MESEJ RINGKAS

Nama:

Email:

Mesej:


                       

 

<< January 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



 
Tuesday, December 27, 2005
Kereta lama
Sebuah kereta lama kusyen tidak lagi empuk
warnanya kusam debu-debu terbang
bersama-sama kenangan silam

setiap titisan petrol yang dibakar dalam enjin
adalah keringat kudrat dipulas
tulang empat kerat yang dihempas

kereta lama kerap rosaknya
mati tiba-tiba di tengah jalan
hampanya hati tidak sempat ke destinasi
jadi berkecai kecewa harapan
aku derita kereta lama

kereta aku banyak ragamnya
kerap ke bengkel tidak jua kebah
tidak menang memakai, membeli tidak alah
setahun dua aku menderita
banyak wang terbang kerana dia

kereta lama kian pudar warnanya
karat besi seusia memori
apa gagahnya barang yang lapuk
jasanya tidak dihargai
hujan, panas, reput, lekang

kereta lama walau banyak ragamnya
rosak parah ada saja musibah
seumpama nadi perjalanan
menyusur mencapai impian
sedikit rezeki Tuhan

buruk tidak bermakna hina
buruk bukan pada rupa
baru 'kan jadi lama
nasib akan sama

wahai hati yang tabah bersabarlah
semoga datang hari yang baru
kereta lama ganti baru.

DS
Mutiara Subang
27 Dis 2005, 2.22 am

Posted at 11:32 am by dugongsenyum
Comment (1)  

Bersemuka dengan Sasterawan Negara
Aku memenuhi undangan komuniti eSastera.com ke acara Hadiah eSastera.com 2005 (HESCOM '05).  Ini acara gathering mereka juga sebenarnya.

Hasil hubungan yang terjalin antara aku dan boss eSastera sendiri iaitu Dr. Irwan dalam projek buku Jiwa Kacau. Dr. Irwanlah yang membantu urusan percetakan melalui saudara Rudy Bluehikari, yang juga 'orang kuat' komuniti tersebut. Jemputan ini aku anggap suatu penghormatan, persahabatan yang tidak mungkin dipersiakan.

Majlis diadakan di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya pada hari Ahad 25 Disember 2005 jam 8 malam. Majlis ini dirasmikan oleh SN Datuk A. Samad Said, dengan kehadiran Saudara Dinsman iaitu penulis buku dan Dr. Victor A. Pagodaev, seorang Prof. Madya di Universiti Malaya. Mereka adalah VIP.

Lagi, aku pergi bersama Mie, Founder Gengjurnal. Lagi, aku dan Mie semeja dengan VIP terbabit. Riak. Takabbur.

Semua acara menarik. Best. Seronok. Persembahan mentera. Deklamasi sajak dan puisi, ada iringan gitar lagi, irama harmonika. Penyair muda yang berbakat besar. Datuk A. Samad Said memukau dengan puisinya, Dr. Victor menghiburkan dengan sajak bahasa Russia-nya. Kemuncak acara penyampaian anugerah seperti Anugerah Penyair Alam Siber (Apas 05), Anugerah Sajak Jenaka Alam Siber (Asjas 05), Anugerah Cereka Alam Siber (Acas 05), Anugerah Haiku Melayu Alam Siber (Ahmas 05), Anugerah Sayembara dan cabutan bertuah.

Aku bukan orang intelek, tapi mungkin kerana ada sesudu otak intelek dalam kepala aku ini, makanya Tuhan bagi aku peluang duduk di sini, bersama orang intelek. Aku tak sangka dapat layanan VIP, face2face lagi dengan Sasterawan Negara, tengok gaya beliau bercakap, gaya makan, gaya berjalan, gaya bersajak..

Dulu masa sekolah sajak dia dibaca-baca, dihafal-hafal, diingat-ingat, untuk lulus ujian, untuk lulus periksa. Kemudian ada puisinya melekat dalam kepala, cerpennya yang seronok sekali dan novel yang jadi khazanah. Sekarang orangnya depan mata. Aku kawal rasa rendah diri, buat selamba.

