MESEJ RINGKAS

Nama:

Email:

Mesej:


                       

 

<< January 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



 
Thursday, January 05, 2006
What Color Should Your Blog or Journal Be?
Your Blog Should Be Blue
Your blog is a peaceful, calming force in the blogosphere.
You tend to avoid conflict - you're more likely to share than rant.
From your social causes to cute pet photos, your life is a (mostly) open book.
What Color Should Your Blog or Journal Be?

Jadi, sempena tahun baru ni tak payahlah kot aku ubah design blog ni yg memang dah biru sejak tahun lepas.


Posted at 08:22 am by dugongsenyum
Comment (1)  

 
Wednesday, January 04, 2006
Laporan Gathering Geng Jurnal 2005/06
Teka-teki : Banyak-banyak gathering, gathering apa paling besh?


Yang aku dapat.



1) trofi Projek Terbaik (Kategori Luar Forum)
2) trofi Catatan Terbaik (Kategori Menyentuh Emosi)
3) beg kecil berisi doorgift iaitu keychain dan bukunota kalendar
4) kotak belang oren-kuning-putih adalah hadiah untuk Projek Terbaik - tajaan Revecxp http://berjenel.blogspot.com
5) lampu IKEA pula hadiah untuk Catatan Terbaik -tajaan Nett http://kayusakti.fotopages.com
6) antologi dwibahasa (Melayu/Russia) Buluh Seruling - Pemberian Dr. Victor Pogadaev, tetamu VIP dari Universiti Malaya
7) JIWA KACAU, buku bertuah terkandung sebuah persahabatan, air mata, titik peluh, pengorbanan dan harapan Gengjurnal.

Tiada dalam gambar : Doorgift kanak-kanak yang telah dilangsaikan oleh mak kanak-kanak. Serta wang tunai dan tiket penerbangan hahahaha.


Gathering Gengjurnal kali ini disambut secara sederhana tapi meriah. Di bawah bumbung Dewan Serbaguna Precint 8 Putrajaya, kami ahli Gengjurnal menjalankan agenda, menunjuk belang. Persediaan seawal 12 tengahari, majlis di jadualkan bermula 3 petang berlangsung mengikut rancangan. Kalau gath dulu ada Tsunami, kali ini ada hujan lebat sampai malam. Nasib baik buat di dewan, kalaulah acara di tanah lapang alamat berlarilah kami mengelak hujan bak biri-biri yang baru rebonding bulunya yang putih.

TERIMA KASIH
Kepada semua penaja, semua penderma, semua AJK terlibat (dan yang tak terlibat), semua tetamu, semua Ahli Gengjurnal dan kepada semua yang menjayakan dan menghangatkan Gathering kali ini.

LOKASI
Putrajaya - Siapa tak kenal Putrajaya?

DJ dan MC
Attok sebagai DJ, manakala Mat Jan dan Bean sebagai MC. Tahun ini menyaksikan Geju amat maskulin, tiga-tiga lelaki, pompuan tak main :p Attok memastikan suasana tidak sunyi, Mat Jan dan Bean sentiasa membuat audiens tak kering gusi. Kau jangan komplen alat siaraya bunyi bergema atau sound system tak sedap. Salahkan Mat Jan dan Bean sebab suara mereka yang tak sedap :p

DEWAN
Nampak banyak tempat kosong. Bukan sebab ramai yang tak datang, tapi sebab kami tempah dewan seluas alam. Kau ada ruang boleh main badminton dan bola tampar di belakang, atau kau boleh buat lumba haram, sambil kami gath dan makan-makan. Pentas kami manipulasikan secukup-cukupnya, tak cukup tarik langsir merah, lampu warna-warni kami main pula.

TETAMU dan KEHADIRAN
Tetamu VIP ialah wakil eSastera Prof. Irwan, untuk rekod beliau kabel urusan percetakan Jiwa Kacau. Wakil Universiti Malaya ialah Dr. Victor, dijemput untuk mempersembahkan sajak bahasa Russia sebagai penambah perisa. Wakil media ialah ahli Geju sendiri iaitu Saudara Nazmi. Wakil akhbar Ikon serta wakil PENA yang tak dapat datang, janji Nazmi akan tersiar gath kita dalam media cetak arus perdana.

