Tahun 1990.
Aku bersekolah sessi petang. Sekolah buat
aktiviti ko-ko pada sebelah pagi. Habis aktiviti ko-ko kawan-kawan ajak
lepak kat pekan. Masa itu kenderaan yang kami ada basikal, rumah
berbelas kilometer dari sekolah. Jadi, rasa tak berbaloi kalau lepas
ko-ko balik ke rumah, sebab nanti kena patah balik ke sekolah juga.
Kalau ada jadual ko-ko, kami bawa t-shirt spare.
Tapi hari tu aku tak bawa t-shirt spare. Dengan uniform sekolah aku ikut kawan jalan-jalan ke pekan.
"Ke mana kita?" Aku ajukan soalan kepada Ijam.
"Kelas komputer" Jawabnya.
Aku teruja dengan jawaban itu. Wow! Seronoknya tengok orang belajar komputer.
Dalam kelas komputer itu aku nampak orang-orang tekun mengadap komputer
masing-masing. Di suatu sudut aku nampak Chin Thiyak, Pakai seluar
pendek dengan t-shirt saja, tekun dia belajar. Aku dekati dia dan tegur
dia. Chin Thiyak ni ketua tingkatan di kelas aku.
"Oit dude, you mau cuba, saya belanja." Dia bangkit dari kerusi bagi aku duduk cuba.
Aku buat sekejap je, sebab tak berapa reti.
Tiba-tiba datang seorang kawan, dia kat sekolah dalam kelas lain. Aku 3 Dahlia dia 3 Ros. Dia pegang bahu aku.
"Kau pakai uniform, berani masuk sini... elok kau blah nanti susah."
Aku terpinga-pinga. Dia kemudian mencari komputer yang takde orang untuk dia gunakan pula.
Lurus bendul betul aku masa tu.
Ini bukan cerita kali pertama aku masuk kelas komputer. Tapi ini cerita
kali pertama aku masuk kedai mesin kuda. Ces! tertipu aku.
Rancangan Bacaan Tambahan ;
Cerita dulu-dulu 1
Posted at 11:14 am by dugongsenyum