MESEJ RINGKAS

Nama:

Email:

Mesej:


                       

 

<< December 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



 
Tuesday, December 27, 2005
Bersemuka dengan Sasterawan Negara
Aku memenuhi undangan komuniti eSastera.com ke acara Hadiah eSastera.com 2005 (HESCOM '05).  Ini acara gathering mereka juga sebenarnya.

Hasil hubungan yang terjalin antara aku dan boss eSastera sendiri iaitu Dr. Irwan dalam projek buku Jiwa Kacau. Dr. Irwanlah yang membantu urusan percetakan melalui saudara Rudy Bluehikari, yang juga 'orang kuat' komuniti tersebut. Jemputan ini aku anggap suatu penghormatan, persahabatan yang tidak mungkin dipersiakan.

Majlis diadakan di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya pada hari Ahad 25 Disember 2005 jam 8 malam. Majlis ini dirasmikan oleh SN Datuk A. Samad Said, dengan kehadiran Saudara Dinsman iaitu penulis buku dan Dr. Victor A. Pagodaev, seorang Prof. Madya di Universiti Malaya. Mereka adalah VIP.

Lagi, aku pergi bersama Mie, Founder Gengjurnal. Lagi, aku dan Mie semeja dengan VIP terbabit. Riak. Takabbur.

Semua acara menarik. Best. Seronok. Persembahan mentera. Deklamasi sajak dan puisi, ada iringan gitar lagi, irama harmonika. Penyair muda yang berbakat besar. Datuk A. Samad Said memukau dengan puisinya, Dr. Victor menghiburkan dengan sajak bahasa Russia-nya. Kemuncak acara penyampaian anugerah seperti Anugerah Penyair Alam Siber (Apas 05), Anugerah Sajak Jenaka Alam Siber (Asjas 05), Anugerah Cereka Alam Siber (Acas 05), Anugerah Haiku Melayu Alam Siber (Ahmas 05), Anugerah Sayembara dan cabutan bertuah.

Aku bukan orang intelek, tapi mungkin kerana ada sesudu otak intelek dalam kepala aku ini, makanya Tuhan bagi aku peluang duduk di sini, bersama orang intelek. Aku tak sangka dapat layanan VIP, face2face lagi dengan Sasterawan Negara, tengok gaya beliau bercakap, gaya makan, gaya berjalan, gaya bersajak..

Dulu masa sekolah sajak dia dibaca-baca, dihafal-hafal, diingat-ingat, untuk lulus ujian, untuk lulus periksa. Kemudian ada puisinya melekat dalam kepala, cerpennya yang seronok sekali dan novel yang jadi khazanah. Sekarang orangnya depan mata. Aku kawal rasa rendah diri, buat selamba.

Aku sempat bersembang dengan Dr. Victor yang ramah, sempat berbual dengan Saudara Dahari selaku AJK majlis, berkenalan dengan ahli-ahli eSastera yang pertama kali face-2face. Ada juga Gengjurnal iaitu EP dan Attokz yang ahli eSastera, kecik dunia ni.

Aku sempat promosi Jiwa Kacau kepada Dinsman dan Dr. Victor. Komen Dr. Victor pasal Jiwa Kacau, "Ini boleh jadikan teks sekolah ini..". Padahal dia baru tengok cover buku hahahaha

Isteri A. Samad Said aku beri satu naskah, harap-harap Pak Samad sudi baca. Aku tak sempat berbual banyak dengan Pak Samad, maklum kita dalam majlis orang, ada agenda ditentukan.

Aku sempat beli dua buku. Pertama bertajuk Sajen dan buku ke dua A Samad Said - Kehidupan Seorang Seniman Malaysia. Menarik buku kedua ini beserta dua CD mengisahkan kehidupan Sasterawan Negara ini. Sungguh aku katakan, buku yang nipis dan CD ini padat dengan maklumat berguna. Kalau kau nak jadi penulis, dan nak ambil A Samad Said sebagai idola kau, pergi beli buku ini. CDnya dapat percuma!

Akhir kalam, aku ucapkan terima kasih kepada Dr. Irwan, Rudy dan Dahari serta semua orang eSastera yang sudi menjemput aku serta Gengjurnal. Tahniah kepada yang menang anugerah. Terima kasih Mie kerana menumpangkan aku.

Posted at 11:30 am by dugongsenyum

drirwan
February 27, 2006   09:49 PM PST
 
sama-sama.
"aku yg kau tahu"
December 30, 2005   12:08 PM PST
 
sama-sama. kawan-kawan bahagia, akupun tumpang bahagia~
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry