Tuahdanish sudah seminggu di kampung. Mertua aku yang bela. Untuk sementara.
Aku ayah yang hiba. Dapat anak comel terpaksa terpisah sementara.
Gara-gara kereta rosak, aku guna motorsikal. Aku tak boleh bawak bayi
yang comel ini dengan motorsikal, mana nak letak kakak dia si Aqilah,
mana nak letak mak dia lagi. Kena pula sekarang musim tengkujuh. Bahaya
bawa bayi dalam hujan atas jalan. Rumah pengasuhnya agak jauh.
Masa aku sibuk urusan gath itu hari aku dapat call dari awek, Danish
dah di bawa datuk dan neneknya. Hati mana yang tak jiwa kacau. Dah lah
pagi tu aku cuim sikit saja pipi bulatnya, mana puas. Aku control macho
sampai gath selesai.
Semalam mak telefon, si Danish kurang
sihat. Panik kami. Nak balik kampung macam mana. Runding punya runding,
keputusannya Aqilah dan ibunya balik kampung naik bas, aku tinggal di
sini menguruskan kereta.
- - -
Baru aku tahu
berkorban itu banyak cabangnya. Aku sekarang berkorban kasih sayang.
Aku harap siaplah kereta aku cepat, boleh aku balik kampung pada
perayaan Tahun Baru Cina nanti. Ambil balik anak aku.
Bertuahnya aku mendapat mertua sebaik itu, sudi menjaga anak aku. Berkorban tak cukup tidur, menjaga bayi yang kerap haus.
Aku menonton Gerak Khas. Terpaksa sebenarnya. Macam Tok Rimau, control TV lesap. Aku kena mengalah dengan awek.
Siri Gerak Khas pada malam itu tentang Black Metal, kalau aku tak silap.
Bukan insaf yang aku dapat masa menonton, tapi lawak. Tengok dorang
conteng muka ada yang macam sesetengah ahli gusti. Atau "ahlil musik"
bak kata Nyonya Mangsor, atau band mat salleh kata Abang Naga.
Sebab nak menjimat masa siaran, dorang kerat tangan dulu (kemudian baru
nak rogol, sepatutnya rogol dulu..) tapi tak sempat sebab Gerak Khas
datang.
P/s : Aku sedih pulak hari ni. Aku minat juga menonton WWE. Sebab aku sedih aku baru dapat tahu Eddie Guerrero si ahli gusti hebat dah mati. Innalillah...
Your blog is a peaceful, calming force in the blogosphere. You tend to avoid conflict - you're more likely to share than rant. From your social causes to cute pet photos, your life is a (mostly) open book.
Teka-teki : Banyak-banyak gathering, gathering apa paling besh?
Yang aku dapat.
1) trofi Projek Terbaik (Kategori Luar Forum) 2) trofi Catatan Terbaik (Kategori Menyentuh Emosi) 3) beg kecil berisi doorgift iaitu keychain dan bukunota kalendar 4) kotak belang oren-kuning-putih adalah hadiah untuk Projek Terbaik - tajaan Revecxp http://berjenel.blogspot.com 5) lampu IKEA pula hadiah untuk Catatan Terbaik -tajaan Nett http://kayusakti.fotopages.com 6) antologi dwibahasa (Melayu/Russia) Buluh Seruling - Pemberian Dr. Victor Pogadaev, tetamu VIP dari Universiti Malaya 7) JIWA KACAU, buku bertuah terkandung sebuah persahabatan, air mata, titik peluh, pengorbanan dan harapan Gengjurnal.
Tiada dalam gambar : Doorgift kanak-kanak yang telah dilangsaikan oleh mak kanak-kanak. Serta wang tunai dan tiket penerbangan hahahaha.
