MESEJ RINGKAS

Nama:

Email:

Mesej:


                       

 

<< February 2017 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



 
Sunday, June 23, 2013
Hai!
Apa khabar ?

Posted at 01:45 pm by dugongsenyum
Make a comment  

 
Monday, May 08, 2006
Bosan ah

   Bosan ah pindah ah ding dong ah. Kau klik SINI..

Posted at 10:49 am by dugongsenyum
Comments (2)  

 
Friday, May 05, 2006
Rahsia Kertas Puteh
Hari ini tapi minggu lepas. Dihulurkannya aku sebungkus roti. Aku ambillah.

"Saya belanja kamu, tadi Kak Suseela sudah ambil juga."

Pada aku ada tiga potong roti. Aku agak pasti roti ini  asalnya sebuku besar, dipotong-potong setebal 1 inci, menjadi beberapa keping. Aku dapat 3 keping.

Roti lembut. Sedap berinti daging. Jadinya selamat duit poket aku makan tengahari. Memang puas memang kenyang.

Petang itu, petang itulah, semasa aku mengemas meja sebelum nak balik. Plastik karung roti tu aku nak campak ke dalam tong. Tiba-tiba ternampak ada kertas putih dalamnya. Sekeping resit. Aku pun baca;

"Bread Story Sdn Bhd, Avenue K bla... blaa..

Ham & Cheese Loaf bla.. bla... bla.. Please Come Again."

Oh tidaklah...!!!

Tidak perlu melanjutkan pelajaran ke luar negara untuk termakan roti berinti...



Posted at 04:04 pm by dugongsenyum
Comments (18)  

 
Thursday, May 04, 2006
Selamat Pagi Kopi


Pagi tadi boss intercom aku.

Aku angkat gagang, "Ya Bos."

"Suseela sudah datang?" Bos.

"Kak Suseela belum masuk lagi, Bos." Aku.

"Basri, tolong buat satu cawan kopi untuk Mr. Kwok" Bos.

"Kopi kosong, tak mau gula tak mau susu." Tambah Bos.

"Baiklah." Aku.

Apa ke barang bos aku ni, aku punyalah gagah perkasa gendut disuruhnya buat air kopi. Jadi tea lady. Cet!

Bawa kopi ke tingkat tiga.

"Slurrpp... aaa..." Mr. Kwok, terbang dari Korea semalam, matanya sepet semulajadi.

Aku turun bawah ke cubicle aku.

Bos intercom lagi. "Basri, buat kopi lagi dua cawan..."

Aku bergegas ke meja Miss Pang.

"Miss Pang, tolong saya..."

Kopi pertama tadi Miss Pang yang tolong buat. Aku minta dia kekal resepi bancuhan kopinya.


Posted at 10:24 am by dugongsenyum
Comments (4)  

 
Tuesday, May 02, 2006
Merah dan hitam, marah dan hentam
Menulis ni macam bercakap juga. Apa ke namanya tu? Laras bahasa? Aku pun dah lupa lama sangat dah tinggalkan tingkatan enam.

Kalau kita bercakap dengan mak bapak kita guna laras bahasa yang berbeza dengan yang kita gunakan untuk kawan-kawan. Kawan-kawan pun ada banyak kategori jugak, ada yang kawan kenal, ada kawan yang tak kenal. Ada kawan rapat, ada kawan tak rapat. Yang kita panggil friend, buddy atau dude.

Kadang-kadang kita tulis guna bahasa yang biasa kita guna untuk kawan-kawan yang kita suka. Tidak ada apa-apa di situ. Tapi ada pembaca yang datang ke blog kita, dia baca, dia terasa. Dia ingat kita marah-marah. Marah ke dia.

Mula-mula marah lepas tu gaduh. Blog bukan dicipta untuk kita bergaduh, tapi dicipta untuk lebih daripada itu. Untuk berperang ha ha ha.  

Jadinya kalau kau baca blog sesiapa (baik yang kau sangat kenal, kenal, kenal sikit-sikit) maka menjadi tanggungjawab kau untuk mengawal diri kau itu. Fikir sebelum bagi komen. Siapa makan cili dia terasa pedas beb!

Salah faham di internet yang bermula daripada blog kita susah nak salahkan sesiapa. Bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi, kata orang dulu-dulu.

Aku tulis, kau datang, kau baca, kau blah. Simple saja idup ini.


Posted at 02:45 pm by dugongsenyum
Comment (1)  

 
Tuesday, April 25, 2006
Kata Saharil
Saharil pernah tulis;

"Kita kena berhenti dari apa yang kita sedang buat sekarang, supaya
kepala otak kita clear untuk memikirkan hala tuju kita kemudian.
Kadang-kadang kita bergerak terlalu laju, kita tak sedar kita dah
miss exit yang kita nak lalu.

