Tengahari tadi ada seorang tauke Cina belanja aku dan kawan-kawan makan. Dia adalah supplier kami.
Di meja bulat dalam restoran Cina itu, nampaknya aku sorang saja Melayu, kami bersembang sambil makan.
Sembang macam-macam hal isu semasa.
Tauke ni suka cerita pasal kereta mewah, aku melopong je angguk-angguk.
Dia guna kereta Mercedes, yang kami tumpang ke restoran ini tadi.
Puji-puji sikit kereta luar dan kutuk-kutuk kereta tempatan.
MRR2 dah tutup lagi, kata boss aku. Tauke tu agak terkejut sebab dia baru tahu.
Itu MRR2 cuma dua jenama kereta je yang boleh jalan atas dia, sebab kereta tu besh.
Cuti Tahun Baru Cina macam biasa aku akan habiskan di kampung.
Syukur sebab company bagi pinjam kereta, kalau tak naik baslah aku sekeluarga. Kereta second hand tu dah jual.
Esok Jumaat office ada buat cabutan bertuah, ada biskut, ada air botol, dan macam-macam termasuk babi.
Aku harap dapatlah angpau banyak, bolehlah aku guna untuk repair PC aku
yang rosak. Sekarang PC tu di rumah E1. Nasib baik E1 bagi aku pinjam
PC dia untuk sementara.
Limau banyak dalam office ni, semua manis, tak larat nak makan dah.
Amoi dah pupus pakat resign. Aku bulan April kot resign, bulan Februari dah boleh serahkan surat. Cuti ni cari kerja baru.
1 Februari kena balik ke bandar ni sebab awek aku start mengajar dah.
Mungkin aku sambung habiskan cuti di bandar ni dengan anak atau
anak-anak.
Aku kena pergi Bank Negara nampaknya, nama aku kena blacklistlah.
Nak beli kereta baru punyalah azab, macam kanimai.
Filem Buli Balik memang besh dan mantap. Dalamnya ada lawak dan kau gelak tanpa paksaan. Filem yang ringan dan santai tapi tidak isinya. Filem ini gelak yang ada isi.
Di awal filem aku gelak, sepanjang filem gelak, naik keras perut, tapi last2 sedih babak dia. Dalam hati tertanya-tanya... Nordin ni mati atau hidup? Nordin lakonan Afdlin, abis je tayangan beliau muncul di pintu masuk. Apa lagi kami serbu shake hand dan bergambar.
Ok jugak kot jadi antara orang pertama di Malaysia menonton filem ini yang akan ditayang secara rasmi esok 26 Jan 2006.
Ini kali pertama aku masuk panggung menonton wayang pada usia aku hari ni 29 tahun 3 bulan.
Akan datang mungkin ada sambungannya, boleh taruk tajuk 'Balik-balik Buli'.
Dalam hati aku mengeluh tadi. Makan tengahari nasi ayam.
" Hari-hari nasi ayam, kelmarin nasi ayam, semalam nasi ayam, hari ini
nasi ayam, esok pun mungkin nasi ayam. Sebenarnya bosan tak tahu nak
makan apa, pilihlah nasi ayam. Di sini kedai makan bersepah, ada kedai
Mamak, Melayu, Cina, India, gerai kecil-kecil pun ada. Makanan pula
beranika." Hati.
Kadang-kadang tekak rasa jelak. Macam-macam dah dicuba, macam-macam dah dirasa.
Kemudian, semasa melalui jalan kampung tersebut, tiba-tiba aku rasa celaka.
Celakanya kita (sesetengah kita) di bumi Malaya. Celaka tak tahu bersyukur. Dah dapat makan nasi ayam pun masih nak mengeluh.
Tuahdanish sudah seminggu di kampung. Mertua aku yang bela. Untuk sementara.
Aku ayah yang hiba. Dapat anak comel terpaksa terpisah sementara.
Gara-gara kereta rosak, aku guna motorsikal. Aku tak boleh bawak bayi
yang comel ini dengan motorsikal, mana nak letak kakak dia si Aqilah,
mana nak letak mak dia lagi. Kena pula sekarang musim tengkujuh. Bahaya
bawa bayi dalam hujan atas jalan. Rumah pengasuhnya agak jauh.
Masa aku sibuk urusan gath itu hari aku dapat call dari awek, Danish
dah di bawa datuk dan neneknya. Hati mana yang tak jiwa kacau. Dah lah
pagi tu aku cuim sikit saja pipi bulatnya, mana puas. Aku control macho
sampai gath selesai.
Semalam mak telefon, si Danish kurang
sihat. Panik kami. Nak balik kampung macam mana. Runding punya runding,
keputusannya Aqilah dan ibunya balik kampung naik bas, aku tinggal di
sini menguruskan kereta.
- - -
Baru aku tahu
berkorban itu banyak cabangnya. Aku sekarang berkorban kasih sayang.
Aku harap siaplah kereta aku cepat, boleh aku balik kampung pada
perayaan Tahun Baru Cina nanti. Ambil balik anak aku.
Bertuahnya aku mendapat mertua sebaik itu, sudi menjaga anak aku. Berkorban tak cukup tidur, menjaga bayi yang kerap haus.
Aku menonton Gerak Khas. Terpaksa sebenarnya. Macam Tok Rimau, control TV lesap. Aku kena mengalah dengan awek.
Siri Gerak Khas pada malam itu tentang Black Metal, kalau aku tak silap.
Bukan insaf yang aku dapat masa menonton, tapi lawak. Tengok dorang
conteng muka ada yang macam sesetengah ahli gusti. Atau "ahlil musik"
bak kata Nyonya Mangsor, atau band mat salleh kata Abang Naga.
Sebab nak menjimat masa siaran, dorang kerat tangan dulu (kemudian baru
nak rogol, sepatutnya rogol dulu..) tapi tak sempat sebab Gerak Khas
datang.
P/s : Aku sedih pulak hari ni. Aku minat juga menonton WWE. Sebab aku sedih aku baru dapat tahu Eddie Guerrero si ahli gusti hebat dah mati. Innalillah...
Your blog is a peaceful, calming force in the blogosphere. You tend to avoid conflict - you're more likely to share than rant. From your social causes to cute pet photos, your life is a (mostly) open book.