Adik aku nama Berkat. Nama sebenar. (Dia tak hensem, jangan cakap pada dia tau.)
Ahad lepas aku, adik-adik dan mak jalan-jalan cari makan. Jumpa
restoran ini. Nama macam adik aku. Dia perasan. Mintak aku ambil
gambar. Gambar dari telefon bimbit Nokia 3220, tiada software yang
sesuai nak sambung ke PC. Jadinya aku email, kemudian print.
Ini bukan tuan punya kedai.
Cucur udang di restoran ini sedap, rangup dan besar nyarm nyarm nyarm.
Gadis kaunternya pun ayu jelita putih melepak, nyarm nyarm nyarm.
Auuumm..
Dimulakan dengan bismillah, disudahi dengan Alhamdulillah :-)
Malam tadi aku bercadang untuk minum-minum dengan kawan-kawan di
Restoran Syed Kelana Jaya. Aku hantar beberapa jemputan melalui SMS.
Jom melantit jam 8 malam.
Aku ada urusan di luar pejabat petang semalam, jadinya selepas habis
urusan aku tidak masuk semula pejabat. Terus pergi restoran.
Aku sampai jam 6 petang. Melayukah aku? Layan radio dengar lagu-lagu.
Kemudian pilih meja paling tepi. Pesan Mee goreng telur mata dan
nesface tarik. Maghrib.
Lepas satu.. satu kehadiran mereka. Mulanya sikit lama-lama banyak. Tapak tangan aku ni kasar juga ye.
Sambil makan minum aku buat panggilan telefon dan main SMS.
Pukul 8 lebih E1 datang. Pesan makanan ringan dan minum lagi. Sembang
sampai jam 10 lebih kurang. Aku balik ke rumah, letih, tidur.
Dua jam bersama nyamuk dan dua jam bersama E1, mana nak sama dua jam bersama bini di kampung.
Gambar sekadar hiasan, TNB tak betulkan mesin mereka, tarikh salah, masa pun salah.
Pada 7 Disember 2005.
Pukul 1.30 tengahari aku sampai ke TNB Kepong. Nak bayar deposit meter. Tapi kena tunggu pulak sebab lunch hour habis pukul 2 petang. Bersidai aku di kaki lima menunggu pegawai berkenaan masuk.
Tepat pukul 2 pegawai berkenaan masuk aku pun berjumpa dia dan mintak bil. Selepas ambil bil aku kena ke kaunter satu lagi untuk membayar. Kena ambik angka giliran. Aku dapat nombor 444.
Selepas puluhan orang, tiba giliran aku pula. Kemudian pergi ke pegawai pertama tadi semula memberi satu salinan bil untuk membuat temujanji pemasangan meter.
+++
Ada dalam 16 orang geju datang meeting dan melantit di foodcourt precint 8 Putrajaya. Selepas habis sessi meeting dan melantit aku mengerjakan kereta aku yang pancit tayarnya. Tinggal pulak 1 skrew yang ketat dan degil tak boleh bukak. ND cuba gagal, Superdiman cuba tewas. EP mencuba jurus, kalah juga. Aku dah mandi peluh. Pasang semula semua skrew, pam tayar dan aku menuju stesen minyak.
Dapat telefon dari mak suruh singgah masa balik nanti ada hal. Mak telefon dari public phone sebab tak sedap hati kalau-kalau aku ada masalah. Naluri.
Di stesen minyak aku cuba pam tayar tapi tak naik-naik. Hos pam itu bocor rupanya. Aku pun cari kad insuran dan minta tolong mereka.
Mekanik tu cakap jek aku tak sesuai. Dia guna jek dia. Lama jugak mengerjakan skrew yang paling ketat tu. Tapi akhirnya dia boleh bukak juga.
Upah mengerjakan skrew paling ketat ialah RM55!!!
++++
Di Federal Highway aku perasan radio makin perlahan, lama-lama padam. Jam kereta malap lampunya. Hujan. Sikit sikit lebat. Viper perlahan. Apasal pulak ni?