Kehadiran semuanya lebih kurang 96 orang termasuk dewasa dan kanak-kanak. Ada GEKAH, GEBU, GENGMAKITAM. Ada bawa kamera kompak tak kurang kamera itam. Ramai ahli foto yang pro, tapi tak taulah kalau tangkap gambar main hentam.

PERSEMBAHAN
Tayangan multimedia best gila. Air tangan Pak Bear, Tok R, OP, Ayares dan Naga. Gelak keluar air mata. Ada bertema mencuit hati buat orang ketawa, ada juga sentuhan hati buat terkenang kisah lama. Sampai ada tetamu kita berminat untuk usahasama membuat video klip bahasa Russia, peluang tu... peluang... Persembahan nyanyian unplugged oleh ND dan AP amat dahsyat, kalah konsert tahun baru yang black metal buat. Kak Ungku pulak nyanyi, tu pasal hujan makin lebat hahahahaha (aku bergurau kerana suara Kak Ungku memang hebat.) Buat kali pertama kami tayangkan tiger show, err... yang Tok Rimau buat.

MAKAN MINUM
Makan lauk ala kadar sahaja. Harap-harap kalian suka. Tak bisa kami lunaskan nafsu semua kerana selera kita ada yang berbeza. Lagi pun kalau nak hidang nasik lemak lauk telur rasa tak kena pula. Hajat nak hidang western food tak cukup belanja, tak pasal-pasal ada yang tercemar di belakang kereta, tergadai body membayarnya.

DOORGIFT
Keychain, kalendar-bukunota-pen, jajan, mainan dan lain-lain. Lepas ni Geju boleh buka bisnes cenderamata. Nametag pun bermanfaat simpan buat kenangan atau jadikan penanda buku. Permainan tu untuk budak-budak, bapak budak yang lebih-lebih muka tak malu.

ANUGERAH
Tahniah kepada yang menang. Terima kasih kepada yang menaja hadiahnya. Tahun depan kita sediakan sijil pula, nama Geju, Mak Itam dia punya kepala kah kah kah
Rata-rata para pemenang mendermakan wang dan tiket penerbangan, cukup bawa balik piala kemenangan.

MAAF
Maafkan kalau ada kesilapan secara berkumpulan mau pun peribadi. Sampai di sini saja kemampuan kami.

Nota 1: Attok, Mat Jan dan Bean adalah AJK gathering. AJK yang lain ialah Wkdin selaku penaung, Basri selaku ketua, Nida bendahari, Yadziz-dewan, Salina-doorgift, Langsat-katering, Superdiman-katering, ND-dewan/pentas, Daun-doorgift, Sayangmama-pengangkutan, Zhoulsz-pengangkutan, Nesloice-pengangkutan, Op-zine gath, Rosh, Hana Naim dan para sukarelawan/wati bernama 'hamba Allah'.

Nota 2: Dapatkan Zine Gath (buku aturcara) untuk maklumat lanjut.

Jawapan teka-teki : Gathering yang kau tak datang. Buahahahahahahahaha


Posted at 11:50 am by dugongsenyum
Comments (5)  

 
Tuesday, January 03, 2006
Tuah tahun baru.
Banyak perkara malang yang aku dapat pada penghujung tahun 2005 yang lalu. Bertimpa-timpa masalah menghempap aku. Masalah kerja, masalah keluarga, masalah pengangkutan, masalah duit dan lain-lain yang aku rasa malu nak ceritakan. Masalah orang marhaen. Orang marhaen ni kaya tak kaya, miskin tak miskin macam tu lah.

Sampaikan bila anak aku lahir, aku namakan dia Tuah. Sekurang-kurangnya dalam rumah aku ada tuah. Aku harap dan doakan ia bukan hanya tuah pada nama.