Aku sempat bersembang dengan Dr. Victor yang ramah, sempat berbual dengan Saudara Dahari selaku AJK majlis, berkenalan dengan ahli-ahli eSastera yang pertama kali face-2face. Ada juga Gengjurnal iaitu EP dan Attokz yang ahli eSastera, kecik dunia ni.

Aku sempat promosi Jiwa Kacau kepada Dinsman dan Dr. Victor. Komen Dr. Victor pasal Jiwa Kacau, "Ini boleh jadikan teks sekolah ini..". Padahal dia baru tengok cover buku hahahaha

Isteri A. Samad Said aku beri satu naskah, harap-harap Pak Samad sudi baca. Aku tak sempat berbual banyak dengan Pak Samad, maklum kita dalam majlis orang, ada agenda ditentukan.

Aku sempat beli dua buku. Pertama bertajuk Sajen dan buku ke dua A Samad Said - Kehidupan Seorang Seniman Malaysia. Menarik buku kedua ini beserta dua CD mengisahkan kehidupan Sasterawan Negara ini. Sungguh aku katakan, buku yang nipis dan CD ini padat dengan maklumat berguna. Kalau kau nak jadi penulis, dan nak ambil A Samad Said sebagai idola kau, pergi beli buku ini. CDnya dapat percuma!

Akhir kalam, aku ucapkan terima kasih kepada Dr. Irwan, Rudy dan Dahari serta semua orang eSastera yang sudi menjemput aku serta Gengjurnal. Tahniah kepada yang menang anugerah. Terima kasih Mie kerana menumpangkan aku.

Posted at 11:30 am by dugongsenyum
Comments (2)  

 
Thursday, December 22, 2005
Kawan makan kawan
Aku kena tikam dari belakang.

kimak betul.

Aku kalau jahat lama dah tikam dia. Lepas tikam dia. Dia mati. Aku boleh ambik pangkat dia. Tapi aku tak jahat.

Ini terbalik. Dia tikam aku. Aku orang bawahan dia maa.. Apa dia nak? Takkan nak rebut pangkat aku pulak.

Kalau tak puas hati dengan aku, sila sound direct.

Pegi cucuk boss buat apa. Satu dunia pun tahu, boss takkan pecat aku. Malah kalau aku nak berhenti, boss mintak sangat-sangat carikan dulu seorang serupa aku. Kalau tidak gamaknya boss kena buat kerja-kerja aku.

Aku dengan boss dah 9 tahun. Kau baru 2 tahun. Tapi sebab korang sama-sama ca ya nun, kau dapat pangkat tinggilah. Aku tak kisah, pangkat sepakej dengan tanggungjawab pula. Aku tahu bahu aku boleh pikul seberat mana. Kau dah ambik pangkat tu kenalah ambik tanggungjwabnya sekali. Ini tidak, menolong haram. Menyusah lagi ada.

Sepatutnya aku tukang buat kau tukang semak (check), bukan menyemak. Boss pulak tukang luluslah. Boss pulak bukan jenis buta-buta lulus, dia mahaguru. Boss dulu pun macam aku, dari bawahan. Bukan macam kau, terus atasan. Kau semua 'blur'.

+++

Bila kau cucuk boss keburukan anak buah kau, secara otomatik kau menyelak kelemahan kepimpinan kau pada boss. Aku kena sound, kau pun kena maa. Aku tak rugi apa.

Aku marah dan dendam. Lepas ni kau sendiri mau ingatlah...

Posted at 01:08 pm by dugongsenyum
Comments (5)  

 
Tuesday, December 20, 2005
Cucur udang.
Adik aku nama Berkat. Nama sebenar. (Dia tak hensem, jangan cakap pada dia tau.)