Sampai di Kota Damansara lampu kereta semalap-malapnya. Aku berhenti depan rumah kakak dan pergi jumpa mak. Rupa-rupanya mak bungkuskan nasi dan lauk. Aku tak lalu nak makan, lagi pun dah pukul 2 pagi. Takde selera.
Di luar kereta tiba-tiba keluar asap berkepul-kepul. Aku panggil abang ipar cakap kereta aku terbakar. Bukak sana, tengok sini. Usik sana usik sini. Tolak tolak tolak. Bukak bukak. Sahlah kipas tak berpusing makanya temperature naik mencanak.
Kereta tinggal di rumah kakak. Aku pinjam motor adik balik ke rumah.
Esok aku kerja naik motor. Harap-harap esok tak hujan.
Senarai barang rosak/ganti;
Buka nut paling ketat - RM55 (harga larut malam)
Thermo Switch - RM48
Wiring - RM50
Set Kunci - RM150
Tukar Tayar 2nd hand - RM40
Kord dicadangkan oleh : Zaki Nor Mohd. (5 Dis 2005), komen kau dialu-alukan.
Belilah CD dan Kaset yang asli, banteras cetak rompak.
Am Dm G
C Am Dm
E
Di lingkaran diamku termanggu terkenangkan kembali
Am Dm G C
Am Dm Am
saat indah aku bersamamu dibelai cinta suci
Am Dm
G C Am Dm
E
sewaktu kelukaan hatiku kau datang dan memberi
Am Dm G
C Am Dm
E
taburan bunga cinta sucimu harum subur di hati
G
C G
C
tapi kini kau pergi tinggalkan aku sendiri
E
Am Dm E
mengusir sepi mengusir rindu terpisah selama-lamanya
F E Am
kau pergi dariku
Am Dm G C Am
Dm
E
titisan air mata di pipiku memanjat doa suci
Am Dm G C
Am Dm E
saat indah aku bersamamu masih tetap di hati
G
C G
C
cintaku pasti untukmu rinduku pasti padamu
G C G C
biar pun kita terpisah jiwa namamu tetap dikalbu
G C G C
kusemadikan cintaku di dalam doa kudusku
G C G C
kepada tuhan aku meminta damailah engkau di sana
F
E
Am
mengadap tuhan yang maha esa
Am Dm G C Am Dm E
titisan air mata di pipiku memanjat doa suci
Am Dm G C Am Dm E
saat indah aku bersamamu masih tetap di hati
Tempat : Pan Mee, Stall No. 6, Food junction, Mid Valley
Tarikh : 2 Dis 2005
Masa : 7.53 malam
Menu : Nasi Goreng Seafood Thai
Biasalah orang bujang.. balik kerja dah lewat tak sempat masak nasik, makan di luar sajalah.
Tertarik kepada udang dan sotong, aku pun cubalah nasi goreng ini. Memang sedap. Puas hati. Kenyang.
Ada sorang kawan aku tu dia makan ayam western. Sebagai pencuci mulut dia second round makan nasi goreng Thai juga. Tapi tersilap kedai, dia dapat kuali hitam. Dia on diet. Kena pantang makan nasik. Kalau nak makan nasik kenalah makan nasik lepas lunch atau lepas dinner :P
Alamat tak lakulah kami, takde orang nak masuk meminang dah. Makan dalam kuali.
sekejap ada
sekejap tiada.. :P
Sebenarnya kuali ni kecik saja. Aku snap dekat-dekat sebab tu nampak besar.
Satu lagi aku nak pesan, lepas makan nasik jangan gatal-gatal nak minum Banana Juice with Milk, macam yang aku buat. Sekali teguk je terus terkesima jadinya.
Jiran aku menegur "Aii.. jadi orang bujang nampak".
"Biasalah.." jawab aku sambil mengunci pintu.
Awek dengan anak-anak semua cuti sekolah di kampung. Aku sorang-sorang di rumah. Kelmarin dua orang adik aku datang, bawak dua buah gitar Kapok. Yang satu pinjam kawan katanya. Yang satu lagi asalnya aku punya, tapi aku dah tak berapa main, aku bagilah adik pakai.