Nasib baik pula aku tiada masalah dengan kawan-kawan. Kawan-kawan yang aku suka, dalam Gengjurnal misalnya, adalah pendorong dan Gengjurnal itu sendiri adalah umpama tempat terapi jiwa aku. Aku suka Gengjurnal sebab ia ada give and take, ada win-win situation dan benda positif lain.. yang lain kali aku cerita ok.

Pembukaan tahun baru 2006 aku dapat benda gembira. Dalam Gathering Gengjurnal yang lalu, satu haribulan satu, aku dapat menang berganda dalam kategori Entri Terbaik Kategori Sentuhan Hati dan Projek Luar (Forum) Terbaik - Buku Jiwa Kacau. Kebetulan pula majlis itu sendiri aku kepalanya. I make my day.

Berbaloi rasanya penat naik motor EX5 ke gathering. Kereta aku rosak. Perjalanan 50.2km dari Mutiara Subang ke Putrajaya. Kalau Kem Lambaian Danau di Melaka aku boleh pergi, inikan pulak Putrajaya.Lepas majlis selesai hujan lebat pula. Aku tumpang kereta Jigo pergi makan ke Alamanda. Cadangnya aku nak buat post-mortem gath dengan para AJK dan kawan-kawan. Mengucapkan terima kasih kepada semua AJK dan para sukarela yang banyak berkorban masa, duit dan kesihatan, sudi menaja itu ini, semata-mata agar Gath05 berjaya. Nak makan western dengan Mat Jan. Nak join otai Geju meronggeng ke Limau Nipis Bangi.

Tapi..

Aku ada hal keluarga pulak, aku terpaksa balik awal. Mintak tolong Op hantarkan aku ke dewan semula, sebab aku parking motor kat sana.

Aku rempuh hujan. Aku redah malam. Kasut aku menakung air. Balik ke rumah dalam sejuk. Hadiah-hadiah aku tumpangkan dalam kereta Spyz tadi.

Dalam pukul 12 malam aku dengar bunyi loceng rumah. Aku dah tertidur depan sofa depan TV. Aku buka pintu, Mie datang seperti dijanjikan, mengirimkan hadiah dan banner yang dilipat, yang aku tumpang kepada Spyz.

Pagi tadi aku ambil kasut basah yang aku cuba keringkan di belakang peti ais. Masih lembab, macam aku, pada hari yang sebelum-sebelumnya.

Adakah tahun 2006 ini ada tuah untuk aku? Atau lembab macam cuaca Malaya sekarang ini?

P/s : Aku tengah susun gambar dalam proses nak buat The making of Gath05 (gath yang lebih baik daripada Gath06 dan Gath07).

P/p/s : Azam tahun baru aku nak six pack kat perut ha ha ha


Posted at 10:18 am by dugongsenyum
Comments (8)  

 
Thursday, December 29, 2005
Sup kaki ayam.

S.E.D.A.P.


Aku selsema tiga empat hari ini. Balik dari kerja malam-malam. Guna motor pulak. Bertambahlah terdedah kepada sejuk. Rasa nak demam jadinya.

Malam semalam awek aku masakkan sup kaki ayam. Sedap betul! Tengah sejuk-sejuk, hirup sup yang panas-panas. Tak terkata leganya.

Aku suka sup kaki ayam. Tapi ada orang yang geli nak makan, alasan kotor. Ayam suka kais tanah (taik) pakai kaki, kata kawan aku.

Mungkin satu lagi sebab buat orang tak suka, ayam sangat suka berkaki ayam.


Posted at 10:49 am by dugongsenyum
Comments (5)  

 
Tuesday, December 27, 2005
Kereta lama
Sebuah kereta lama kusyen tidak lagi empuk
warnanya kusam debu-debu terbang
bersama-sama kenangan silam

setiap titisan petrol yang dibakar dalam enjin
adalah keringat kudrat dipulas
tulang empat kerat yang dihempas

kereta lama kerap rosaknya
mati tiba-tiba di tengah jalan
hampanya hati tidak sempat ke destinasi
jadi berkecai kecewa harapan
aku derita kereta lama

kereta aku banyak ragamnya
kerap ke bengkel tidak jua kebah
tidak menang memakai, membeli tidak alah
setahun dua aku menderita
banyak wang terbang kerana dia

kereta lama kian pudar warnanya
karat besi seusia memori
apa gagahnya barang yang lapuk
jasanya tidak dihargai
hujan, panas, reput, lekang

kereta lama walau banyak ragamnya
rosak parah ada saja musibah
seumpama nadi perjalanan
menyusur mencapai impian
sedikit rezeki Tuhan

buruk tidak bermakna hina
buruk bukan pada rupa
baru 'kan jadi lama
nasib akan sama

wahai hati yang tabah bersabarlah
semoga datang hari yang baru
kereta lama ganti baru.

