Aku suka menonton cerita kali ini, plot yang aman amat simple. Plot simple tapi isi ceritanya tidak.
Untuk menjadi hero tidak semestinya kena jagi Superman atau Batman atau Keluangman. Kerani pun boleh jadi hero, pegawai boleh, bos pun boleh. Orang biasa boleh jadi hero.
Satu ayat power yang aku tak boleh lupakan, lebih kurang begini "Kamu orang biasa, bangun pagi, mandi, pergi kerja, punch card, kerja, balik rumah, tonton tv, tidur... esok bangun datang kerja lagi. Cukuplah tu tak payah fikir apa." Inilah kebiasaan orang sekarang.
Kita manusia memang dilahirkan ke dunia sebagai khalifah. Tapi dalam proses kita membesar, tua dan mati - kita telah di re-design. Kita di-redisgn menjadi mesin. Bergerak di atas track. Ada beza bergerak di atas track dengan membina track sendiri kearah cita-cita sendiri.
Bergerak di atas track yang ditetapkan ialah macam orang bekerja makan gaji. Kerja... kerja... kerja... kemudian ambil gaji dan ambil O.T. Kerja kuat tapi kau tak dapat banyak sebab sudah ditetapkan begitu. Kau tak boleh dapat banyak. Selalunya O.T. dikira berdasarkan gaji pokok, kali 1.5, 2.0 atau 3.0, bergantung keadaan.
Salah satu moral (ada banyak moral dalam cerita ini) daripada cerita 'Khalifah' ialah, kita kerja bukan buta-buta untuk dapat gaji sahaja.
Posted at 10:46 am by dugongsenyum
mulberry for sale May 6, 2012 02:00 AM PDT Pretty good post. I just stumbled upon your blog and wanted to say that I have really enjoyed reading your blog posts. ,726083,http://dugongsenyum.blogdrive.com/archive/234.html
Generic Viagra June 27, 2011 10:22 PM PDT Ada work hour. Katalah projek study berapa hour, meeting with client ? hour, site work-untuk earthwork, piling system, dan pembahagian tertentu, buat reimbursable claim?, ada work progress, bill of quantity dan sebagainya.
BASRI April 13, 2006 05:30 PM PDT Kim,
Selain makan gaji aku jalankan 4 bisnes;
1. penerbit buku (blook)
2. MLM
3. ejen insuran
4. freelance lukisan AutoCAD
Bisnes sendiri ni azab, tapi kadang2 hasil dia amat berbaloi.
Aku rasa akan pertimbangkan cadangan kau tu Kim, sebab aku pun dah bergelumang lama gak dalam bidang kontraktor ni. Tiba2 teringat Phua Chu Kang hehehe
kim_labu April 12, 2006 04:51 PM PDT basri,
kau meniaga sendirilah. Adik ipar kakak aku berniaga sendiri, mula-mula dulu kecik je, ambik kontrak wayaring kat rumah2 orang, lepas tu ambik lesen kontraktor kelas f, tangkap tender kecil2 dari PLB, untuk projek skolah dan makmal. sambil tu buka kedai peralatan elektrikal. sekarang ni lega sikit. Senang sangat tu takderlah tapi takad 2 buah banglo, ada 2 biji storm, kedai sebuah dan tanah kebun bolehlah beli.
Sekarang ni pendaftaran kontractor baru dibekukan, bila bukak balik daftar segera, kalau buat sendiri untung, dari jadi tongkat ali.
RMK 9 ni banyak kontrak keluar.
BASRI April 12, 2006 02:38 PM PDT Kim,
kontraktor elektrik kelas A.
memang kedekut pun. 10 tahun kerja, 10 tahun tak dapat bonus.
aku kerja lepas STPM. dalam kerja amik ijazah. dah dapat ijazah tak dapat pegi mana2 lagi... tengah cari peluanglah ni.
kim_labu April 12, 2006 02:11 PM PDT 2K dah tak boleh claim OT? Nak suruh makan bubur hari-hari ke? Compeni mana tu kedekut hangit.