Adik aku sorang pandai main tapi kidal. Yang sorang lagi pandai dengar sajalah termasuk aku.
Malam tadi sorang saja adik yang datang, sorang lagi ada hal katanya. Yang datang ni tak reti main gitar. Takpelah janji ada kawan berborak.
Dah lama aku tak petik gitar, adalah dalam 10 tahun. Terkial-kial jugak bila terlupa kord. Gian punya pasal, sampai pedih-pedih aaa hujung jari dok memicit-micit tali. Picit-punya picit.. perut laparlah pulak. Aku pun masaklah megi.
Tak kuasa aaa nak goreng megi pukul 3.15 pagi. Rendam je dalam air panas.Slurrrrppp!!!
Sambil hirup megi sambil picit-picit gitar. Sampai pedih-pedih hujung jari. Goreng-goreng. Dalam pukul 3.30 pagi baru aku tidur.
Gitar kapok yang aku beli sekitar tahun 1993-1994. Masa tu zaman sekolah menengah. Jimat duit untuk tabungkan beli Kapok. Harga dia RM60 kalau tak salah.
Aku tak gig dengan kawan-kawan. Sifu aku arwah bapak. Aku dengan adik bongsu je yang minat pun nak belajar. Adik-beradik lain tak minat. Tapi adik aku gak yang teror. Aku hampeh sampai sekarang. Bila gitar adik patah, aku bagi yang aku punya ni kepada dia. Dia rajin dan tekun main. Bolehlah setakat layan-layan..
Selepas bapak dah takde. Aku berguru dengan adik aku jelah. Tak taulah bila minat aku ni nak padam, harap pada minat tapi bakat takde pun tak guna gak kan.
Aku tengah dok mencari kord untuk lagu Harum Subur Di Hati - BPR kat internet. Tak jumpa aaa. Korang boleh tolong bagi aku?
Kawan: Aku dengar kau dapat sorang lagi anak, tahniah.
Aku: Terima kasih.
Kawan: Anak lelaki kan..? Apa nama dia?
Aku: Tuahdanish
Kawan: Mak aii.. nama millennium, macam pendekar pun ada. Ni nak panggil Tuah atau Danish?
Aku: Nanang.
Korang pun mungkin ada nama timangan kan? Nama dalam surat beranak dan I.C lain, kat rumah abang dan kakak panggil nama lain, kat sekolah nama lain, kawan-kawan panggil nama lain dan di internet bubuh nickname lain yang kemudian menjadi nama timangan pula.
Tuahdanish mendapat nama timangan Nanang kerana dalam bahasa Jawa ia bermakna budak lelaki (sebutan bakunya LANANG).
Suatu masa dulu aku membonceng motorsikal yang bapak tunggang. Kaki rasa bergetar kerana motorsikal bergetar menempuh jalan tanah merah yang tidak rata. Perut bundar bapak dalam pelukan aku. Kadang-kadang aku dapat pula aroma peluh bapak bersama angin yang ditongkah motorsikalnya itu.
Masa tu aku kecil lagi, arwah bapak aku bagi satu teka-teki. "Banyak-banyak ikan, ikan apa yang paling besar?"
Aku terus jawab, "Ikan PAUS pak."
Bapak aku kata salah. "Sebenarnya ikan paling BESAR ialah ikan yang TERLEPAS."
"Sebab apa pak?" Minda budak aku dipenuhi tanda tanya dan bintang-bintang kekeliruan.
"Iyalah.. kaki pancing kan biasa cakap, ikan yang saya dapat tadi BESAR BETUL .. tapi terlepaslah pulak."
Bapak aku sambung, "Mana ada orang cakap ikan yang terlepas tadi tu KECIK je, selalunya yang terlepas tu mesti BESAR."