DS
Mutiara Subang
27 Dis 2005, 2.22 am

Posted at 11:32 am by dugongsenyum
Comment (1)  

Bersemuka dengan Sasterawan Negara
Aku memenuhi undangan komuniti eSastera.com ke acara Hadiah eSastera.com 2005 (HESCOM '05).  Ini acara gathering mereka juga sebenarnya.

Hasil hubungan yang terjalin antara aku dan boss eSastera sendiri iaitu Dr. Irwan dalam projek buku Jiwa Kacau. Dr. Irwanlah yang membantu urusan percetakan melalui saudara Rudy Bluehikari, yang juga 'orang kuat' komuniti tersebut. Jemputan ini aku anggap suatu penghormatan, persahabatan yang tidak mungkin dipersiakan.

Majlis diadakan di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya pada hari Ahad 25 Disember 2005 jam 8 malam. Majlis ini dirasmikan oleh SN Datuk A. Samad Said, dengan kehadiran Saudara Dinsman iaitu penulis buku dan Dr. Victor A. Pagodaev, seorang Prof. Madya di Universiti Malaya. Mereka adalah VIP.

Lagi, aku pergi bersama Mie, Founder Gengjurnal. Lagi, aku dan Mie semeja dengan VIP terbabit. Riak. Takabbur.

Semua acara menarik. Best. Seronok. Persembahan mentera. Deklamasi sajak dan puisi, ada iringan gitar lagi, irama harmonika. Penyair muda yang berbakat besar. Datuk A. Samad Said memukau dengan puisinya, Dr. Victor menghiburkan dengan sajak bahasa Russia-nya. Kemuncak acara penyampaian anugerah seperti Anugerah Penyair Alam Siber (Apas 05), Anugerah Sajak Jenaka Alam Siber (Asjas 05), Anugerah Cereka Alam Siber (Acas 05), Anugerah Haiku Melayu Alam Siber (Ahmas 05), Anugerah Sayembara dan cabutan bertuah.

Aku bukan orang intelek, tapi mungkin kerana ada sesudu otak intelek dalam kepala aku ini, makanya Tuhan bagi aku peluang duduk di sini, bersama orang intelek. Aku tak sangka dapat layanan VIP, face2face lagi dengan Sasterawan Negara, tengok gaya beliau bercakap, gaya makan, gaya berjalan, gaya bersajak..

Dulu masa sekolah sajak dia dibaca-baca, dihafal-hafal, diingat-ingat, untuk lulus ujian, untuk lulus periksa. Kemudian ada puisinya melekat dalam kepala, cerpennya yang seronok sekali dan novel yang jadi khazanah. Sekarang orangnya depan mata. Aku kawal rasa rendah diri, buat selamba.

Aku sempat bersembang dengan Dr. Victor yang ramah, sempat berbual dengan Saudara Dahari selaku AJK majlis, berkenalan dengan ahli-ahli eSastera yang pertama kali face-2face. Ada juga Gengjurnal iaitu EP dan Attokz yang ahli eSastera, kecik dunia ni.

Aku sempat promosi Jiwa Kacau kepada Dinsman dan Dr. Victor. Komen Dr. Victor pasal Jiwa Kacau, "Ini boleh jadikan teks sekolah ini..". Padahal dia baru tengok cover buku hahahaha

Isteri A. Samad Said aku beri satu naskah, harap-harap Pak Samad sudi baca. Aku tak sempat berbual banyak dengan Pak Samad, maklum kita dalam majlis orang, ada agenda ditentukan.

