinese New Year
31-Jan-06 Tuesday Awal Muharram
1-Feb-06 Wednesday Replace CNY (Sunday)
2-Feb-06 Thursday Take compulsory leave
3-Feb-06 Friday Take compulsory leave
4-Feb-06 Saturday Replace 2nd Saturday
5-Feb-06 Sunday Memang Cuti

Cuti Tahun Baru Cina macam biasa aku akan habiskan di kampung.

Syukur sebab company bagi pinjam kereta, kalau tak naik baslah aku sekeluarga. Kereta second hand tu dah jual.

Esok Jumaat office ada buat cabutan bertuah, ada biskut, ada air botol, dan macam-macam termasuk babi.

Aku harap dapatlah angpau banyak, bolehlah aku guna untuk repair PC aku yang rosak. Sekarang PC tu di rumah E1. Nasib baik E1 bagi aku pinjam PC dia untuk sementara.

Limau banyak dalam office ni, semua manis, tak larat nak makan dah.

Amoi dah pupus pakat resign. Aku bulan April kot resign, bulan Februari dah boleh serahkan surat. Cuti ni cari kerja baru.

1 Februari kena balik ke bandar ni sebab awek aku start mengajar dah. Mungkin aku sambung  habiskan cuti di bandar ni dengan anak atau anak-anak.

Aku kena pergi Bank Negara nampaknya, nama aku kena blacklistlah.

Nak beli kereta baru punyalah azab, macam kanimai.

Gong Xi Fatt Chai.

Teka-teki : Binatang apa zakar dia dua?

Posted at 01:17 pm by dugongsenyum
Comments (7)  

Next Page