Sekarang. Aku cuba aplikasikan benda-terlepas-dalam-hidup-ini, iaitu yang kita tak kesampaian. Kebanyakan yang tak kesampaian itulah yang paling besar, yang paling cantik, yang paling BESH. Yang terlepas itulah yang jadi kenang-kenangan, yang kita anggap paling berharga, yang jadi kesalan, yang jadi dendam, yang jadi rinduan. Ia seumpama satu peluang, peluang itu datang hanyalah sekali, peluang terbaik, dan peluang yang terbaik itulah kau terlepas pula. Seolah-olah takkan ada peluang semacam itu muncul dalam hidup kau.
Entri aku yang semalam, ada kawan-kawan komen. Salah satu komen itu daripada Mat Jan,
Posted by MAT JAN @ 11/28/2005 09:27 PM PST
cinta
agung adalah cinta yg tak kesampaian. romeo dan juliet. uda dan dara.
laila dan majnun. filem titanic. semua kisah cinta agung ni kisah cinta
yg tak kesampaian. kalau org buat cerita cinta yg hero dan heroinnya
berkahwin dapat anak-pinak, itu org tak panggil "cinta agung", org
panggil "romantic comedy".
Oleh sebab aku ni dah berjaya sekarang, dapat pula kahwin, kemudian dapat anak perempuan bernama Aqilah serta anak lelaki bernama Tuahdanish. Maka dengan ini, kamu sekelian jangan muntah pula membaca entri aku akan datang yang bertema 'romantic comedy'.
Tahun depan mungkin kita boleh cadangkan dalam Gathering Genjurnal, Anugerah Weblog Romatic Comedy.
Ok. Teka-teki daripada aku pulak, "Banyak-banyak awek, awek apa yang paling besar?"
Jawapannya ialah awek yang terlepas. Kah kah kah. Cukup ketawa sunat je tu.
Aku ada jumpa seorang awek iaitu kawan kepada awekaku masa sekolah dulu, yang aku ada cuba tackle juga, tapi tak berjaya ho ho ho. Aku jumpa dia masa lawatan ke sebuah syarikat penerbitan, tidak lama dulu. Dia dah jadi wartawan. Masa aku mendengar taklimat terasa "Seperti pernah aku lihat perempuan ini, tapi di mana ya?"
Dan selepas aku tegur dia, dia sapa aku. Sah dia memang dia. Dulu masa sekolah punyalah slim cute comel lote, kalau dapat SUMPAH abang tak cari lain.
Tapi masa aku jumpa dia, kus semangat, gemuknya dia.
"Kau pun apa kurangnya Dugong, bertambah gemuk gak." Katanya dalam ketawa lebar, muka tembam dan mata sepetnya.
Perbualan kami selepas itu tiada yang menarik sangat, cuma berkisar tentang 'romantic comedy'.
Ke manalah kawan-kawan sekolah, hidup lagi atau matikah sudah?
Wahai kawanku, lama tak tengok, adakah kalian makin gemok?
Dulu kawan-kawan aku cakap "tak dapat tengok muka, dapat tengok bumbung rumahnya pun jadilah."
Ini merujuk kepada awek zaman sekolah dulu. Penangan rindu punya pasal. Bila cinta sudah berputik, maka jadilah seperti monyet yang bergayut pada dahan angan-angan.
Aku semacam mempersalahkan diri sendiri, apa perlunya aku belajar ke tingkatan enam. Minggu orientasi pelajar. Berkenalan dengan kawan-kawan baru dari sekolah-sekolah lain. Awek-awek dari sekolah lain. Berkenalan juga dengan dia. Yang jadi kawan sekelas. Dua minit. Dua hari. Dua minggu. Dua bulan. Dua tahun. STPM. Awek masuk maktab jadi cikgu. Diri sendiri bungkus. Awek minta putus. Marah. Bakar surat. Bakar gambar.
Selepas sepuluh tahun. Perut aku semakin boroi. Kawin dengan orang lain. Awek yang akan aku cinta sampai mati. Cinta tulen.
Tapi masalahnya, aku tidak boleh tidak menoleh ke bumbung rumah itu. Kalau balik kampung mesti melintas rumah awek lama, alahai.