Aku sempat beli dua buku. Pertama bertajuk Sajen dan buku ke dua A Samad Said - Kehidupan Seorang Seniman Malaysia. Menarik buku kedua ini beserta dua CD mengisahkan kehidupan Sasterawan Negara ini. Sungguh aku katakan, buku yang nipis dan CD ini padat dengan maklumat berguna. Kalau kau nak jadi penulis, dan nak ambil A Samad Said sebagai idola kau, pergi beli buku ini. CDnya dapat percuma!

Akhir kalam, aku ucapkan terima kasih kepada Dr. Irwan, Rudy dan Dahari serta semua orang eSastera yang sudi menjemput aku serta Gengjurnal. Tahniah kepada yang menang anugerah. Terima kasih Mie kerana menumpangkan aku.

Posted at 11:30 am by dugongsenyum
Comments (2)  

 
Thursday, December 22, 2005
Kawan makan kawan
Aku kena tikam dari belakang.

kimak betul.

Aku kalau jahat lama dah tikam dia. Lepas tikam dia. Dia mati. Aku boleh ambik pangkat dia. Tapi aku tak jahat.

Ini terbalik. Dia tikam aku. Aku orang bawahan dia maa.. Apa dia nak? Takkan nak rebut pangkat aku pulak.

Kalau tak puas hati dengan aku, sila sound direct.

Pegi cucuk boss buat apa. Satu dunia pun tahu, boss takkan pecat aku. Malah kalau aku nak berhenti, boss mintak sangat-sangat carikan dulu seorang serupa aku. Kalau tidak gamaknya boss kena buat kerja-kerja aku.

Aku dengan boss dah 9 tahun. Kau baru 2 tahun. Tapi sebab korang sama-sama ca ya nun, kau dapat pangkat tinggilah. Aku tak kisah, pangkat sepakej dengan tanggungjawab pula. Aku tahu bahu aku boleh pikul seberat mana. Kau dah ambik pangkat tu kenalah ambik tanggungjwabnya sekali. Ini tidak, menolong haram. Menyusah lagi ada.

Sepatutnya aku tukang buat kau tukang semak (check), bukan menyemak. Boss pulak tukang luluslah. Boss pulak bukan jenis buta-buta lulus, dia mahaguru. Boss dulu pun macam aku, dari bawahan. Bukan macam kau, terus atasan. Kau semua 'blur'.

+++

Bila kau cucuk boss keburukan anak buah kau, secara otomatik kau menyelak kelemahan kepimpinan kau pada boss. Aku kena sound, kau pun kena maa. Aku tak rugi apa.

Aku marah dan dendam. Lepas ni kau sendiri mau ingatlah...

Posted at 01:08 pm by dugongsenyum
Comments (5)  

 
Tuesday, December 20, 2005
Cucur udang.
Adik aku nama Berkat. Nama sebenar. (Dia tak hensem, jangan cakap pada dia tau.)

Ahad lepas aku, adik-adik dan mak jalan-jalan cari makan. Jumpa restoran ini. Nama macam adik aku. Dia perasan. Mintak aku ambil gambar. Gambar dari telefon bimbit Nokia 3220, tiada software yang sesuai nak sambung ke PC. Jadinya aku email, kemudian print.


Ini bukan tuan punya kedai.

Cucur udang di restoran ini sedap, rangup dan besar nyarm nyarm nyarm. Gadis kaunternya pun ayu jelita putih melepak, nyarm nyarm nyarm.


Auuumm..

Dimulakan dengan bismillah, disudahi dengan Alhamdulillah :-)

Posted at 05:31 pm by dugongsenyum
Comments (2)  

 
Wednesday, December 14, 2005
Mereka hanya serangga
Malam tadi aku bercadang untuk minum-minum dengan kawan-kawan di Restoran Syed Kelana Jaya. Aku hantar beberapa jemputan melalui SMS. Jom melantit jam 8 malam.

Aku ada urusan di luar pejabat petang semalam, jadinya selepas habis urusan aku tidak masuk semula pejabat. Terus pergi restoran.

