Banyak perkara malang yang aku dapat pada penghujung tahun 2005 yang
lalu. Bertimpa-timpa masalah menghempap aku. Masalah kerja, masalah
keluarga, masalah pengangkutan, masalah duit dan lain-lain yang aku
rasa malu nak ceritakan. Masalah orang marhaen. Orang marhaen ni kaya
tak kaya, miskin tak miskin macam tu lah.
Sampaikan bila anak aku lahir, aku namakan dia Tuah. Sekurang-kurangnya
dalam rumah aku ada tuah. Aku harap dan doakan ia bukan hanya tuah pada
nama.
Nasib baik pula aku tiada masalah dengan kawan-kawan. Kawan-kawan yang
aku suka, dalam Gengjurnal misalnya, adalah pendorong dan Gengjurnal
itu sendiri adalah umpama tempat terapi jiwa aku. Aku suka Gengjurnal
sebab ia ada give and take, ada win-win situation dan benda positif
lain.. yang lain kali aku cerita ok.
Pembukaan tahun baru 2006 aku dapat benda gembira. Dalam Gathering
Gengjurnal yang lalu, satu haribulan satu, aku dapat menang berganda
dalam kategori Entri Terbaik Kategori Sentuhan Hati dan Projek Luar
(Forum) Terbaik - Buku Jiwa Kacau. Kebetulan pula majlis itu sendiri
aku kepalanya. I make my day.
Berbaloi rasanya penat naik motor EX5 ke gathering. Kereta aku rosak.
Perjalanan 50.2km dari Mutiara Subang ke Putrajaya. Kalau Kem Lambaian
Danau di Melaka aku boleh pergi, inikan pulak Putrajaya.Lepas majlis
selesai hujan lebat pula. Aku tumpang kereta Jigo pergi makan ke
Alamanda. Cadangnya aku nak buat post-mortem gath dengan para AJK dan
kawan-kawan. Mengucapkan terima kasih kepada semua AJK dan para
sukarela yang banyak berkorban masa, duit dan kesihatan, sudi menaja
itu ini, semata-mata agar Gath05 berjaya. Nak makan western dengan Mat
Jan. Nak join otai Geju meronggeng ke Limau Nipis Bangi.
Tapi..
Aku ada hal keluarga pulak, aku terpaksa balik awal. Mintak tolong Op
hantarkan aku ke dewan semula, sebab aku parking motor kat sana.
Aku rempuh hujan. Aku redah malam. Kasut aku menakung air. Balik ke
rumah dalam sejuk. Hadiah-hadiah aku tumpangkan dalam kereta Spyz tadi.
Dalam pukul 12 malam aku dengar bunyi loceng rumah. Aku dah tertidur
depan sofa depan TV. Aku buka pintu, Mie datang seperti dijanjikan,
mengirimkan hadiah dan banner yang dilipat, yang aku tumpang kepada
Spyz.
Pagi tadi aku ambil kasut basah yang aku cuba keringkan di belakang
peti ais. Masih lembab, macam aku, pada hari yang sebelum-sebelumnya.
Adakah tahun 2006 ini ada tuah untuk aku? Atau lembab macam cuaca Malaya sekarang ini?
P/s : Aku tengah susun gambar dalam proses nak buat The making of Gath05 (gath yang lebih baik daripada Gath06 dan Gath07).
P/p/s : Azam tahun baru aku nak six pack kat perut ha ha ha
Sebuah kereta lama kusyen tidak lagi empuk
warnanya kusam debu-debu terbang
bersama-sama kenangan silam
setiap titisan petrol yang dibakar dalam enjin
adalah keringat kudrat dipulas
tulang empat kerat yang dihempas
kereta lama kerap rosaknya
mati tiba-tiba di tengah jalan
hampanya hati tidak sempat ke destinasi
jadi berkecai kecewa harapan
aku derita kereta lama
kereta aku banyak ragamnya
kerap ke bengkel tidak jua kebah
tidak menang memakai, membeli tidak alah
setahun dua aku menderita
banyak wang terbang kerana dia
kereta lama kian pudar warnanya
karat besi seusia memori
apa gagahnya barang yang lapuk
jasanya tidak dihargai
hujan, panas, reput, lekang
kereta lama walau banyak ragamnya
rosak parah ada saja musibah
seumpama nadi perjalanan
menyusur mencapai impian
sedikit rezeki Tuhan
buruk tidak bermakna hina
buruk bukan pada rupa
baru 'kan jadi lama
nasib akan sama
wahai hati yang tabah bersabarlah
semoga datang hari yang baru
kereta lama ganti baru.
Aku memenuhi undangan komuniti eSastera.com ke acara Hadiah
eSastera.com 2005 (HESCOM '05). Ini acara gathering mereka juga
sebenarnya.
Hasil hubungan yang terjalin antara aku dan boss eSastera sendiri iaitu
Dr. Irwan dalam projek buku Jiwa Kacau. Dr. Irwanlah yang membantu
urusan percetakan melalui saudara Rudy Bluehikari, yang juga 'orang
kuat' komuniti tersebut. Jemputan ini aku anggap suatu penghormatan,
persahabatan yang tidak mungkin dipersiakan.
Majlis diadakan di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya pada hari Ahad 25
Disember 2005 jam 8 malam. Majlis ini dirasmikan oleh SN Datuk A. Samad
Said, dengan kehadiran Saudara Dinsman iaitu penulis buku dan Dr.
Victor A. Pagodaev, seorang Prof. Madya di Universiti Malaya. Mereka
adalah VIP.
Lagi, aku pergi bersama Mie, Founder Gengjurnal. Lagi, aku dan Mie semeja dengan VIP terbabit. Riak. Takabbur.
Semua acara menarik. Best. Seronok. Persembahan mentera. Deklamasi
sajak dan puisi, ada iringan gitar lagi, irama harmonika. Penyair muda
yang berbakat besar. Datuk A. Samad Said memukau dengan puisinya, Dr.
Victor menghiburkan dengan sajak bahasa Russia-nya. Kemuncak acara
penyampaian anugerah seperti Anugerah Penyair Alam Siber (Apas 05),
Anugerah Sajak Jenaka Alam Siber (Asjas 05), Anugerah Cereka Alam Siber
(Acas 05), Anugerah Haiku Melayu Alam Siber (Ahmas 05), Anugerah
Sayembara dan cabutan bertuah.
Aku bukan orang intelek, tapi mungkin kerana ada sesudu otak intelek
dalam kepala aku ini, makanya Tuhan bagi aku peluang duduk di sini,
bersama orang intelek. Aku tak sangka dapat layanan VIP, face2face lagi
dengan Sasterawan Negara, tengok gaya beliau bercakap, gaya makan, gaya
berjalan, gaya bersajak..
Dulu masa sekolah sajak dia dibaca-baca, dihafal-hafal, diingat-ingat,
untuk lulus ujian, untuk lulus periksa. Kemudian ada puisinya melekat
dalam kepala, cerpennya yang seronok sekali dan novel yang jadi
khazanah. Sekarang orangnya depan mata. Aku kawal rasa rendah diri,
buat selamba.
Aku sempat bersembang dengan Dr. Victor yang ramah, sempat berbual
dengan Saudara Dahari selaku AJK majlis, berkenalan dengan ahli-ahli
eSastera yang pertama kali face-2face. Ada juga Gengjurnal iaitu EP dan
Attokz yang ahli eSastera, kecik dunia ni.
Aku sempat promosi Jiwa Kacau kepada Dinsman dan Dr. Victor. Komen Dr.
Victor pasal Jiwa Kacau, "Ini boleh jadikan teks sekolah ini..".
Padahal dia baru tengok cover buku hahahaha
Isteri A. Samad Said aku beri satu naskah, harap-harap Pak Samad sudi
baca. Aku tak sempat berbual banyak dengan Pak Samad, maklum kita dalam
majlis orang, ada agenda ditentukan.
Aku sempat beli dua buku. Pertama bertajuk Sajen dan buku ke dua A
Samad Said - Kehidupan Seorang Seniman Malaysia. Menarik buku kedua ini
beserta dua CD mengisahkan kehidupan Sasterawan Negara ini. Sungguh aku
katakan, buku yang nipis dan CD ini padat dengan maklumat berguna.
Kalau kau nak jadi penulis, dan nak ambil A Samad Said sebagai idola
kau, pergi beli buku ini. CDnya dapat percuma!
Akhir kalam, aku ucapkan terima kasih kepada Dr. Irwan, Rudy dan Dahari
serta semua orang eSastera yang sudi menjemput aku serta Gengjurnal.
Tahniah kepada yang menang anugerah. Terima kasih Mie kerana
menumpangkan aku.
Aku kalau jahat lama dah tikam dia. Lepas tikam dia. Dia mati. Aku boleh ambik pangkat dia. Tapi aku tak jahat.
Ini terbalik. Dia tikam aku. Aku orang bawahan dia maa.. Apa dia nak? Takkan nak rebut pangkat aku pulak.
Kalau tak puas hati dengan aku, sila sound direct.
Pegi cucuk boss buat apa. Satu dunia pun tahu, boss takkan pecat aku.
Malah kalau aku nak berhenti, boss mintak sangat-sangat carikan dulu
seorang serupa aku. Kalau tidak gamaknya boss kena buat kerja-kerja aku.
Aku dengan boss dah 9 tahun. Kau baru 2 tahun. Tapi sebab korang
sama-sama ca ya nun, kau dapat pangkat tinggilah. Aku tak kisah,
pangkat sepakej dengan tanggungjawab pula. Aku tahu bahu aku boleh
pikul seberat mana. Kau dah ambik pangkat tu kenalah ambik
tanggungjwabnya sekali. Ini tidak, menolong haram. Menyusah lagi ada.
Sepatutnya aku tukang buat kau tukang semak (check), bukan menyemak.
Boss pulak tukang luluslah. Boss pulak bukan jenis buta-buta lulus, dia
mahaguru. Boss dulu pun macam aku, dari bawahan. Bukan macam kau, terus
atasan. Kau semua 'blur'.
+++
Bila kau cucuk boss keburukan anak buah kau, secara otomatik kau
menyelak kelemahan kepimpinan kau pada boss. Aku kena sound, kau pun
kena maa. Aku tak rugi apa.
Aku marah dan dendam. Lepas ni kau sendiri mau ingatlah...
Adik aku nama Berkat. Nama sebenar. (Dia tak hensem, jangan cakap pada dia tau.)
Ahad lepas aku, adik-adik dan mak jalan-jalan cari makan. Jumpa
restoran ini. Nama macam adik aku. Dia perasan. Mintak aku ambil
gambar. Gambar dari telefon bimbit Nokia 3220, tiada software yang
sesuai nak sambung ke PC. Jadinya aku email, kemudian print.
Ini bukan tuan punya kedai.
Cucur udang di restoran ini sedap, rangup dan besar nyarm nyarm nyarm.
Gadis kaunternya pun ayu jelita putih melepak, nyarm nyarm nyarm.
Auuumm..
Dimulakan dengan bismillah, disudahi dengan Alhamdulillah :-)
Malam tadi aku bercadang untuk minum-minum dengan kawan-kawan di
Restoran Syed Kelana Jaya. Aku hantar beberapa jemputan melalui SMS.
Jom melantit jam 8 malam.
Aku ada urusan di luar pejabat petang semalam, jadinya selepas habis
urusan aku tidak masuk semula pejabat. Terus pergi restoran.
Aku sampai jam 6 petang. Melayukah aku? Layan radio dengar lagu-lagu.
Kemudian pilih meja paling tepi. Pesan Mee goreng telur mata dan
nesface tarik. Maghrib.
Lepas satu.. satu kehadiran mereka. Mulanya sikit lama-lama banyak. Tapak tangan aku ni kasar juga ye.
Sambil makan minum aku buat panggilan telefon dan main SMS.
Pukul 8 lebih E1 datang. Pesan makanan ringan dan minum lagi. Sembang
sampai jam 10 lebih kurang. Aku balik ke rumah, letih, tidur.
Dua jam bersama nyamuk dan dua jam bersama E1, mana nak sama dua jam bersama bini di kampung.
Gambar sekadar hiasan, TNB tak betulkan mesin mereka, tarikh salah, masa pun salah.
Pada 7 Disember 2005.
Pukul 1.30 tengahari aku sampai ke TNB Kepong. Nak bayar deposit meter. Tapi kena tunggu pulak sebab lunch hour habis pukul 2 petang. Bersidai aku di kaki lima menunggu pegawai berkenaan masuk.
Tepat pukul 2 pegawai berkenaan masuk aku pun berjumpa dia dan mintak bil. Selepas ambil bil aku kena ke kaunter satu lagi untuk membayar. Kena ambik angka giliran. Aku dapat nombor 444.
Selepas puluhan orang, tiba giliran aku pula. Kemudian pergi ke pegawai pertama tadi semula memberi satu salinan bil untuk membuat temujanji pemasangan meter.
+++
Ada dalam 16 orang geju datang meeting dan melantit di foodcourt precint 8 Putrajaya. Selepas habis sessi meeting dan melantit aku mengerjakan kereta aku yang pancit tayarnya. Tinggal pulak 1 skrew yang ketat dan degil tak boleh bukak. ND cuba gagal, Superdiman cuba tewas. EP mencuba jurus, kalah juga. Aku dah mandi peluh. Pasang semula semua skrew, pam tayar dan aku menuju stesen minyak.
Dapat telefon dari mak suruh singgah masa balik nanti ada hal. Mak telefon dari public phone sebab tak sedap hati kalau-kalau aku ada masalah. Naluri.
Di stesen minyak aku cuba pam tayar tapi tak naik-naik. Hos pam itu bocor rupanya. Aku pun cari kad insuran dan minta tolong mereka.
Mekanik tu cakap jek aku tak sesuai. Dia guna jek dia. Lama jugak mengerjakan skrew yang paling ketat tu. Tapi akhirnya dia boleh bukak juga.
Upah mengerjakan skrew paling ketat ialah RM55!!!
++++
Di Federal Highway aku perasan radio makin perlahan, lama-lama padam. Jam kereta malap lampunya. Hujan. Sikit sikit lebat. Viper perlahan. Apasal pulak ni?
Sampai di Kota Damansara lampu kereta semalap-malapnya. Aku berhenti depan rumah kakak dan pergi jumpa mak. Rupa-rupanya mak bungkuskan nasi dan lauk. Aku tak lalu nak makan, lagi pun dah pukul 2 pagi. Takde selera.
Di luar kereta tiba-tiba keluar asap berkepul-kepul. Aku panggil abang ipar cakap kereta aku terbakar. Bukak sana, tengok sini. Usik sana usik sini. Tolak tolak tolak. Bukak bukak. Sahlah kipas tak berpusing makanya temperature naik mencanak.
Kereta tinggal di rumah kakak. Aku pinjam motor adik balik ke rumah.
Esok aku kerja naik motor. Harap-harap esok tak hujan.
Senarai barang rosak/ganti;
Buka nut paling ketat - RM55 (harga larut malam)
Thermo Switch - RM48
Wiring - RM50
Set Kunci - RM150
Tukar Tayar 2nd hand - RM40
Kord dicadangkan oleh : Zaki Nor Mohd. (5 Dis 2005), komen kau dialu-alukan.
Belilah CD dan Kaset yang asli, banteras cetak rompak.
Am Dm G
C Am Dm
E
Di lingkaran diamku termanggu terkenangkan kembali
Am Dm G C
Am Dm Am
saat indah aku bersamamu dibelai cinta suci
Am Dm
G C Am Dm
E
sewaktu kelukaan hatiku kau datang dan memberi
Am Dm G
C Am Dm
E
taburan bunga cinta sucimu harum subur di hati
G
C G
C
tapi kini kau pergi tinggalkan aku sendiri
E
Am Dm E
mengusir sepi mengusir rindu terpisah selama-lamanya
F E Am
kau pergi dariku
Am Dm G C Am
Dm
E
titisan air mata di pipiku memanjat doa suci
Am Dm G C
Am Dm E
saat indah aku bersamamu masih tetap di hati
G
C G
C
cintaku pasti untukmu rinduku pasti padamu
G C G C
biar pun kita terpisah jiwa namamu tetap dikalbu
G C G C
kusemadikan cintaku di dalam doa kudusku
G C G C
kepada tuhan aku meminta damailah engkau di sana
F
E
Am
mengadap tuhan yang maha esa
Am Dm G C Am Dm E
titisan air mata di pipiku memanjat doa suci
Am Dm G C Am Dm E
saat indah aku bersamamu masih tetap di hati
Tempat : Pan Mee, Stall No. 6, Food junction, Mid Valley
Tarikh : 2 Dis 2005
Masa : 7.53 malam
Menu : Nasi Goreng Seafood Thai
Biasalah orang bujang.. balik kerja dah lewat tak sempat masak nasik, makan di luar sajalah.
Tertarik kepada udang dan sotong, aku pun cubalah nasi goreng ini. Memang sedap. Puas hati. Kenyang.
Ada sorang kawan aku tu dia makan ayam western. Sebagai pencuci mulut dia second round makan nasi goreng Thai juga. Tapi tersilap kedai, dia dapat kuali hitam. Dia on diet. Kena pantang makan nasik. Kalau nak makan nasik kenalah makan nasik lepas lunch atau lepas dinner :P
Alamat tak lakulah kami, takde orang nak masuk meminang dah. Makan dalam kuali.
sekejap ada
sekejap tiada.. :P
Sebenarnya kuali ni kecik saja. Aku snap dekat-dekat sebab tu nampak besar.
Satu lagi aku nak pesan, lepas makan nasik jangan gatal-gatal nak minum Banana Juice with Milk, macam yang aku buat. Sekali teguk je terus terkesima jadinya.