Gathering Gengjurnal kali ini disambut secara sederhana tapi meriah. Di bawah bumbung Dewan Serbaguna Precint 8 Putrajaya, kami ahli Gengjurnal menjalankan agenda, menunjuk belang. Persediaan seawal 12 tengahari, majlis di jadualkan bermula 3 petang berlangsung mengikut rancangan. Kalau gath dulu ada Tsunami, kali ini ada hujan lebat sampai malam. Nasib baik buat di dewan, kalaulah acara di tanah lapang alamat berlarilah kami mengelak hujan bak biri-biri yang baru rebonding bulunya yang putih.
TERIMA KASIH Kepada semua penaja, semua penderma, semua AJK terlibat (dan yang tak terlibat), semua tetamu, semua Ahli Gengjurnal dan kepada semua yang menjayakan dan menghangatkan Gathering kali ini.
LOKASI Putrajaya - Siapa tak kenal Putrajaya?
DJ dan MC Attok sebagai DJ, manakala Mat Jan dan Bean sebagai MC. Tahun ini menyaksikan Geju amat maskulin, tiga-tiga lelaki, pompuan tak main :p Attok memastikan suasana tidak sunyi, Mat Jan dan Bean sentiasa membuat audiens tak kering gusi. Kau jangan komplen alat siaraya bunyi bergema atau sound system tak sedap. Salahkan Mat Jan dan Bean sebab suara mereka yang tak sedap :p
DEWAN Nampak banyak tempat kosong. Bukan sebab ramai yang tak datang, tapi sebab kami tempah dewan seluas alam. Kau ada ruang boleh main badminton dan bola tampar di belakang, atau kau boleh buat lumba haram, sambil kami gath dan makan-makan. Pentas kami manipulasikan secukup-cukupnya, tak cukup tarik langsir merah, lampu warna-warni kami main pula.
TETAMU dan KEHADIRAN Tetamu VIP ialah wakil eSastera Prof. Irwan, untuk rekod beliau kabel urusan percetakan Jiwa Kacau. Wakil Universiti Malaya ialah Dr. Victor, dijemput untuk mempersembahkan sajak bahasa Russia sebagai penambah perisa. Wakil media ialah ahli Geju sendiri iaitu Saudara Nazmi. Wakil akhbar Ikon serta wakil PENA yang tak dapat datang, janji Nazmi akan tersiar gath kita dalam media cetak arus perdana.
Kehadiran semuanya lebih kurang 96 orang termasuk dewasa dan kanak-kanak. Ada GEKAH, GEBU, GENGMAKITAM. Ada bawa kamera kompak tak kurang kamera itam. Ramai ahli foto yang pro, tapi tak taulah kalau tangkap gambar main hentam.
PERSEMBAHAN Tayangan multimedia best gila. Air tangan Pak Bear, Tok R, OP, Ayares dan Naga. Gelak keluar air mata. Ada bertema mencuit hati buat orang ketawa, ada juga sentuhan hati buat terkenang kisah lama. Sampai ada tetamu kita berminat untuk usahasama membuat video klip bahasa Russia, peluang tu... peluang... Persembahan nyanyian unplugged oleh ND dan AP amat dahsyat, kalah konsert tahun baru yang black metal buat. Kak Ungku pulak nyanyi, tu pasal hujan makin lebat hahahahaha (aku bergurau kerana suara Kak Ungku memang hebat.) Buat kali pertama kami tayangkan tiger show, err... yang Tok Rimau buat.
MAKAN MINUM Makan lauk ala kadar sahaja. Harap-harap kalian suka. Tak bisa kami lunaskan nafsu semua kerana selera kita ada yang berbeza. Lagi pun kalau nak hidang nasik lemak lauk telur rasa tak kena pula. Hajat nak hidang western food tak cukup belanja, tak pasal-pasal ada yang tercemar di belakang kereta, tergadai body membayarnya.
DOORGIFT Keychain, kalendar-bukunota-pen, jajan, mainan dan lain-lain. Lepas ni Geju boleh buka bisnes cenderamata. Nametag pun bermanfaat simpan buat kenangan atau jadikan penanda buku. Permainan tu untuk budak-budak, bapak budak yang lebih-lebih muka tak malu.
ANUGERAH Tahniah kepada yang menang. Terima kasih kepada yang menaja hadiahnya. Tahun depan kita sediakan sijil pula, nama Geju, Mak Itam dia punya kepala kah kah kah Rata-rata para pemenang mendermakan wang dan tiket penerbangan, cukup bawa balik piala kemenangan.
MAAF Maafkan kalau ada kesilapan secara berkumpulan mau pun peribadi. Sampai di sini saja kemampuan kami.
Nota 1: Attok, Mat Jan dan Bean adalah AJK gathering. AJK yang lain ialah Wkdin selaku penaung, Basri selaku ketua, Nida bendahari, Yadziz-dewan, Salina-doorgift, Langsat-katering, Superdiman-katering, ND-dewan/pentas, Daun-doorgift, Sayangmama-pengangkutan, Zhoulsz-pengangkutan, Nesloice-pengangkutan, Op-zine gath, Rosh, Hana Naim dan para sukarelawan/wati bernama 'hamba Allah'.
Nota 2: Dapatkan Zine Gath (buku aturcara) untuk maklumat lanjut.
Jawapan teka-teki : Gathering yang kau tak datang. Buahahahahahahahaha
Banyak perkara malang yang aku dapat pada penghujung tahun 2005 yang
lalu. Bertimpa-timpa masalah menghempap aku. Masalah kerja, masalah
keluarga, masalah pengangkutan, masalah duit dan lain-lain yang aku
rasa malu nak ceritakan. Masalah orang marhaen. Orang marhaen ni kaya
tak kaya, miskin tak miskin macam tu lah.
Sampaikan bila anak aku lahir, aku namakan dia Tuah. Sekurang-kurangnya
dalam rumah aku ada tuah. Aku harap dan doakan ia bukan hanya tuah pada
nama.
Nasib baik pula aku tiada masalah dengan kawan-kawan. Kawan-kawan yang
aku suka, dalam Gengjurnal misalnya, adalah pendorong dan Gengjurnal
itu sendiri adalah umpama tempat terapi jiwa aku. Aku suka Gengjurnal
sebab ia ada give and take, ada win-win situation dan benda positif
lain.. yang lain kali aku cerita ok.
Pembukaan tahun baru 2006 aku dapat benda gembira. Dalam Gathering
Gengjurnal yang lalu, satu haribulan satu, aku dapat menang berganda
dalam kategori Entri Terbaik Kategori Sentuhan Hati dan Projek Luar
(Forum) Terbaik - Buku Jiwa Kacau. Kebetulan pula majlis itu sendiri
aku kepalanya. I make my day.
Berbaloi rasanya penat naik motor EX5 ke gathering. Kereta aku rosak.
Perjalanan 50.2km dari Mutiara Subang ke Putrajaya. Kalau Kem Lambaian
Danau di Melaka aku boleh pergi, inikan pulak Putrajaya.Lepas majlis
selesai hujan lebat pula. Aku tumpang kereta Jigo pergi makan ke
Alamanda. Cadangnya aku nak buat post-mortem gath dengan para AJK dan
kawan-kawan. Mengucapkan terima kasih kepada semua AJK dan para
sukarela yang banyak berkorban masa, duit dan kesihatan, sudi menaja
itu ini, semata-mata agar Gath05 berjaya. Nak makan western dengan Mat
Jan. Nak join otai Geju meronggeng ke Limau Nipis Bangi.
Tapi..
Aku ada hal keluarga pulak, aku terpaksa balik awal. Mintak tolong Op
hantarkan aku ke dewan semula, sebab aku parking motor kat sana.
Aku rempuh hujan. Aku redah malam. Kasut aku menakung air. Balik ke
rumah dalam sejuk. Hadiah-hadiah aku tumpangkan dalam kereta Spyz tadi.
Dalam pukul 12 malam aku dengar bunyi loceng rumah. Aku dah tertidur
depan sofa depan TV. Aku buka pintu, Mie datang seperti dijanjikan,
mengirimkan hadiah dan banner yang dilipat, yang aku tumpang kepada
Spyz.
Pagi tadi aku ambil kasut basah yang aku cuba keringkan di belakang
peti ais. Masih lembab, macam aku, pada hari yang sebelum-sebelumnya.
Adakah tahun 2006 ini ada tuah untuk aku? Atau lembab macam cuaca Malaya sekarang ini?
P/s : Aku tengah susun gambar dalam proses nak buat The making of Gath05 (gath yang lebih baik daripada Gath06 dan Gath07).
P/p/s : Azam tahun baru aku nak six pack kat perut ha ha ha
Sebuah kereta lama kusyen tidak lagi empuk
warnanya kusam debu-debu terbang
bersama-sama kenangan silam
setiap titisan petrol yang dibakar dalam enjin
adalah keringat kudrat dipulas
tulang empat kerat yang dihempas
kereta lama kerap rosaknya
mati tiba-tiba di tengah jalan
hampanya hati tidak sempat ke destinasi
jadi berkecai kecewa harapan
aku derita kereta lama
kereta aku banyak ragamnya
kerap ke bengkel tidak jua kebah
tidak menang memakai, membeli tidak alah
setahun dua aku menderita
banyak wang terbang kerana dia
kereta lama kian pudar warnanya
karat besi seusia memori
apa gagahnya barang yang lapuk
jasanya tidak dihargai
hujan, panas, reput, lekang
kereta lama walau banyak ragamnya
rosak parah ada saja musibah
seumpama nadi perjalanan
menyusur mencapai impian
sedikit rezeki Tuhan
buruk tidak bermakna hina
buruk bukan pada rupa
baru 'kan jadi lama
nasib akan sama
wahai hati yang tabah bersabarlah
semoga datang hari yang baru
kereta lama ganti baru.
Aku memenuhi undangan komuniti eSastera.com ke acara Hadiah
eSastera.com 2005 (HESCOM '05). Ini acara gathering mereka juga
sebenarnya.
Hasil hubungan yang terjalin antara aku dan boss eSastera sendiri iaitu
Dr. Irwan dalam projek buku Jiwa Kacau. Dr. Irwanlah yang membantu
urusan percetakan melalui saudara Rudy Bluehikari, yang juga 'orang
kuat' komuniti tersebut. Jemputan ini aku anggap suatu penghormatan,
persahabatan yang tidak mungkin dipersiakan.
Majlis diadakan di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya pada hari Ahad 25
Disember 2005 jam 8 malam. Majlis ini dirasmikan oleh SN Datuk A. Samad
Said, dengan kehadiran Saudara Dinsman iaitu penulis buku dan Dr.
Victor A. Pagodaev, seorang Prof. Madya di Universiti Malaya. Mereka
adalah VIP.
Lagi, aku pergi bersama Mie, Founder Gengjurnal. Lagi, aku dan Mie semeja dengan VIP terbabit. Riak. Takabbur.
Semua acara menarik. Best. Seronok. Persembahan mentera. Deklamasi
sajak dan puisi, ada iringan gitar lagi, irama harmonika. Penyair muda
yang berbakat besar. Datuk A. Samad Said memukau dengan puisinya, Dr.
Victor menghiburkan dengan sajak bahasa Russia-nya. Kemuncak acara
penyampaian anugerah seperti Anugerah Penyair Alam Siber (Apas 05),
Anugerah Sajak Jenaka Alam Siber (Asjas 05), Anugerah Cereka Alam Siber
(Acas 05), Anugerah Haiku Melayu Alam Siber (Ahmas 05), Anugerah
Sayembara dan cabutan bertuah.