Aku sampai jam 6 petang. Melayukah aku? Layan radio dengar lagu-lagu. Kemudian pilih meja paling tepi. Pesan Mee goreng telur mata dan nesface tarik. Maghrib.

Lepas satu.. satu kehadiran mereka. Mulanya sikit lama-lama banyak. Tapak tangan aku ni kasar juga ye.

Sambil makan minum aku buat panggilan telefon dan main SMS.

Pukul 8 lebih E1 datang. Pesan makanan ringan dan minum lagi. Sembang sampai jam 10 lebih kurang. Aku balik ke rumah, letih, tidur.

Dua jam bersama nyamuk dan dua jam bersama E1, mana nak sama dua jam bersama bini di kampung.

Posted at 04:06 pm by dugongsenyum
Comments (2)  

 
Thursday, December 08, 2005
Kereta Rosak Lagi

Gambar sekadar hiasan, TNB tak betulkan mesin mereka, tarikh salah, masa pun salah.



Pada 7 Disember 2005.

Pukul 1.30 tengahari aku sampai ke TNB Kepong. Nak bayar deposit meter. Tapi kena tunggu pulak sebab lunch hour habis pukul 2 petang. Bersidai aku di kaki lima menunggu pegawai berkenaan masuk.

Tepat pukul 2 pegawai berkenaan masuk aku pun berjumpa dia dan mintak bil. Selepas ambil bil aku kena ke kaunter satu lagi untuk membayar. Kena ambik angka giliran. Aku dapat nombor 444.

Selepas puluhan orang, tiba giliran aku pula. Kemudian pergi ke pegawai pertama tadi semula memberi satu salinan bil untuk membuat temujanji pemasangan meter.

+++
Ada dalam 16 orang geju datang meeting dan melantit di foodcourt precint 8 Putrajaya. Selepas habis sessi meeting dan melantit aku mengerjakan kereta aku yang pancit tayarnya. Tinggal pulak 1 skrew yang ketat dan degil tak boleh bukak. ND cuba gagal, Superdiman cuba tewas. EP mencuba jurus, kalah juga. Aku dah mandi peluh. Pasang semula semua skrew, pam tayar dan aku menuju stesen minyak.

Dapat telefon dari mak suruh singgah masa balik nanti ada hal. Mak telefon dari public phone sebab tak sedap hati kalau-kalau aku ada masalah. Naluri.

Di stesen minyak aku cuba pam tayar tapi tak naik-naik. Hos pam itu bocor rupanya. Aku pun cari kad insuran dan minta tolong mereka.

Mekanik tu cakap jek aku tak sesuai. Dia guna jek dia. Lama jugak mengerjakan skrew yang paling ketat tu. Tapi akhirnya dia boleh bukak juga.

Upah mengerjakan skrew paling ketat ialah RM55!!!

++++
Di Federal Highway aku perasan radio makin perlahan, lama-lama padam. Jam kereta malap lampunya. Hujan. Sikit sikit lebat. Viper perlahan. Apasal pulak ni?

Sampai di Kota Damansara lampu kereta semalap-malapnya. Aku berhenti depan rumah kakak dan pergi jumpa mak. Rupa-rupanya mak bungkuskan nasi dan lauk. Aku tak lalu nak makan, lagi pun dah pukul 2 pagi. Takde selera.

Di luar kereta tiba-tiba keluar asap berkepul-kepul. Aku panggil abang ipar cakap kereta aku terbakar. Bukak sana, tengok sini. Usik sana usik sini. Tolak tolak tolak. Bukak bukak. Sahlah kipas tak berpusing makanya temperature naik mencanak.

Kereta tinggal di rumah kakak. Aku pinjam motor adik balik ke rumah.

Esok aku kerja naik motor. Harap-harap esok tak hujan.

Senarai barang rosak/ganti;
Buka nut paling ketat - RM55 (harga larut malam)
Thermo Switch - RM48
Wiring - RM50
Set Kunci - RM150
Tukar Tayar 2nd hand - RM40

Posted at 09:35 am by dugongsenyum
Comments (8)  

Next Page