Basri,
Skill RM4500 tu untuk tahun 1995 bagi fresh graduate untuk post engineer. Engineer yang tak berapa kenal beam lagi, yang mana beam I18 pun tak berapa tau. Nak buat test cube pun kelam kabut.
Yelah masa tu projek mega tengah banyak. Ada KLIA, westport, kl sentral dan klcc.
Kau keja jadik apa? IOW yang ada 5 to 8 years exp pun boleh dapat 7 atau 8 ribu sebulan. Skrang aku tak tau skill sebab bukan lagi dalam field tu, tapi takkanlah sebegitu teruk.
Kalau engineer, kami diberi company voucher- ini bertujuan untuk belanja client, ada petrol voucher, parking voucher(kalau keluar meeting ke, pegi site) duit tol pun boleh claim. Makan sedhap jangan ceritalah. Kena dengan contractor/sub con yang tak berkira jenuh makan sedap.
Kalau kena dengan contractor yang kedekut, IOW kami pandai, dia bikin problem, kemudian dia acah nak buat report kepada owner(JKR/tuan punya bangunan) Katalah kat abutment B dia punya cross sectional tu joint tak ngam. atau piling system tu penetration nya tak ok. Feninglah subcon, jadi kau uruskan bahagian tu, takkan takda apa-apa bila tokeh bangunan atau tuan pengarah JKR negeri datang, takkan makan di restoran biasa beb! Koman-koman sea food kat bagan. Hong pau jangan ceritalah. Tapi aku tak terlibat sama tau.
BASRI April 11, 2006 08:25 PM PDT Kim Labu,
Kat firma saya, kalau gaji RM2000 dah tak boleh claim OT dah.
Lain firma lain sistemnya.
Apa pun tahniah kerana tuan telah menjadi hero :)
Kim_Labu April 11, 2006 12:35 PM PDT Pekerja yang bergaji RM4500 sebulan tak layak claim OT. Kalau firma consulting yang establish/oversea ada ISO kerja akan disukat. Ada work hour. Katalah projek study berapa hour, meeting with client ? hour, site work-untuk earthwork, piling system, dan pembahagian tertentu, buat reimbursable claim?, ada work progress, bill of quantity dan sebagainya. Ianya bagus, dapat menyukat kerja samada setaraf dengan gaji, kecekapan, pangkat dan menentukan increament atau appraisal kelak. Kau layak dapat jadi RE ke, HOD ke atau GM. Takda orang boleh bodek kerana ianya berdasarkan prestasi atau presentation. Kalau rajin bodek pun buat rugi air liur dan duit ringgit sajalah. Ini baru Adil!
Mengenai drama khalifah tu memang banyak yang boleh diambil. Dan aku telah melakukannya dahulu, ternyata membuahkan hasil. menulis surat kepada pemimpin memang dilakukan sejak zaman Rasullullah untuk tujuan kebaikan, tapi kena tengok jenis dan angin pemimpin gak, nanti jadi macam tu, kes naya. Pada pendapat saya tidak salah menjadikan pekerjaan sekarang jambatan untuk mendapatkan peluang yang lebih cemerlang, barulah ada penghijrahan dalam memperbaiki ekonomi diri, jangan aniaya orang cukup. Dengan keupayaan yang tuhan beri apakah yang tidak dapat kita capai seandainya berusaha? Ikhtiar itu ditangan manusia, penentuan tuhan yang kuasa. Aku tutup tv bila babak lelaki india dan melayu tu berbual kau labu aku labi.-labi. Dan yang melayu tu jawab bukan labi-labilah. Labi-labi tu binatang.
amar_kun April 10, 2006 01:50 PM PDT salam.
sedihnya aku. kt sini tak boleh tengok cerita khalifah. isk isk.