Masalah tentang internet ini, semua orang mahu menulis sesuatu. Dan
internet ini tak da penghujung. Jadi (siapa cakap ni?) in an infinite
world, anything can happen. If an infinite number of monkey, type on
an infinite number of typewriters, given an infinite time, they will
reproduce Hamlet. The probability of anything happening, given an
infinite time duration, is 1. And so forth.

Tidak seperti kertas, pengedaran karya melalui web adalah (hampir)
percuma. Kita tak ada limit muka surat, serta tanggungjawap untuk
menulis sesuatu yang paling baik. Sebab itu ramai yang menulis
menceceh-ceceh dua belas muka surat pasal keamanan dunia padahal di
penerbitan kertas, cuma boleh menulis satu kolum dua A4."

Aku: Mmmm...

Posted at 05:06 pm by dugongsenyum
Make a comment  

 
Monday, April 24, 2006
Hidup di padang bola sepak
Aku pernah dulu terlalu laju.

Penyerang utama pasukan lawan meluru ke depan, aku pun memintas.

Wing aku kata, "biarkan... biarkan..!!!"

Bila bola sampai dari langit. Aku yang rakus ingin merebut itu, melompat...

"Hoi mangkuk!!! " Jerit penjaga gol, dia benteng terakhir, aku benteng kedua akhir yang tadi naik kini turun balik.

Kerana aku terkedepan, perangkap offside kami tak menjadi.

Mujur juga si penyerang tersasar tendangan, tapi penjaga gol itu masih maki aku juga.

Aku dan kawan-kawan yang tidak berbaju main bola sampai petang. Kena hujan, kena maki, kena bentes, kena counter attack, kena turun, kena naik, letih...

Letih dan penat. Tapi esoknya, lusanya kami datang juga main.

Sebab seronok.


Posted at 04:31 pm by dugongsenyum
Comment (1)  

 
Saturday, April 22, 2006
Yang dulu kita kenang.
Image and video
hosting by TinyPic

Aku kenal kekunci pertama pada mesin taip.

Masuk ke kelas menaip dan trengkas, minggu pertama kau kena belajar tekan a, s, d, f.  Kunci a untuk jari kelingking kiri, s untuk jari manis kiri, d jari hantu dan f jari telunjuk. Kau akan diberi nota latihan untuk 'menghidupkan' kesemua 10 jari kau itu, kemudian. Ingat, mesin taip manual tiada kekunci 'Backspace', kau kena guna pemadam khas kalau kau dah buat silap.

Bila kau tekan kekunci, benda kecil dalam tu akan 'mematuk' kertas kau. Macam ayam patuk padi. Orang yang menaip lambat tu kita gelar menaip ' patuk ayam', sebiji-sebiji entah bila nak siap.

Bila kau tekan kekunci ada binatang besar anak kucing (baca: kadang-kadang aku dapat yang besar mak kucing) tersorong ke luar, sampai had dia akan bunyi loceng. Kau kena tolak dia masuk semula untuk memulakan baris atau perenggan baru.

Ketak ketak ketak ketak... ketingggg! Ketak ketak ketak ketak... ketingggg! Ketak ketak ketak ketak... ketingggg!

Kau tak faham takpe, kau tak perlu faham.

Selepas beberapa bulan jari-jemari kau akan 'menari-nari' di atas papan kekunci.

Peliknya aku, ketika rakan-rakan lain sibuk dengan kelas komputer Wordstar, Lotus 123, dBase dan lain-lain. Riak dan takabbur mereka mengusung disket 5.25" ke kelas. Mereka dapat sijil komputer dari kelab komputer sekolah.
Aku dapat Sijil Menaip Dan Trengkas dari Institut Trengkas. Sijil Kecekapan, yeay! apalah kerani tanpa sijil menaip.

Namun, bila kelapa sawit ada harga (baca: masa sekolah dulu aku orang susah kerja kampung) aku ambil kelas komputer juga. Belajar dari D.O.S. Belajar dari komputer 'tengkorak' takde otak takde isi takde cakera keras di dalam. Macam tengkorak, kosong takde barang. Sistem operasi komputer dijana dari cakera liut 5.25" yang cikgu kau beri, nak jalankan program pun sama. Jangan sebut internet masa tu, sebab nanti orang ingat kau mencarut.

Berulang ke kelas setiap minggu, naik bas loncat. Kau bayangkan kau berada dalam bas yang berkumandang lagu Tamil atau Hindi setiap masa, kau mengangguk-anggukkan kepala melayan irama lagu-lagu tersebut sebagai tanda protes.

Akhirnya aku lulus peperiksaan sijil komputer program Wordstar, Lotus 123, dBase III... sijil dari South Kent College, United Kingdom. Aku bangga dengan sijil itu. Sangat bangga. Aku pula rasa riak dan takabbur dengan kawan-kawan yang sudah ada sijil komputer dari kelab komputer sekolah. Sijil mereka sijil local, aku punya sijil antarabangsa. Aku simpan sijil dalam fail, segala disket habis belajar aku masukkan dalam kotak.

Aku jumpa kawan-kawan, aku rasa nak bercerita kejayaan aku tu, belajar komputer di Kapar, Klang tapi dapat sijil dari UK.

Di kedai kopi. Kawan-kawan yang aku jumpa, mereka bercerita pasal Windows, pasal rangkaian dan pasal Windows 95 yang bakal terbit tidak lama lagi. Aku tak pandai itu. Aku rasa rendah diri dan hina.

Aku. Diam dan mendengar sahajalah, teringat disket-disket dalam kotak kat rumah. Disket tak guna, macam aku.


Posted at 10:16 am by dugongsenyum
Comments (6)  

 
Wednesday, April 19, 2006
CERITA DULU 1
Tahun 1990.

Aku bersekolah sessi petang. Sekolah buat aktiviti ko-ko pada sebelah pagi. Habis aktiviti ko-ko kawan-kawan ajak lepak kat pekan. Masa itu kenderaan yang kami ada basikal, rumah berbelas kilometer dari sekolah. Jadi, rasa tak berbaloi kalau lepas ko-ko balik ke rumah, sebab nanti kena patah balik ke sekolah juga. Kalau ada jadual ko-ko, kami bawa t-shirt spare.

Tapi hari tu aku tak bawa t-shirt spare. Dengan uniform sekolah aku ikut kawan jalan-jalan ke pekan.

"Ke mana kita?" Aku ajukan soalan kepada Ijam.

"Kelas komputer" Jawabnya.

Aku teruja dengan jawaban itu. Wow! Seronoknya tengok orang belajar komputer.

Dalam kelas komputer itu aku nampak orang-orang tekun mengadap komputer masing-masing. Di suatu sudut aku nampak Chin Thiyak, Pakai seluar pendek dengan t-shirt saja, tekun dia belajar. Aku dekati dia dan tegur dia. Chin Thiyak ni ketua tingkatan di kelas aku.

"Oit dude, you mau cuba, saya belanja." Dia bangkit dari kerusi bagi aku duduk cuba.

Aku buat sekejap je, sebab tak berapa reti.

Tiba-tiba datang seorang kawan, dia kat sekolah dalam kelas lain. Aku 3 Dahlia dia 3 Ros. Dia pegang bahu aku.

"Kau pakai uniform, berani masuk sini... elok kau blah nanti susah."

Aku terpinga-pinga. Dia kemudian mencari komputer yang takde orang untuk dia gunakan pula.

Lurus bendul betul aku masa tu.

Ini bukan cerita kali pertama aku masuk kelas komputer. Tapi ini cerita kali pertama aku masuk kedai mesin kuda. Ces! tertipu aku.

Rancangan Bacaan Tambahan ;
Cerita dulu-dulu 1



Posted at 11:14 am by dugongsenyum
Make a comment  

 
Tuesday, April 18, 2006
Duit seposen karipap seketul
Awek aku mengeluh harga barang makin naik.

Dia cakap air sarbat di kantin sangat mahal. Kalau budak-budak sekolah tu beli dua puluh sen, dapat setengah gelas, kalau tiga puluh sen barulah nampak macam penuh.

Aku cakap, masa sekolah rendah dulu, duit belanja bapak bagi seposen saja. Dapatlah karipap seketul. (Biasanya aku guna untuk sarapan, makan tengahari mak bekalkan nasi bungkus daun pisang dengan upih pinang ikat dengan tali rapia. Bekal air sebotol gantung kat leher.)

Awek aku cerita, sepuluh tahun dulu karipap besar, makan seketul dah kenyang. Sekarang karipap kecik, harga mahal.

Aku balas, sepuluh tahun dulu bukan karipap yang besar, tapi kita yang masih kecik. Kita masih kecik, pegang karipap seketul dah penuh tapak tangan.

Dulu nilai duit besar, barang (masih) murah.

Aku renung anak-anak aku yang sedang tidur depan TV. Comel dua-dua. Bila mereka masuk sekolah (atau tadika) lima atau enam tahun lagi, mungkin tangan kecik mereka akan genggam duit besar. Duit besar tapi nilai kecik. Alahai.


Posted at 12:35 pm by dugongsenyum
Make a comment  

Next Page