Ahad lepas aku, adik-adik dan mak jalan-jalan cari makan. Jumpa restoran ini. Nama macam adik aku. Dia perasan. Mintak aku ambil gambar. Gambar dari telefon bimbit Nokia 3220, tiada software yang sesuai nak sambung ke PC. Jadinya aku email, kemudian print.


Ini bukan tuan punya kedai.

Cucur udang di restoran ini sedap, rangup dan besar nyarm nyarm nyarm. Gadis kaunternya pun ayu jelita putih melepak, nyarm nyarm nyarm.


Auuumm..

Dimulakan dengan bismillah, disudahi dengan Alhamdulillah :-)

Posted at 05:31 pm by dugongsenyum
Comments (2)  

 
Wednesday, December 14, 2005
Mereka hanya serangga
Malam tadi aku bercadang untuk minum-minum dengan kawan-kawan di Restoran Syed Kelana Jaya. Aku hantar beberapa jemputan melalui SMS. Jom melantit jam 8 malam.

Aku ada urusan di luar pejabat petang semalam, jadinya selepas habis urusan aku tidak masuk semula pejabat. Terus pergi restoran.

Aku sampai jam 6 petang. Melayukah aku? Layan radio dengar lagu-lagu. Kemudian pilih meja paling tepi. Pesan Mee goreng telur mata dan nesface tarik. Maghrib.

Lepas satu.. satu kehadiran mereka. Mulanya sikit lama-lama banyak. Tapak tangan aku ni kasar juga ye.

Sambil makan minum aku buat panggilan telefon dan main SMS.

Pukul 8 lebih E1 datang. Pesan makanan ringan dan minum lagi. Sembang sampai jam 10 lebih kurang. Aku balik ke rumah, letih, tidur.

Dua jam bersama nyamuk dan dua jam bersama E1, mana nak sama dua jam bersama bini di kampung.

Posted at 04:06 pm by dugongsenyum
Comments (2)  

 
Thursday, December 08, 2005
Kereta Rosak Lagi

Gambar sekadar hiasan, TNB tak betulkan mesin mereka, tarikh salah, masa pun salah.



Pada 7 Disember 2005.

Pukul 1.30 tengahari aku sampai ke TNB Kepong. Nak bayar deposit meter. Tapi kena tunggu pulak sebab lunch hour habis pukul 2 petang. Bersidai aku di kaki lima menunggu pegawai berkenaan masuk.

Tepat pukul 2 pegawai berkenaan masuk aku pun berjumpa dia dan mintak bil. Selepas ambil bil aku kena ke kaunter satu lagi untuk membayar. Kena ambik angka giliran. Aku dapat nombor 444.

Selepas puluhan orang, tiba giliran aku pula. Kemudian pergi ke pegawai pertama tadi semula memberi satu salinan bil untuk membuat temujanji pemasangan meter.

+++
Ada dalam 16 orang geju datang meeting dan melantit di foodcourt precint 8 Putrajaya. Selepas habis sessi meeting dan melantit aku mengerjakan kereta aku yang pancit tayarnya. Tinggal pulak 1 skrew yang ketat dan degil tak boleh bukak. ND cuba gagal, Superdiman cuba tewas. EP mencuba jurus, kalah juga. Aku dah mandi peluh. Pasang semula semua skrew, pam tayar dan aku menuju stesen minyak.

Dapat telefon dari mak suruh singgah masa balik nanti ada hal. Mak telefon dari public phone sebab tak sedap hati kalau-kalau aku ada masalah. Naluri.

Di stesen minyak aku cuba pam tayar tapi tak naik-naik. Hos pam itu bocor rupanya. Aku pun cari kad insuran dan minta tolong mereka.

Mekanik tu cakap jek aku tak sesuai. Dia guna jek dia. Lama jugak mengerjakan skrew yang paling ketat tu. Tapi akhirnya dia boleh bukak juga.

Upah mengerjakan skrew paling ketat ialah RM55!!!

++++
Di Federal Highway aku perasan radio makin perlahan, lama-lama padam. Jam kereta malap lampunya. Hujan. Sikit sikit lebat. Viper perlahan. Apasal pulak ni?

Sampai di Kota Damansara lampu kereta semalap-malapnya. Aku berhenti depan rumah kakak dan pergi jumpa mak. Rupa-rupanya mak bungkuskan nasi dan lauk. Aku tak lalu nak makan, lagi pun dah pukul 2 pagi. Takde selera.

Di luar kereta tiba-tiba keluar asap berkepul-kepul. Aku panggil abang ipar cakap kereta aku terbakar. Bukak sana, tengok sini. Usik sana usik sini. Tolak tolak tolak. Bukak bukak. Sahlah kipas tak berpusing makanya temperature naik mencanak.

Kereta tinggal di rumah kakak. Aku pinjam motor adik balik ke rumah.

Esok aku kerja naik motor. Harap-harap esok tak hujan.

Senarai barang rosak/ganti;
Buka nut paling ketat - RM55 (harga larut malam)
Thermo Switch - RM48
Wiring - RM50
Set Kunci - RM150
Tukar Tayar 2nd hand - RM40

Posted at 09:35 am by dugongsenyum
Comments (8)  

 
Tuesday, December 06, 2005
Kord Harum Subur Di Hati - BPR
Bumi Putra Rockers (BPR) 
Harum Subur Di Hati

Kord dicadangkan oleh : Zaki Nor Mohd. (5 Dis 2005), komen kau dialu-alukan. 
Belilah CD dan Kaset yang asli, banteras cetak rompak.

Am   Dm         G          C              Am Dm            E
Di     lingkaran diamku termanggu terkenangkan kembali 
Am   Dm     G    C                  Am Dm Am
saat   indah aku bersamamu dibelai cinta suci

Am         Dm           G      C     Am    Dm    E 
sewaktu kelukaan hatiku kau datang dan memberi 
Am        Dm     G      C       Am      Dm    E 
taburan bunga cinta sucimu harum subur di hati

G                   C    G                    C 
tapi kini kau pergi tinggalkan aku sendiri 
E                                  Am     Dm       E
mengusir sepi mengusir rindu terpisah selama-lamanya 
F       E       Am
kau pergi dariku

Am    Dm G     C Am       Dm               E
titisan air mata di pipiku memanjat doa suci 
Am    Dm  G     C               Am   Dm    E 
saat indah aku bersamamu masih tetap di hati


G                 C           G                  C 
cintaku pasti untukmu rinduku pasti padamu 
G                 C           G                  C 
biar pun kita terpisah jiwa namamu tetap dikalbu
G                 C           G                  C 
kusemadikan cintaku di dalam doa kudusku 
G                 C           G                  C 
kepada tuhan aku meminta damailah engkau di sana
F                E                     Am 
mengadap tuhan yang maha esa

Am    Dm G     C Am       Dm               E
titisan air mata di pipiku memanjat doa suci 
Am    Dm  G     C               Am   Dm    E 
saat indah aku bersamamu masih tetap di hati


Posted at 09:28 am by dugongsenyum
Comments (9)  

 
Monday, December 05, 2005
Makan.
Tempat : Pan Mee, Stall No. 6, Food junction, Mid Valley
Tarikh : 2 Dis 2005
Masa : 7.53 malam
Menu : Nasi Goreng Seafood Thai

Biasalah orang bujang.. balik kerja dah lewat tak sempat masak nasik, makan di luar sajalah.

Tertarik kepada udang dan sotong, aku pun cubalah nasi goreng ini. Memang sedap. Puas hati. Kenyang.

Ada sorang kawan aku tu dia makan ayam western. Sebagai pencuci mulut dia second round makan nasi goreng Thai juga. Tapi tersilap kedai, dia dapat kuali hitam. Dia on diet. Kena pantang makan nasik. Kalau nak makan nasik kenalah makan nasik lepas lunch atau lepas dinner :P

Alamat tak lakulah kami, takde orang nak masuk meminang dah. Makan dalam kuali.


sekejap ada


sekejap tiada.. :P


Sebenarnya kuali ni kecik saja. Aku snap dekat-dekat sebab tu nampak besar.

Satu lagi aku nak pesan, lepas makan nasik jangan gatal-gatal nak minum Banana Juice with Milk, macam yang aku buat. Sekali teguk je terus terkesima jadinya.


Posted at 05:04 pm by dugongsenyum
Comment (1)  

 
Thursday, December 01, 2005
Gitar Kapok Adik Aku Punya
Jiran aku menegur "Aii.. jadi orang bujang nampak".

"Biasalah.." jawab aku sambil mengunci pintu.

Awek dengan anak-anak semua cuti sekolah di kampung. Aku sorang-sorang di rumah. Kelmarin dua orang adik aku datang, bawak dua buah gitar Kapok. Yang satu pinjam kawan katanya. Yang satu lagi asalnya aku punya, tapi aku dah tak berapa main, aku bagilah adik pakai. Adik aku sorang pandai main tapi kidal. Yang sorang lagi pandai dengar sajalah termasuk aku.

Malam tadi sorang saja adik yang datang, sorang lagi ada hal katanya. Yang datang ni tak reti main gitar. Takpelah janji ada kawan berborak.



Dah lama aku tak petik gitar, adalah dalam 10 tahun. Terkial-kial jugak bila terlupa kord. Gian punya pasal, sampai pedih-pedih aaa hujung jari dok memicit-micit tali. Picit-punya picit.. perut laparlah pulak. Aku pun masaklah megi.



Tak kuasa aaa nak goreng megi pukul 3.15 pagi. Rendam je dalam air panas.Slurrrrppp!!!

Sambil hirup megi sambil picit-picit gitar. Sampai pedih-pedih hujung jari. Goreng-goreng. Dalam pukul 3.30 pagi baru aku tidur.



Gitar kapok yang aku beli sekitar tahun 1993-1994. Masa tu zaman sekolah menengah. Jimat duit untuk tabungkan beli Kapok. Harga dia RM60 kalau tak salah.

Aku tak gig dengan kawan-kawan. Sifu aku arwah bapak. Aku dengan adik bongsu je yang minat pun nak belajar. Adik-beradik lain tak minat. Tapi adik aku gak yang teror. Aku hampeh sampai sekarang. Bila gitar adik patah, aku bagi yang aku punya ni kepada dia. Dia rajin dan tekun main. Bolehlah setakat layan-layan..

Selepas bapak dah takde. Aku berguru dengan adik aku jelah. Tak taulah bila minat aku ni nak padam, harap pada minat tapi bakat takde pun tak guna gak kan.

Aku tengah dok mencari kord untuk lagu Harum Subur Di Hati - BPR kat internet. Tak jumpa aaa. Korang boleh tolong bagi aku?


Posted at 11:13 am by dugongsenyum
Comments (5)  

 
Wednesday, November 30, 2005
Nama timangan
Kawan: Aku dengar kau dapat sorang lagi anak, tahniah.

Aku: Terima kasih.

Kawan: Anak lelaki kan..? Apa nama dia?

Aku: Tuahdanish

Kawan: Mak aii.. nama millennium, macam pendekar pun ada. Ni nak panggil Tuah atau Danish?

Aku: Nanang.

Korang pun mungkin ada nama timangan kan? Nama dalam surat beranak dan I.C lain, kat rumah abang dan kakak panggil nama lain, kat sekolah nama lain, kawan-kawan panggil nama lain dan di internet bubuh nickname lain yang kemudian menjadi nama timangan pula.

Tuahdanish mendapat nama timangan Nanang kerana dalam bahasa Jawa ia bermakna budak lelaki (sebutan bakunya LANANG).

Apa cerita di sebalik nama timangan kau?


Posted at 09:21 am by dugongsenyum
Comments (7)  

Previous Page Next Page