Aku bukan orang intelek, tapi mungkin kerana ada sesudu otak intelek
dalam kepala aku ini, makanya Tuhan bagi aku peluang duduk di sini,
bersama orang intelek. Aku tak sangka dapat layanan VIP, face2face lagi
dengan Sasterawan Negara, tengok gaya beliau bercakap, gaya makan, gaya
berjalan, gaya bersajak..
Dulu masa sekolah sajak dia dibaca-baca, dihafal-hafal, diingat-ingat,
untuk lulus ujian, untuk lulus periksa. Kemudian ada puisinya melekat
dalam kepala, cerpennya yang seronok sekali dan novel yang jadi
khazanah. Sekarang orangnya depan mata. Aku kawal rasa rendah diri,
buat selamba.
Aku sempat bersembang dengan Dr. Victor yang ramah, sempat berbual
dengan Saudara Dahari selaku AJK majlis, berkenalan dengan ahli-ahli
eSastera yang pertama kali face-2face. Ada juga Gengjurnal iaitu EP dan
Attokz yang ahli eSastera, kecik dunia ni.
Aku sempat promosi Jiwa Kacau kepada Dinsman dan Dr. Victor. Komen Dr.
Victor pasal Jiwa Kacau, "Ini boleh jadikan teks sekolah ini..".
Padahal dia baru tengok cover buku hahahaha
Isteri A. Samad Said aku beri satu naskah, harap-harap Pak Samad sudi
baca. Aku tak sempat berbual banyak dengan Pak Samad, maklum kita dalam
majlis orang, ada agenda ditentukan.
Aku sempat beli dua buku. Pertama bertajuk Sajen dan buku ke dua A
Samad Said - Kehidupan Seorang Seniman Malaysia. Menarik buku kedua ini
beserta dua CD mengisahkan kehidupan Sasterawan Negara ini. Sungguh aku
katakan, buku yang nipis dan CD ini padat dengan maklumat berguna.
Kalau kau nak jadi penulis, dan nak ambil A Samad Said sebagai idola
kau, pergi beli buku ini. CDnya dapat percuma!
Akhir kalam, aku ucapkan terima kasih kepada Dr. Irwan, Rudy dan Dahari
serta semua orang eSastera yang sudi menjemput aku serta Gengjurnal.
Tahniah kepada yang menang anugerah. Terima kasih Mie kerana
menumpangkan aku.
Aku kalau jahat lama dah tikam dia. Lepas tikam dia. Dia mati. Aku boleh ambik pangkat dia. Tapi aku tak jahat.
Ini terbalik. Dia tikam aku. Aku orang bawahan dia maa.. Apa dia nak? Takkan nak rebut pangkat aku pulak.
Kalau tak puas hati dengan aku, sila sound direct.
Pegi cucuk boss buat apa. Satu dunia pun tahu, boss takkan pecat aku.
Malah kalau aku nak berhenti, boss mintak sangat-sangat carikan dulu
seorang serupa aku. Kalau tidak gamaknya boss kena buat kerja-kerja aku.
Aku dengan boss dah 9 tahun. Kau baru 2 tahun. Tapi sebab korang
sama-sama ca ya nun, kau dapat pangkat tinggilah. Aku tak kisah,
pangkat sepakej dengan tanggungjawab pula. Aku tahu bahu aku boleh
pikul seberat mana. Kau dah ambik pangkat tu kenalah ambik
tanggungjwabnya sekali. Ini tidak, menolong haram. Menyusah lagi ada.
Sepatutnya aku tukang buat kau tukang semak (check), bukan menyemak.
Boss pulak tukang luluslah. Boss pulak bukan jenis buta-buta lulus, dia
mahaguru. Boss dulu pun macam aku, dari bawahan. Bukan macam kau, terus
atasan. Kau semua 'blur'.
+++
Bila kau cucuk boss keburukan anak buah kau, secara otomatik kau
menyelak kelemahan kepimpinan kau pada boss. Aku kena sound, kau pun
kena maa. Aku tak rugi apa.
Aku marah dan dendam. Lepas ni kau sendiri mau ingatlah...