"Kita hidup ini sudah tentu ingin mencari yang terbaik, tahun depan insyallalah saya akan menjadi isteri orang. Jadi tak elokllah kalau saya main surat dengan budak lelaki. ...kamu jangan cerita pasal kita dengan kawan-kawan ia akan menyakitkan hati saya."
Tapi aku rasa dia reject aku sebab aku miskin hina masa tu. Kecewa betul bila membayangkan awek dijimak jantan lain.
Bayangkan sekarang ni aku melintas depan rumah dia, tiba-tiba kereta buruk aku ni rosak di simpang masuk rumahnya. Malunya aku, sebab aku masih miskin seperti dulu.
Melihat bumbung rumah, hati menjadi resah. Apasal rasa cemburu, sakit hati, iri hati, dendam tak mau hilang sampai sekarang?
Megi goreng yang aku suka itu bukanlah yang labelnya 'megi goreng' seperti mana pemahaman sesetengah orang. Tapi megi perasa kari yang direndam dalam air panas kemudian ditapis dan selepas itu digoreng macam goreng mee kuning. Kalau kau nak cuba masak sendiri, ini resepinya.
Megi Goreng Double
Bahan-bahan asas ;
2 bungkus megi kari atau kau boleh eksperimen dengan megi perasa lain
100 gm isi ayam (boleh juga tambah sotong, fishcake etc)
2 pokok sawi (kalau nak tambahlah beberapa kelopak kobis, lobak merah etc)
10 sen taugeh
1 sudu kacang tanah yang sudah digoreng dan ditumbuk halus
Bahan tumis ;
3 sudu besar minyak
3 ulas bawang putih ]
5 ulas bawang merah ] tumbuk kasar
3 sudu besar cili giling
sedikit air
1 sudu besar kicap
2 sudu besar tomato sos
Cara membuat ;
1. Megi kari tadi ambil meginya saja manakala perencahnya asingkan. Rendam megi-megi ini dalam air panas mendidih tapi jangan sampai kembang sangat, caranya rendam dalam bekas yang tidak bertutup lebih kurang 1-2 minit.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang sehingga wangi.
3. Masukkan cili giling dan biarkan sehingga naik minyak.
4. Masukkan isi ayam (sotong dan fishcake etc). Kacau rata.
5. Masukkan sedikit air, kicap dan tomato sos. Biarkan mendidih.
6. Masukkan megi & perencah dan biarkan mendidih.
7. Masukkan pula sayuran dan kacau rata. Jika nampak seakan kering..tambahkan sikit air panas.
8. Taburkan kacang tanah tumbuk.
9. Bila nampak sayur layu sikit bolehlah angkat ke dalam pinggan.
Kalau nak hias ;
Taburkan hirisan lada merah dan daun sup. Susunkan hirisan timun ditepi pinggan.
Bahan-bahan ni boleh adjust ikut citarasa kau. Misalnya kalau kau tak suka bawang merah, boleh gunakan bawang putih sahaja. Kalau tak suka taugeh atau sayur pun boleh juga. Nak tambah tauhu pun boleh.
Pecahkan telur di atas megi yang panas lepas tu gaul, nyarm nyarm.. Kalau kau
taruk tiga bungkus megi jadilah dia megi goreng triple. Pendek kata.. suka hati
kaulah asalkan kau bahagia.
Info tambahan :
Masa dulu cikgu aku ada cakap megi ni disaluti dengan sejenis lilin untuk tahan lama. Kalau kau nak makan kau kena rendam megi dalam air panas, kemudian tapis buang
air yang pertama ini. Biasanya airnya kelihatan berminyak, agaknya itulah 'lilin' tersebut. Lilin ni kalau kita makan kerap akan menyelaputi jantung,
menyebabkan denyutan jantung terganggu. Bila kau sakit jantung aktiviti jimak
kau boleh terganggu. Kesan jangka panjangnya tidak baik untuk kesihatan. Kalau cikgu aku tu menipu, maka menipulah info aku ni.
Nasihat aku kepada diri sendiri dan kau semua, buatlah megi berpada-pada buat jahat jangan
sekali ewwah. Sekian, terima kasih.